Friday, July 10, 2009

Khabar dari Dili, Timor Leste

Seorang rakan menghubungi saya dari Timor Leste. Amat gembira rasanya menerima khabar yang tak disangka-sangka dari Dili. Emel yang dikirimkan Mohd.Zaky Harry Susanto, seorang penulis, seorang aktivis seni dan yang paling penting lagi seorang anggota pasukan keselamatan yang diamanahkan bertugas sebagai anggota polis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pasukan yang dikenali United Nations Police (UNPOL). Khabarnya Zaky akan bertugas di negara itu selama satu tahun atau lebih. Tahniah kepadanya kerana berjaya memikul panji negara di negara yang baru saja merdeka itu.

Insp Mohd.Zaky juga pernah ditugaskan di UMS, membimbing pelajar-pelajar disana mengenai dunia kepolisan. Zaky, yang berasal dari Tawau merupakan seorang anak muda yang berktramilan dan mampu maju dalam dunia penulisan di negeri ini.

Saya sempat memberitahunya bahawa saya banyak membaca mengenai Timor Leste. Saya pernah membaca biografi Xanana Gusmao, presiden yang suka berpuisi itu. Juga Dr Mari Al Katiri, bekas Perdana Menteri yang pernah mengetuai Fretilin,satu-satunya orang Islam keturunan Arab yang jadi pemimpin di negara yang kebanyakan penganut katolik itu. Saya kagum dengan kegigihan mereka mencapai cita-cita menjadi sebuah negara merdeka.

2 comments:

SI RENGIT said...

salam,

Saya menjemput saudara abdnaddin untuk memberikan Ulasan mengenai "PISBA DAN ARAH TUJUNYA" di blog saya. Saya amat berbesar hati andai "Orang Lama" seperti saduara dapat memberikan sedikit pendapat, pandangan, ulasan atau komen mengenai Isu tersebut...

tq.

abd naddin said...

Saudara si rengit,
saya membaca hampir kesemua tulisan saudara dalam blog.Saya tertarik dengan tulisan saudara mengenai permasalahan Iranun. Saya kira wajar `isu Pisba dan arah tujunya kita bincangkan tetapi secara peribadi saya berpendapat, mungkin kita boleh mencari forum yang lebih sesuai. salam