Tuesday, May 12, 2009

mana satu bunga mawar

Ustaz JM Ikhwan berkata bunga kenanga harum baunya. Pokoknya besar dan bunganya biasanya diambil orang untuk ditabur ketika berziarah di kuburan. Sebenarnya di antara kami itu, tidak dapat menggambarkan bagaimana sebenarnya warna dan bentuk bunga kenanga itu. Apakah bunganya seperti kemuning, atau cempaka. Atau `karasusi' seperti yang disebut masyarakat Iranun di kampung kami.
Lebih menarik lagi ialah apabila Ustaz Kahar pula berkata, beliau tidak dapat membezakan mana satu bunga mawar, mana satu bunga melur dan mana satu bunga melati. Dia pun baru saja tahu bunga teratai yang banyak tumbuh di kolam. Entah berapa orang di antara kita ini dapat membezakan warna dan jenis bunga. Mungkin perlu juga bangsa kita melahirkan lebih banyak ahli botani.

Beri aku bunga melati yang mekar di sudut hati, kata Kartini. Kata Shakespeare, bunga mawar apapun namanya, tetap harum baunya.

5 comments:

aranam said...

Bunga mawar indah mewangi,
Untuk menghias hati nan sunyi.

:)

Fizahanid said...

saya suka mawar putih. apatah lagi kalau cik abang saya yang beri :D

Pena Alam said...

abg nad,

Kata org,bunga Kenanga itu bunga tradisional yg disukai org dulu-dulu kerana baunya yang harum semerbak. Org memetik bunganya dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan baju, dan rumah. Baunya lebih kuat pada waktu senja, kemungkinannya disebabkan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut.
Ia sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar.pokok kenanga tradisional asal punya bau yg lebih kuat drpd pokok kenanga kawin.

tp betul ..mawar tetap di hati krn nilai sentimentalnya. mawar untuk org2 yg romantik dan mhargai kasih sayang! kan.. pa'al rasa begitu la.. hehe :-)

fotos said...

please, enter on my blog: www.epistolaonline.blogspot.com
I am living in the cape Vert Islands - africa
Jose Heleno

Senjaliza said...

Bunga MAWAR itu BERDURI. Warna dan harum semerbaknya adalah berahi yang dipagari kerdipan bintang-bintang sang pari-pari. olehnya kita asyik bermimpi dan lupa mati. Sedang layunya tak siapa peduli. Dia tak berhati, lupa diri dan mati.