Tuesday, June 16, 2009

Gerai gado-gado di ice box

Selepas membeli ikan dan sayur, kami berjalan kaki saja ke gerai gado-gado itu. Tapi alangkah kecewanya kerana hari itu kebetulan gerai gado-galo itu tutup.Jadi tak dapat lah kami makan gado-gado yang dikatakan terkenal di Malaysia itu.

"Kalau nak cari gado-gado yang paling sedap di Malaysia, datanglah ke Ice Box Tawau. Gerai gado-gado Sabar Menanti itu terletak berhadapan Balai Polis," kata seorang kawan. Saya mulanya tak percaya tetapi kita bertemu seorang kawan, Saudi yang pernah bertugas di Tawau, beliau mengakui kehebatan gado-gado itu.Malah Kassim yang berpuluh tahun berhijrah ke Kudat dan KK, masih bertanya mengenai gerai gado-gado itu, ketika kami berjumpa beberapa bulan yang lalu.

Kami sekeluarga juga sering ke sana. Bukan kerana namanya tetapi kerana kami teringin makan gado-gado.
"Dulu ibunya yang berjualan sekarang anaknya," kata Isteri saya, yang kebetulan tinggal di Blok 7, Kampung Titingan Hujung, Tawau yang lebih dikenali dengan nama icebox itu.
Kalau tak silap, gerai gado-gado itu mula dibuka sekitar awal 80-an. Waktu itu, kami masih kecil, kata Isteri saya, Fauziyah menceritakan mengenai sejarah gerai gado-gado sepanjang yang diketahuinya.Kebetulan pula, isteri saya memang kenal dengan generasi penerus gerai gado-gado itu.
Ramai orang yang sudah menikmati kehebatan gado-gado di Ice Box tu, katanya dan ramai yang mengakui kehebatan gado-gado di sana.
Malah keistimewaan gerai gado-gado yang dibuka mulai jam 11.00 pagi sehingga 9.00 malam itu sudah tersebar ke seluruh negara.Bahkan, ada yang mengatakan tidak sah ke Tawau kalau tak singgah di gerai gado-gado itu.
Berbeza dengan tempat lain, gado-gado di ice box itu menggunakan kacang yang digiling oleh mereka sendiri.Resepinya sedap, kata seorang pemandu teksi pula yang pernah menghantar kami.
Kami yang ulang alik ke gerai gado-gado itu tidak menyedari betapa gerai gado-gado itu begitu dikenali. Kami hanya menikmati gado-gado kerana kami ingin makan gado-gado.

2 comments:

mrakunman said...

Seseorang mantan pekerja gerai gado-gado sekarang ini berjualan di pasar malam kota-belud. Cuma dia seorang saja yang berjual gado-gado di sana, rasanya hampir sama. setiap kali saya pulang kampung saya jarang gagal membeli gado-gado dari gerai itu. Datang KB.

Pena Alam said...

sedapnya gado2..emmm