Friday, May 1, 2009

Kami tak mahu pakai meter




"Kami bantah penggunaan meter," kata pengusaha teksi di bandaraya Kota Kinabalu.

"Penggunaan meter kurang praktikal dan merugikan pengusaha teksi," kata Hamdan Siki, 28. "Kami tak mahu pakai meter", katanya lagi.

Penggunaan meter adalah tidak sesuai dengan keadaan di bandaraya Kota Kinabalu yang jauh berbeza dengan situasi di ibu negara khususnya Kuala Lumpur.
Katanya, pengusaha teksi di ibu negeri masih menggunakan minyak petrol manakala di ibu negara Kuala Lumpur, pengusaha teksi sudah lama beralih ke penggunaan gas.
"Jika pengusaha teksi di KL membelanjakan hanya RM9.00 harga gas untuk perjalanan sejauh 130 hingga 150 kilometer sebaliknya pengusaha teksi di Kota Kinabalu membelanjakan antara RM30-35 untuk jarak yang sama.
"Macam mana kita mahu menggunakan meter, penumpang kurang manakala ekonomi sudah rosak (merosot)," katanya kepada Utusan Borneo.
"Bayaran insuran naik, tayar naik, maintenance naik antara 30 hingga 50 peratus, macam mana (pengusaha) teksi mahu hidup," katanya.

Lainlah kalau di KL. Di sana penumpang cari teksi.Di sini teksi yang tunggu penumpang.

Hamdan berkata, pemandu-pemandu teksi di ibu negeri juga melahirkan rasa tidak puas hati pihak berkuasa yang mengeluarkan saman kepada mereka kerana tidak menggunakan meter.
"Kami tidak berpuas hati kerana alasan yang diberikan mengapa saman dikeluarkan ialah kerana kononya ada orang komplen pasal tambang.
"Kalau dia komplen pasal pengusaha teksi mengenakan tambang yang tidak berpatutan , dia mestilah mencatatkan nombor kereta, masa dan tempat.," katanya.
Tindakan menyaman pengusaha-pengusaha teksi adalah tidak betul kerana pengusaha teksi dsi negeri ini sudah berkali-kali membantah penggunaan meter sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lalu.
Sementara itu, Lee Yun Fan, 52 berkata, pihak berkuasa tidak sepatutnya bertindak mengeluarkan saman kepada pengusaha teksi kerana tidak menggunakan meter.
"Saya hairan kerana mereka hanya bertindak kepada pengusaha teksi yang mempunyai permit tetapi pengusaha teksi sapu tidak diambil tindakan.
"Kenapa pengusaha teksi yang mempunyai permit yang menjadi mangsa, pengusaha teksi sapu tidak dikenakan tindakan, "katanya.
Seorang lagi pengusaha teksi, Johnny Chong,55 meminta supaya kerajaan mengkaji semula arahan penggunaan teksi bermeter di ibu negeri kerana ia disifatkan tidak praktikal dan menyusahkan pengusaha teksi.
"Untuk mengubah meter teksi, seorang pengusaha terpaksa mengeluarkan RM250 ringgit sekali mengubah meter," katanya.
"Ini mencipta keadaan yang merugikan pengusaha teksi," katanya. Beliau juga meminta pihak berkuasa menarik balik saman terhadap teksi yang tidak menggunakan meter kerana ia tidak praktikal digunakan di negeri ini.

2 comments:

Pena Alam said...

all the best to all cab driver in kk..!

infomudah said...

hak dan kepentingan pengguna/penumpang juga perlu diambilkira...kalau tidak guna meter, ada pemandu teksi mengenakan tambang sesuka hati yg kadang kala tidak masuk akal langsung...