Khamis, 2 Julai 2009

Catatan singkat mengenai Lilim

Tags

Entah berapa kali sudah Lilim membuat terjunan dari udara. Pernahkah dia tersangkut di pokok atau hanyut di tengah laut. Pernahkah payung terjunnya tidak terbuka. Adakah beliau pernah berasa cemas ketika tiupan angin membawanya ke tempat lain dari ketinggian sana.
Lilim merupakan salah seorang tokoh yang saya kira patut ditulis kisahnya.
Lilim seorang anggota tentera. Walaupun kini bermastautin di Semenanjung tetapi Lilim tidak pernah lupa kampungnya di Kampung Merabau Kota Belud. Lilim komando ini pernah terlibat dalam pelbagai misi mencari di hutan-hutan kita. Kalau mahu ditulis, Lilim adalah orang Kota Belud yang paling banyak membuat terjunan dari udara.Atau paling banyak melihat tanahair kita menggunakan mata burung.
Buat sementara waktu, biarlah saya rahsiakan namanya. Saya kira Lilim adalah salah satu role model yang boleh dicontohi belia kita untuk menceburi kerjaya dalam bidang ketenteraaan.

3 comments

Salam

memang agak ramai org iranun yg jadi tentera...ada lagi satu di kg Tamau...juga banyak kali buat terjunan udara..kini bertugas di perak..ada juga sempat jumpa dia tahun lepas...

Sdr Depu-depu, Terima kasih kerana maklumat yang diberikan amat berguna.kalau boleh tolong emelkan nama orang orang kita yang berjaya dan mencatat pencapaian dalam bidang masing-masing.emel abdnaddin@yahoo.com. saya ingin menulis memgenai mereka.Salam

Salam
Saya ada "link" ke blog sdr via pos "On Trail of the History of Kunak Part8" di blog 'Kunakians2' dan "Menyingkap Sejarah Daerah Kunak Bhg 6" di blog 'Kunakians' utk pengunjung melihat gambar-gambar dan catitan mengenai etnik kaum di Sabah yg ada dalam blog sdr.
Harap tidak keberatan.