Friday, June 12, 2009

Pungut, limpas dan bahasa Melayu kami

"Kita pungut duit, lepas tu duit yang dipungut tu kita derma kepada si anu". Kawan saya dari Semenanjung agak terpinga mendengar perkataan pungut itu. Rupanya dia tak faham. Pungut adalah perkataan dalam bahasa Melayu Sabah yang ertinya kutip. si anu sama maksudnya dengan si polan.
Baru saya sedar rupanya banyak lagi kosakata bahasa Melayu Sabah yang kurang dimengerti maksudnya oleh rakan mereka dari Kuala Lumpur.
Saya teringat Encik Salleh Hashim, pegawai kewangan DBP Sabah dulu.
"Limpas kami"
Dia agak terpinga juga nak jawab apa dan apa maksudnya.
Lepas tu dia bertanya kami, apa maksud perkataan itu.
"Limpas kami maksudnya tumpang lalu" kata seorang kawan saya.
"Oh, jadi orang tadi tu nak minta izin tumpang lalu"
"Betul cik Salleh," kata saya pula. Tapi perkataan tumpang lalu jarang digunakan di Sabah bahkan di setengah-setengah tempat, tidak boleh diucapkan kerana mengandungi konotasi yang nakal maknanya.
Pungut yang baik saja. Entri ini sekadar untuk menunggu limpas waktu.

2 comments:

DEPU-DEPU said...

cerita sdr mengingatkan saya waktu belajar d Maktab,dimana saya dan kawan telah berpeluang ke Kelantan.Rakan saya ketika membeli tembikai, dia bertanya ;berapa harga sekoi ni? punya terpinga penjual tu...rupanya di semenanjung mereka tidak faham 'sekoi'.Yang mrk faham ialah 'tembikai'...perbezaan bahasa tidak jadi penghalang untuk kita bersatu!!!

Ekeng A/L Etong said...

Itulah kehebatan dan kekayaan bahasa Melayu. Perkataan yang sama sebutan, mungkin tidak sama ertinya di tempat lain. Satu perkataan kadangkala mempunyai berbagai makna.
Setiap negeri kaya dengan bahasa mengikut dialeknya. Mungkin setengahnya hanya berbeza sebutan/variasi. Jika anda ke negeri saya (Kedah Darul Aman) mungkin lebih banyak sebutan bahasa Melayu yang anda tidak mengerti.
Saudara mungkin dijemput 'makan' air, bukan minum air.
Saudara mungkin ditanya, 'lagu' mana boleh kenai dengan anak saya? Macamana boleh kenal dengan anak saya?) Dan jangan terkejut jika dipuji:- amboi 'segak' betoi anak 'jantan' dia! (Amboi lawa betul anak lelakinya). Itu belum saya beri contoh yang lebih melucukan, yang berunsur erotik dan sebagainya.
Jika saudara berkunjung ke Blog saya, mungkin banyak yang anda tidak faham dengan tulisan saya yang sengaja saya selitkan bahasa/dialek Kedah.
Bahasa jiwa bangsa! Hisup bahasa Melayu!