Khamis, 2 Julai 2009

Chef Di pernah keliling dunia

Tags

Agaknya selain Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, siapakah orang Iranun yang paling banyak mengelilingi dunia? Soalan itu tiba-tiba menerjah dalam fikiran saya ketika timbul keinginan untuk menyusun sebuah buku biografi mengenai tokoh-tokoh Iranun di negeri ini.
Banyak nama yang melintas di kepala saya. Tetapi antara yang paling berkesan ialah kisah seorang Iranun, yang ketika remajanya meninggalkan kampung tetapi kemudian diiktiraf sebagai antara pembuat kuih, pembuat roti dan antara tukang masak terbaik di Asia.
Namanya Chef Di.
Beliau berasal dari Kampung Pantai Emas, Kota Belud. Kini berusia sekitar 50-an, dan telah membuka kedai di Tuaran.
Chef Di bermula sebagai seorang pembantu di bahagian dapur. Seorang kitchen helper. Kerjayanya berkembang sehingga menjadi Excekutif Pastry Chef di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri. Bermula dengan gaji kira-kira RM300, sebelum berhenti gaji Chef Di mencecah RM10,000.
Gajinya di luar negara, misalnya ketika bekerja di salah sebuah kota di Amerika Syarikat jauh lebih besar. Kepakarannya dalam bidang pastry hampir tidak dapat ditandingi dan orang-orang yang pernah dibimbingnya kini bertugas sebagai chef beberapa hotel terkemuka di negeri ini.
Saya tidak mengenalnya secara peribadi.Saya hanya tahu beliau pernah menang medal dalam pertandingan memasak di Malaysia dan di Singapura.
Chef Di pernah bekerja di Hyatt Hotel, di RasaRia, di Pan Pacific Johor Baharu dan beberapa tempat lain lagi. Tetapi yang membawanya keliling dunia ialah ketika beliau bertugas di kapal pesiar Star Cruise. Ketika bertugas disinilah beliau mampir di seluruh dunia.
Mungkin pelajarannya tidaklah tinggi sangat tetapi walaupun bermula daripada seorang pemuda yang berhijrah dari kampung, Chef Di membina namanya sehingga dikenali sebagai antara yang terbaik dalam bidang pastry di Asia, dan bukan setakat di Sabah.

3 comments

Salam sdr...

Kena tau juga tu yang mana restorannya di Tuaran..nak rasa resepinya...

Selepas berhenti dari sutera, chef di membuka kedai bakery di Tuaran. nanti saya dapatkan alamatnya yang lengkap.Namun tujuan saya menulis mengenai chef Di ialah ingin memberikan motivasi kepada belia-belia kita bahawa mereka juga boleh menceburi bidang pemakanan dan perhotelan kerana ia juga menjanjikan pulangan yang lumayan.Kalau ada maklumat orang-orang kita yang berjaya dalam bidang masing-masing, sudilah emelkan kepada saya melalui abdnaddin@yahoo.com.Terima kasih

salam... saya kenal betul orang itu..