Tuesday, June 2, 2009

Pak K.H. A Mustofa Bisri bercerita melalui bukunya

Pak Kiyai Haji A.Mustofa Bisri bercerita kepada saya melalui bukunya Membuka Pintu Langit terbitan Kompas.
Beliau bercerita mengenai kisah seorang wali Allah, Syeikh Sariy as-Saqathy (Meninggal tahun 253 H/967M), seorang arif, murud sufi besar Ma' ruf Karkhy yang pernah berkata" Tiga puluh tahun aku beristighfar, memohon ampun Allah atas ucapanku sekali `Alhamdulillah',
Mengapa pula begitu, tanya seseorang yang mendengarnya.
"Terjadi kebakaran di Baghdad" kata Syeikh menjelaskan, "lalu, ada orang datang menemuiku dan memberitahu bahawa kedaiku selamat tidak ikut terbakar. Aku waktu itu spontan mengucap "Alhamdulillah". Maka, ucapan itulah yang kusesali selama tiga puluh tahun ini. Aku menyesali sikapku yang hanya mementingkan diri sendiri dan melupakan orang lain".
Selama tiga puluh tahun Syeikh Sariy menyesali ucapan Alhamdulillahnya.Beliau menyesal kerana sedar setelah mengucapkan ucapan syukurnya itu, bahawa dengan ungkapan syukurnya bererti beliau masih sangat tebal perhatiannya kepada diri sendiri. Begitu tebal hingga menindih keprihatinannya kepada sesama. Alangkah musykilnya orang yang sanggup menyatakan kegembiraan di saat musibah menimpa sebahagian besar saudara-saudaranya.
Saya tertegun mendengar cerita pak Kiyai. Katanya kecintaan kepada diri sendiri dan dunia berlebihanlah yang membuat orang kehilangan kepekaan terhadap sesama.Kecintaan kepada diri sendiri dan dunia yang berlebihalah yang membuat orang sejahtera tak mampu melihat kesengsaraan orang lain, membuat orang kuat tak peduli saudara-saudaranya yang lemah, membuat pemimpin mengabaikan rakyatnya, dan sebagainya...

1 comment:

mrakunman said...

Betul kata pak kyai itu, analiasa sudara juga mengena. Cara pengungkapan saudara, seolah-olah saudara melihat di depan mata sendiri, bahawa kelupaan kepada tidak bernasib baik sedang memaharajalela.