Ahad, 26 Julai 2009

Catatan pendek di Signal Hill

Tags

Majlis pada malam itu hanyalah sebuah majlis makan-makan.Tidak ramai yang dijemput tetapi saya rasa amat beruntung kerana Haji Abdullah Sibil mengundang saya hadir ke signal hill. Saya datang bersama cikgu Hajat Haji Lassin, seorang pendidik yang pernah menjadi ADO di Tuaran dan pernah juga menulis menggunakan nama pena Ilhamahad.

Orang sudah ramai ketika kami tiba. Haji Abdullah sendiri, yang juga Presiden Persatuan Sama Sabah (PSS) yang menyambut kedatangan kami.Juga kami disambut saudara Jenar Lamdah, seorang intelektual Bajau yang kini merupakan Pengurus Besar LPPB.

Program pada malam itu, dinjurkan bersama oleh PSS, Kelab Peminat Siaran Sama Sabah, Kelab Rotary Luyang dan Society of Agricultural Sceintist Sabah (SASS). Antara ramai yang datang itu, ramai juga para denakan yang saya kenal. Antaranya, denakan Musli Haji Oli, seorang penulis buku politik yang terkenal dan kini seorang blogger yang disegani. Saudara Naumul Haji Mulud, Dr.Jamal Kastari, Haji Kajul. Sempat juga bersembang dengan cikgu Roslee Ombang, kini Guru Besar SK Tamau. Beliau seorang pencinta seni dan telah menggubah beberapa buah lagu untuk rakaman album. Malam itu, cikgu Roslee menyanyi sambil memetik gitarnya, lagu yang mengisahkan petani yang hidupnya sengsara. Seingat saya, pertama kali saya mendengar nama cikgu Roslee ialah ketika menatapnya namanya di akhbar.Dulu, cikgu Roslee menulis berita secara sambilan untuk akhbar Sabah Times, selain satu nama yang cukup tenar, Wangsa dan mendiang BC Tan. Inilah orang-orang yang pernah menulis dan menggegar KB satu waktu dahulu dengan tulisan mereka.

Program pada malam itu cukup santai. Ramai yang menyumbangkan suara untuk menyanyi. Apabila mendengar saudara Jenar menyanyi, saya terfikir apakah beliau dulu tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi.Suaranya Merdu. Haji Abdullah juga menyanyi. Cikgu Amirun, Haji Kajul dan lain-lain lagi.

Tetapi yang paling menarik tentulah menu yang dihidangkan. Semuanya makanan tradisi Bajausama Kota Belud.Pernah makan loor peria? Sambal langkuas bangkutut? Kullia diing pai? Ampap basung, Sambal kodop, Loor peria, rebung rebus, pancak yu, ampap nangka. Sebenarnya banyak makanan tradisi Bajau yang perlu diketengahkan, misalnya di hotel-hotel untuk dinikmati oleh lebih ramai orang termasuk pelancong.

Saya fikir majlis-majlis seperti itu, kalau dapat diadakan lebih kerap, barangkali lebih baik dan bermanfaat untuk mengukuh ikatan silaturrahim antara kita.

1 comments so far

Salam sdra,
Apa yang saya dapat nyatakan disini, ia lah kalau sdra terjumpa mereka ini di lain hari, tolong sampaikan salam rindu saya kepada mereka.
Saya mengenali dan mereka pun mengenali saya. Banyak kisah yang manis-manis ketika bersama mereka. terutama sekali Sdra Hajat, Hj. Kajul dan Cikgu Roslee Ombang.

Untuk rekod, ayah saya ada lah orang kg. Pirasan dan ayah kepada Ibu saya pula dari kg Sembirai/Timbang Dayang.

So, bayangkan sejauh mana hubungan saya dengan Daerah Kota Belud.

Justru itu, bila saya mengulas hal-hal yang berkaitan dengan KB, saya gunakan bukan sahaja setakat pengalaman selaku Jurutera Daerah Kanan JKR, tetapi secara tidak langsung, perasaan patriotik saya terhadap Daerah tempat lahir nya Nenek lelaki(Ayah kepada Ibu) dan Ayah saya..
Hati saya terasa terharu pula.

Thanks kerana mengingatkan saya nostalgia masa silam.