Monday, June 8, 2009

Elakkan sikap selingko

Dia terlalu `selingko'. Saya ingat perkataan ini sama maknanya dengan perkataan selingkuh dalam bahasa Melayu. Rupanya tidak. Selingko, adalah perkataan bahasa Bajau yang bermaksud terlalu banyak berbelit-belit. Perkataan ini dalam maknanya, kata Liman Kassim, seorang pemimpin masyarakat dari Kota Marudu. Bagi orang Bajau di Kampung Ongkilan, Kota Marudu, perkataan selingko merujuk kepada orang yang cakapnya terlalu berbelit-belit dan berputar-putar. Bukan saja cakapnya berbelit-belit tetapi ia juga pintar membelit sehingga orang yang terkena belitannya pun terbelit.
Elakkan sikap selingko.
Selingko
dalam bahasa Bajau di Kampung Ongkilan (mungkin juga di kampung-kampung masyarakat Bajau yang lain) dan selingkuh dalam bahasa Melayu, maknanya berbeza tetapi ia mempunyai persamaan iaitu kedua-dua perkataan itu membawa konotasi negatif dalam masyarakat kita.

3 comments:

mrakunman said...

Dalam bahasa Indonesia, bunyinya hampir sama, tetapi makna berlainan. Selingko bererti; berkesedudukan antara perempuan dan lelaki tanpa ikatan.

azrone said...

Satu bahasa baru bagi saya. Orang kita di Kota Marudu menyimpan khazanah bahasa Bajau yang ghaib ditelan waktu seperti kekayaan masyarakat Serani di Melaka menyimpan bahasa Portugis yang tidak lagi digunakan di negara asal mereka, Portugal.

azrone said...

Orang kita di Kota Marudu menyimpan khazanah bahasa yang sudah hilang dalam peta masyarakatnya seperti orang Serani di Melaka yang masih menuturkan bahasa klasik Portugis yang tiada lagi di Portugal.