Sunday, June 21, 2009

Aduhai Orang Lama

"Ada orang lama yang dulunya penaja UMNO di Sabah, bahkan pernah memegang jawatan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, yang menyara hidupnya dengan berjualan chicken wing," kata Saidon ketika kami berjumpa di kedai ikan bakar itu.
"Kita tak menyatakan bahawa berjualan sayap ayam itu salah tetapi ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang silap.
"Sepatutnya jasa mereka tidak dilupakan," katanya. Ramai yang dulunya pejuang UMNO ketika tahun-tahun awal UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah kini berada di pinggiran.Mereka terpinggir atau sengaja dipinggirkan. Sepatutnya mereka diajak semula untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO di negeri ini.

Dari aspek ini saya puji Datuk Seri Najib. Walaupun sudah menjadi perdana menteri, beliau tetap tidaklupa rakan-rakan lamanya dulu. Seorang kawan dari Ranau, mantan Ketua Pemuda bercerita bagaimana beliau merasa terharu apabila sering menerima jemputan untuk majlis makan-makan atau main golf sama ada di KL ataupun Pahang daripada Datuk Najib. Padahal kini beliau tidak lagi mempunyai kedudukan. Jemputan itu amat bermakna sekali baginya.
Itulah perkara yang perlu dilakukan oleh kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi iaitu supaya mereka tidak melupakan jasa bakti dan perjuangan orang-orang lama. Ramai orang lama yang terpaksa beralih mencari rumah baru kerana mereka rasa diketepikan di rumah lama mereka sendiri.
Jadi macamana kepimpinan baru di bahagian? tanya Saidon. Kepimpinan baru banyak perubahan, tidak seperti dahulu, kelihatan beliau banyak bersuara membela rakyat, saya beritahu kepadanya walaupun sekarang saya tidak lagi melibatkan diri dalam parti. Tetapi saya tahu, Ketua Bahagian yang baru itu, nampaknya sedang berusaha keras untuk memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat di kawasannya.
Banyak juga cerita yang kongsikan dalam pertemuan singkat itu. Perihal seorang mantan wakil rakyat yang terpaksa menjadi pemandu kereta pick up, seperti yang diberitahu kepada saya oleh ahli-ahli persatuan mantan wakil rakyat (Mubarak) dan bermacam-macam cerita lagi yang mengisahkan betapa ramai orang lama diketepikan, merasa diketepikan atau senagaja diketepikan dalam arus politik perdana.

Aduhai orang lama!..orang lama menjadi lama kerana kehadiran orang baru. Tetapi orang baru tidak begitu mengenal orang lama.Padahal tanpa orang lama tak adalah orang baru. Tanpa perjuangan orang lama, nikmat kemerdekaan takkan dapat dikecapi orang baru.

1 comment:

MP BEAUFORT said...

begitulah adatnya ada orang baru atau pemimpin baru atau pemimpin seangkatan cuma bila berkedudukan lebih tinggi sedikit lupa orang lama atau rakan sebaya, namun dalam beberapa kes kita terlupa menyebut namanya mula membibil..wal hal diapun selama ini selama menduduki jawatan terpenting dalam parti lupa pada kita yang tidak berkedudukan .apa dah jadi