Monday, June 1, 2009

Kisah pemburu kepala

Sewaktu masih kanak-kanak dahulu, kami selalu ditakut-takutkan dengan kisah `pengait', pemburu kepala. Kenangan itu menjelma begitu saja ketika mengunjungi gerai kraftangan di Centre Point Sabah yang menjual terlalu banyak baju bertulis head hunter.
Secara peribadi saya pernah dikejar oleh pengait ketika kecil dahulu. Saya masih ingat ketika pulang dari sekolah, tiba-tiba sebuah land rover berhenti di depan saya.
Dua orang, kemudiannya turun dengan tali dan saya berlari menyusup di bawah pagar berdawai sehingga sampai sekarang masih ada bekas parut di kaki saya.
Itu berlaku ketika saya darjah satu atau darjah tua sekitar tahun 75 atau 76. Sama ada mereka pengait atau sengaja mahu menakut-nakutkan saya, saya tidak tahu.
Benarkah pengait atau pemburu kepala wujud?
Saya pernah terbaca catatan seorang antropolog yang masuk ke hutan di pedalaman Kalimantan pertengahan abad ke-18 dahulu dan beliau menuliskan rakaman pengalamannya dalam sebuah buku.
Pada masa dahulu, terdapat suku kaum di pedalaman Kalimantan yang memang memburu kepala. Jika seseorang mahu berkahwin dengan seorang perempuan yang disukainya, maka beliau perlu mempersembahkan kepala. Jika berlaku kelahiran di kalangan suku kaum itu, maka kanak-kanak itu tidak boleh diberi nama melainkan perlu ada kepala musuh. Jika ketua suku meninggal dunia maka suku kaum itu perlu mempersembahkan kepala manusia. Makin tinggi kedudukan kepala suku maka banyaklah nyawa yang dikorbankan. Biasanya kalau tiada kepala pihak musuh maka kepala hamba abdi yang dikorbankan. Kanibalisme ini memang berlaku pada abad yang lampau dan terdapat rekod daripada sarjana antropologi yang melihat dengan mata kepala sendiri dan mencatatnya dalam buku. Tetapi sekarang mungkin kegiatan itu tidak ada lagi bila suku-suku dipeluk oleh kemajuan dan kemodenan.Ilmu pengetahuan dan penyebaran agama akhirnya berjaya menghentikan kegiatan seperti itu.
Kegiatan memburu kepala kini tidak ada lagi. Tetapi pengait masih tetap wujud dalam masyarakat kita melalui bentuknya yang lain. `Membunuh' lawan dengan berbagai cara seperti pembunuhan karakter, adalah amalan biasa dalam politik. Politik yang menghalalkan segala cara untuk merangkul kuasa. Kuasa melahirkan pemburu-pemburu kepala yang bersedia untuk memusnahkan lawan atau musuh mereka tanpa menggunakan senjata.

6 comments:

windi said...

Saya dulu kalau nampak lori kuning terus seram sejuk badan. orang bilang kenderaan pengait. Head hunter memang wujud tapi kalau di pekan KB rasanya tak tahu pulak untuk apa wujudnya head hunter@pengait. Tapi alasan popular untuk buat jambatan lah. Bikin balance dan kasi teguh binaan konon2nya.

musli oli said...

untuk makluman saudara Nadin, sekarang tiada lagi pengait. Semua yg dulunya kerja pengait sudah jadi pemimpin politik. sekarang mereka tidak jual kepala orang tetapi terus jual orangnya sekali kepada parti politik yg berminat..

MAWAR BERDURI said...

salam en?

masa sekolah dulu pun kami ada dangar jugak cerita itu..seram sejuk jugak sbab sya skula rendah di atas bukit bah di bandar sandakan..tapi ada benar nya kata2 anda tidak diketahui sejauh mana kesahihan perkara ini...

mawar rasa soal cantas mencantas bukan saja dalam dunia politik belaku tapi dalam apa jua bidang dan lapangan yang manusia jejaki...apa pun semoga Malaysia terus aman dan makmur.

salam perjuangan.

Pena Alam said...

abg nad..

itu juga lagenda bangsa pa'al... pemburu, memburu kepala utk berkahwin, kepala seorang pahlawan lebih berharga untuk membuat bakal bapa mentua bangga, lebih kurang cerita antropolog di kalimantan itu..tp itu cerita kuno kan. klu blaku di zaman ini, penjara menunggu dan tak ada sapa yang bangga, hehehe..

pernah juga kecut perut bila orang kata 'pengait' sudah sampai di kampung kita..hehehe...dan sebenarnya pernah juga jadi pemburu kepala atau 'headhunter'...headhunting cari keja masa jadi penganggur terhormat dulu...hehehe...

Kunakian said...

Aku agak Sdr Nadin ni memang kaki rayau masa kecik2 dulu, sebab tulah dorang kasi takut. Mana ada pengait pandu landrover. Kalau pengait yang macam Sdr Musli cakap tu adalah...Mercedes atau NinjaKing lagi!...yang diperoleh dari hasil kait-mengait.

Fuziani JSR said...

Entry yg menarik... Saya dlm proses mengumpul maklumat berkaitan perkara ini untuk entry saya "pemburu kepala dalam masyarakat Sabah : Sejauh manakah kebenarannya? " Mohon dikongsi maklumat dari blog tuan. Berminat menulis berkaitan perkara ini kerana kerana arwah nenek saya pernah bercerita yang kami dari keturunan pemburu kepala yang dikenali sebagai "paing" di sebuah kampung kecil yang bernama Kg. Bongol.