Selasa, 30 Jun 2009

Jalanraya runtuh di Kampung Lupak

Tags

Jalanraya yang runtuh ini terletak benar-benar berhadapan SK Lupak Beaufort. Saya kira ia berpunca daripada hakisan sungai Padas yang berlaku akibat kegiatan mengambil pasir (ada orang mengatakan mereka mencuri pasir kerana didakwa tidak mempunyai lesen untuk mengambil pasir di kawasan itu). Sehingga kini 30 Jun 2009, jalanraya itu belum diperbaiki. Padahal ia sudah lama runtuh.Ia boleh meruntuhkan wibawa kerajaan jika tiada apa-apa langkah yang diambil untuk memperbaiki jalanraya yang runtuh ini.

6 comments

salam abdnaddin,
Tambah lagi runtuh akhlak.

Terima kasih kerana mengulangi cerita berkurun kurun ini, sudah pernah diketengahkan menjadi issu semasa Datuk Surinam Haji Sadikun jadi Wakil Rakyat lagi, sehingga satu masa saya membuat ucapan beliau semasa sidang dun isu ini juga berkemundang di dalam dewan DUN Sabah, kini wakil rakyatnya bertukar isu yang sama turut dibangkitkan, kononnnya sudah ada peruntukan bila mahu dilaksanakan? apa kah perlu kita menunggu ada korban dahulu atau nasi dah menjadi bubur? baru nak dilaksanakan, sama-samalah kita fikirkan terutamanya beberapa pihak yang terlibat menangani isu ini" Rakyat Diutamakan Pencapaian di pertingkatkan"

Akum,

Terima kasih atas paparan saudara, sekurang-kurangnnya saudara turut rasa simpati dengan nasib yang menimpa rakyat 30 buah kampung yang melalui jalan ini.

Saya juga turut menyiarkan gambar dalam blog saya tentang perkara ini. Saudara mengambil gambar pada 30 Jun 2009 dan saya mengambil gambar pada 1 Julai 2009. Masalah semakin kronik, tiada apa-apa tindakan yang diambil, cuma yang ada ialah rentangan tali merah, seolah-olah menanti saat sedih.

YB kamarlin dalam ucapan beliau semasa kempen pilihan raya lalu, bahawa beliau akan menyelesaikan masalah tersebut dalam masa tiga bulan. Nampaknya beliau gagal menunaikan janji. Kita tunggu lagi apa janji beliau seterusnya

saya hanya kebetulan melalui jalan lupak. khabarnya yb kamarlin sudah lama menyuarakan hal ini tetapi pihak JKR masih lagi belum berbuat apa-apa tindakan.

Dari Sabah aku setuju juga tegur pemimpin tapi perlu ikhlas bukan emosi ,namun dari Sabah saya kira pemimpin yang mengutamakan rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan tahniah