Rabu, 8 Julai 2009

50 SERTAI KURSUS ANJURAN YAYASAN TUN AHMAD SHAH DAN IPS

Tags




50 SERTAI KURSUS ANJURAN YAYASAN TUN AHMADSHAH DAN IPS


Seramai 50 peserta telah menghadiri Kursus Motivasi Kefahaman Islam Fasa 1 di bawah Program Pembangunan Modal Insan anjuran Yayasan Tun Ahmadshah dan Ikatan Penulis Sabah (IPS) di Mimpian Jadi Resort Tuaran, selama tiga hari bermula 3 Julai dan berakhir 5 Julai.
Pengurus Besar Yayasan Tun Ahmadshah, Noor Azlin Tun Ahmadshah berkata program itu diadun dan dibentuk unbtuk menampilkan suatu program dakwah yang agak relevan dengan pemikiran individu muslim masa kini yang lebih menghargai sesuatu yang konkrit, logik dan rasional berbanding dengan generasi-generasi sebelumnya.
Program itu itu secara tidak langsung mengajak peserta untuk menjadi ejen pemangkin yang bertanggungjawab untuk menyuburkan kesedaran dan kefahaman terhadap agama Islam dan sekanjutnya melahirkan pendakwah bebas Islam yang mampu berdakwah dengan menyeru mereka yang jahil kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwah, katanya.
Sementara itu, Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS), Sukor Haji Usin berkata, dakwah merupakan salah satu elemen penting untuk menegakkan syiar Islam, mengukuhkan akidah umat Islam dan memelihara kesucian agama Islam.
"Cabaran sentiasa berkenbang dan kita berhadapan dengan pelbagai perkara yang mendorong untuk mempertahankan kekuatan akidah umat.
"Disamping persepsi yang negatif terhadap Islam dan umatnya, di sekeliling kita juga wujud pendakyah-pendakyah yang terus memesongkan fikiran rasional umat Islam dan menjadikan teknologi sebagai wahana penyelewengan kefahaman terhadap agama Islam.
"Walaupun IPS sebuah persatuan penulis tetapi ia juga turut memberi perhatian penting kepada usaha untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan" katanya.
Kursus itu dibimbing oleh seorang motivator yang terkenal, Haji Mohd.Noor Lokman, yang juga bergiat sebagai sukarelawan dan pensyarah jemputan.
Beliau yang juga merupakan tokoh guru, memulakan kajian motivasi kefahaman Islam sejak 1976 dan menghasilkan model KIMDA (Kefahaman Islam Melalui Diagram) dan Modul Pakej Kefahaman Isalm dan Kaedah Dakwah Rasionalpada Y2K.