Rabu, 20 Mei 2009

Kontraktor bumiputera tidak miliki cangkul

Tags

KONTRAKTOR BUMIPUTERA TIDAK MILIKI CANGKUL

Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd.Salleh berkata ramai kontraktor bumiputera di negeri ini gagal dalam perniagaan kerana mereka tidak mempunyai "penceduk (Scoop) dan cangkul (Hoe)" untuk mereka sendiri.
Beliau berkata, walaupun bilangan projek berjuta-juta hingga lebih satu bilion diberikan kepada kontraktor bumiputera di bawah kontrak perundingan tetapi peratusan mereka yang meng`alibabakan' projek amatlah tinggi.
Katanya, kerajaan melalui polisi dan program telah membentuk atau melahirkan beratus ribu usahawan termasuk kontraktor-kontraktor-kontraktor untuk projek yang besar.
"Tetapi Boleh dikatakan secara mutlak bahawa kebanyakan mereka telah gagal kerana mereka adalah kontraktor bumiputera `alibaba'" katanya.

"Adalah mustahak untuk diingati dan diakui bahawa banyak usahawan di masa dahulu, walaupun tanpa pendidikan atau menghadiri kursus dan menghadiri seminar berjaya dan mempunyai aset atau harta yang banyak dan perniagaan yang mereka bernilai berbilion-bilion ringgit."

Oleh yang demikian, boleh dikatakan pendidikan dan pelajaran tidak dapat menjamin kejayaan. Untuk menjadi peniaga yang berjaya, ia mestilah bekerja kuat, berjimat cermat, sabar dan berdisiplin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Keusahawan Baru dan Pinjaman Mikro Kredit Untuk Usahawan Bumiputera dan Bukan Bumiputera, di ibu negeri, baru-baru ini.

Harris juga melahirkan rasa kesal kerana walaupun diurus dengan baik, hampir 95 peratus ladang-ladang kelapa sawit dimiliki oleh syarikat-syarikat dari Semenanjung Malaysia.
"Tetapi sebaliknya kebun-kebun kecil milik bumiputera hampir tidak mengeluarkan produk-produk pertanian yang boleh menyumbang kepada pendapatan negara," katanya.
"Sebabnya pekenun-pekebun kecil tidak produktif adalah kerana polisi dan program yang digunakan oleh kerajaan adalah salah," katanya.
"Pinjaman kredit sahaja tidak boleh menghasilkan pengeluaran/produksi tanpa polisi dan program perancangan yang betul," katanya sambil berkata, pekebun-pekebun kecil perlu bantuan dari kerajaan dan usahawan-usahawan yang telah berjaya.
Masalah lain yang dihadapi pekebun di sabah ialah tentang subsidi makanan, petrol dan semestinya subsidi sekolah dan yuran perubatan.
"Subsidi makanan melemahkan semangat pekebun kecil bekerja keras ke atas tanah-tanah mereka oleh kerana adalah lebih murah membeli beras daripada untuk menanam padi untuk menghasilkan beras dan kedua, ini juga menyebabkan harga jualan keluaran pekebun kecil terlalu rendah sehingga di bawah kos pengeluaran," katanya.
Beliau berkata, masa hadapan ekonomi Sabah bergantung kepada aset tanah. Terdapat lebih daripada satu juta ekar tanah pekebun kecil mempunyai pengeluaran yang separuh atau tidak produktif langsung. Tanah-tanah ini boleh menjadi produktif jika ianya mempunyai polisi dan program yang baik untuk orang-orang luar bandar.
Kerajaan boleh membentuk kawasan-kawasan dan dizonkan kawasan berkenaan untuk tanaman apa-apa tanaman yang sesuai dan boleh dipasarkan danpada masa yang sama mewujudkan kemudahan-kemudahan pemprosesan untuk membeli dan menjual keluaran produk pertanian.
"Walau bagaimanapun, adalah amat mustahak iaitu mesti ada, pertama, pembuka selera kepada penduduk luar bandar untuk mula bekerja keras di tanah-tanah mereka. Ini mestilah dalam bentuk elaun tunai sebanyak RM300 sebulan selama katakan bagi tempoh sembilan bulan sahaja, untuk menjamin petani-petani kecil menampung perbelanjaan harian mereka "makan pagi dan makan petang".
Kedua, jaminan harga pasaran produk-produk pertanian yang dikeluarkan . Masa hadapan Sabah mestilah bergantung kepada pengeluaran makanan dan keperluan harian yang mencukupi (self suffciency).
Oleh itu, apa juga bentuk perancangan dalam masa ini dan masa hadapan, ekonomi Sabah mestilah mengambil kira dalam masa 30 tahun hingga 50 tahun dari sekarang.
Adalah dijangkakan bahawa kebanyakan negara-negara di seluruh dunia akan mengurankan import barangan dan men jadi sara diri (self sufficiency) dan Sabah juga harus mengambil tindakan sedemikian.
"Lelaki dan wanita yang muda dan bertenaga, boleh menubuhkan suatu perniagaan kecil dengan memproses dan menjual produk-produk pertanian.
"Walau bagaimanapun, sebelum boleh dibuat, produk-produk pertanian itu mestilah bermutu tinggi dan mencukupi untuk membolehkan mana-mana industri bertahan lama.
"Ini boleh dicapai jika kerajaan mengubah polisi dan program masa kini ke arah tujuan memperoleh keperluan harian yang mencukupi dalam bidang-bidang produk pertanian.," katanya.

2 comments

bukan sahaja projek di "alibaba" kan tetapi batang tubuh bumiputra itupun telah di alibaba kan. malah otak dan jiwanya mereka pun telah di alibaba kan..dalam masa yg sama banyak ali pula ditipu baba...ali jumpa menteri lobi projek. bila dapat projek, baba terus direct jumpa menteri dan ali tidak lagi mustahak. biasalah menteri pun ramai juga batang tubuhnya menjadi "alibaba"

Dasar ekonomi baru diciptakan untuk mengwujudkan alibaba. Jika ali dan baba tiada, jutawan bukan melayu dan bukan bumiputera mungkin tidak wujud di negara ini. Kerana ali dan baba lah maka ada jutawan bukan penduduk asli negara ini. Akibat negatifnya, Orang asal terus papa kedana dan tidak tahu apa apa