Khamis, 30 Julai 2009

Hanya sayur kangkung dan kicap, kata Datuk Rahman

Tags

Ketika saya tiba, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sedang berucap. Mantan Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia ini menekankan betapa pentingnya pendidikan di kalangan anak-anak, dan betapa pentingnya bantuan kerajaan sampai kepada sasaran. Banyak yang beliau perkatakan pada malam itu, yang kesemuanya demi untuk masa depan anak-anak kita. Saya melihat Datuk Rahman merupakan seorang pemimpin muda yang ada stail tersendiri. Khalayak yang kebanyakannya terdiri daripada Guru Besar sekolah-sekolah di Kota Belud itu, nampak tekun mendengar apa yang dikatakan datuk rahman dalam Majlis Bersama Pemimpin dan Makan Malam anjuran Majlis Guru Besar (MGB) Kota Belud.
Beliau menegaskan bahawa mana-mana individu yang perlukan bantuan dan pertolongan, hendaklah mendapatkan semacam surat perakuan dari sekolah yang menyatakan bahawa anak mereka tidak mempunyai dari segi disiplin. Bagus juga cadangan itu, saya kira, tetapi sejauh mana beliau mampu melaksanakannya, kita tunggu dan lihat.
Beliau juga, katanya agak terkejut apabila mengetahui bahawa sebanyak 24 makmal komputer di sekolah di Kota Belud belum dapat digunakan. Selain itu, beliau mahu supaya sistem kantung digunakan supaya amalan pemakanan di bawah RMT sampai kepada pelajar.
RMT, katanya, bukan bertujuan untuk membantu pengusaha kantin melainkan untuk memastikan zat makanan turun kepada anak-anak.
Beliau berkata mendapat aduan terdapat pembekal yang sepatutnya menyediakan makanan ayam atau daging, hanya menyediakan sayur kangkung dan kicap.
Ini menyebabkan RMT gagal mencapai matlamatnya, katanya dan mahu supaymasa depan pelajar-pelajar diutamakan.

2 comments

saya tahu betul itu projeknya. ratusan juta jumlahnya, penguasa katin dalam agenda dimatikan!

Sesungguhnya dakwaan saudara perlulah dibuktikan. Apatahlagi kerana ini adalah dakwaan yang agak berat.Projek ratusan juta jumlahnya, seperti kata saudara. Saya fikir sementara kita menyatakan terdapat agenda untuk mematikan pengusaha kantin apabila sistem kantung diperkenalkan, maka kita mempunyai tanggungjawab moral untuk menyatakan dari segi mana pengusaha kantin itu, akhirnya mati dengan pelaksanaan sistem ini.