Wednesday, May 27, 2009

PAS perlu lebih ramai tokoh sederhana

Saya rasa agak bertuah kerana pernah bertemu dengan beberapa tokoh dan pimpinan PAS. Saya pernah bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Haji Muhammad Sabu, Dato' Haji Mahfuz Omar, dan ramai lagi. Saya pernah interview YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, saya pernah mengejarnya di airpot KKIA. Saya pernah menemuramah Dato Haji Husam Musa di Le Meridien ketika beliau mengiringi DYMM Sultan Kelantan ke Sabah.
Saya tergamit untuk menulis catatan ini kerana kini sudah sah akan terjadi pertandingan yang sengit antara Ustaz Nasharuddin, Husam dan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamarnya tidak lama lagi.
Paling membanggakan ialah ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh yang berwibawa dan mempunya karisma tersendiri. Saya pernah berkata bahawa jika PAS mahu menjadi sebuah parti yang relevan dan berpengaruh serta dapat diterima masyarakat luas, parti itu perlu menampilkan lebih ramai orang seperti Ustaz Nasharuddin dan Husam Musa. Perlu melahirkan lebih ramai pemimpin seperti Salahuddin Ayub, seperti Haji Shaari Sungib, Kamaruddin Jaafar dan Anuar Tahir. Saya mempunyai beberapa catatan kenangan ketika bersua dengan tokoh-tokoh ini. Haji Shaari, pernah saya interview di Masjid Negeri Sabah sewaktu beliau masih memimpin JIM. Dato' Kamaruddin saya terjumpa di kaki lima sebuah kedai di Kota Bharu. Haji Anuar Tahir, pernah jumpa beberapa kali kerana beliau pernah jadi pimpinan ABIM.
Saya fikir, PAS akan diterima dengan lebih baik lagi jika ramai tokoh-tokoh sederhana dalam pimpinan PAS.
Jadi pertembungan antara Ustaz Nasharuddin dan Dato Husam, akan menelurkan sesuatu yang baik buat harakah Islamiah ini.
Siapapun yang menang antara mereka, ia tetapi memberikan impak yang baik buat PAS.Masing-masing punya keistimewaan dan kelebihan. Saya ucapkan selamat bertanding buat mereka bagi memberikan iklim yang baik buat dunia politik kita.

1 comment:

mrakunman said...

Memang benar..menilai seseorang itu cukup afdal dengan cara dekat, apa tak lagi kalau dapat berbicara. Pengakuan saudara bahawa tiga calon timbalan presiden PAS yang akan bertanding memberi impak yang baik pada parti pas, kerana siapapun yang menang akan memperkuat parti. Hipotesis ini perlu kajian....