Ahad, 12 Julai 2009

Perihal mencari serunding

Tags

Biasanya kalau emak telefon, yang ditanyanya selalu mengenai perkhabaran kami. Tetapi kelmarin, beliau menanyakan serunding selepas menonton dokumentari di tv.
Di mana saya kali terakhir nampak serunding? Itulah yang pertama menerjah minda saya.Serta merta saya ingat Kota Bharu.Hampir di seluruh sudut pasar, orang kampung ada menjual serunding. Di Kuala Terengganu juga, saya sempat singgah di pasar, ramai orang menjual serunding. Tapi di sabah, jual di mana ya?
saya kirimkan sms kepada beberapa orang kawan. Ebing, staff FAMA menyatakan syarikat Agromas ada menjualnya, tapi hari ini tak buka.
Khabarnya ada jual di pasar raya. Saya ke Milimewa,tak jumpa. Kamarudin kata ada Wisma Wisma MUIS, juga tak ada lagi orang yang menjualnya. Kalau tak dicari ,ada, kalau dicari tiada.
Saya meminta Hasyuda menurunkan saya ke Wawasan Plaza, juga tak ada. Kemudian saya menghabiskan masa ke kedai kraftangan, kedai menjual VCD kerana di luar hujan lebat.

Dah jumpa serunding? tanya Encik Zubaidi sewaktu kami bertemu. Beliau baru balik dari Pitas kerana DBP Sabah menganjurkan program Baca Puisi Juri Durabi di sana. Kita makan dulu, katanya, saya pun nak cari serunding.

Kami ke KK Plaza lepas itu.Tapi jurujual yang ditanya macam tak tahu apa yang dinamakan serunding.Mujur ada seorang gadis yang tolong mencarikan.Habis, kata seorang lagi kawannya.
Biasanya kalu kita mencari, kita akan jumpa.Tapi mungkin serunding kurang dijual di sabah ataupun saya yang tak pandai mencarinya. Malamnya saya ke Centre Point, tapi serunding tak ada dijual disana. "Tapi ada orang kata, dia orang beli serunding di sini," saya memberitahu jurujual itu.
Serunding? dia membawa saya ke tempat jual daging. "Ini bukan serunding" kata saya kepadanya. Ini daging yang dikisar? bukan serunding. Serunding, daging yang dikeringkan itu sudah lama membudaya dalam masyarakat Melayu. Inilah antara makanan tradisi mereka.dalam masyarakat Iranun juga, ada serunding, saya terlupa istilahnya tetapi yang lebih popular ialah tiampik, ikan yang dikeringkan, yang boleh dibawa sebagai bekal dalam perjalanan. Selain itu, liking-ikan talang yang diasinkan campur lada, yang hanya terdapat di Kota Belud.Tapi yang saya cari ialah serunding.

Hari ini sejak pagi lagi ke Jalan Gaya, mencari kalau-kalau ada orang menjual serunding daging di tamu. Tapi tak ada juga. Sebaliknya saya berkesempatan untuk mengunjungi tamu jalan gaya kerana lama sudah tidak ke tamu walaupun tapak tamu terletak dekat dengan pejabat. Kebetulan pula saya terserempak dengan imam losman linjal al hafis yang menikahkan saya di tawau 10 tahun yang lalu. Beliau menepuk perut saya yang agak buncit, barangkali menegur saya supaya jangan membiarkan perut buncit.
Agaknya, dimana saya mendapatkan serunding di tengah kota ini?

4 comments

siager. Semalam kami ke kota belud. makan tengahari di kampung tamau. tidak lupa hidangan wajib bernama siager.

Salam,

Pagari, pun boleh seka sebagai wartawan sa surat kabar,cuba ka kon iseled ba isu ah SK Tamau, sa news paper,nyalambat ah tantu pemibinaan nyan anan, nyasimah tah run mamagapah... kad taruh ah mangalokos midtongkod tah dan sa kaludah aguh boh mapasad.

Antuna pen eh pagarepen ah mangalokos pagari pun dih sekah pagari, ka sekah boh eh wartawan ah maluh mapiah eh pogod... sekami ini ki langah Musram Rakunman hanya blogger ban

kalau nak beli serunding boleh email saya di zawani88@gmail.com serunding kelantan..senarai harga ade di http://kelantanproducts.blogspot.com/ .
harga leh dirunding

serunding kalau time raya mesti ada,kalau nak try serunding cendawan boleh masuk web ni http://puanlin00.blogspot.com/