Wednesday, July 1, 2009

Sekadar renungan untuk seorang kawan

Pertama sekali kenalilah siapa dirimu.Hanya dengan mengenal dirimu, mengenal kelebihan dan kelemahanmu, kau boleh menaklukkan lawanmu. Nasihat yang sudah beratus-ratus tahun usianya ini datangnya daripada Sun Tzu. Saya berasa perlu mengulangi nasihatnya ini sebagai panduan kepada mereka yang berhasrat bertarung di medan laga.
Kedua, kenali siapa lawanmu siapa musuhmu. Ada beza antara lawan dan musuh.Lawan tidak semestinya musuh. Jadi kenali siapa lawanmu. Siapa lawanmu.Apa kelebihannya, apa pula kelemahannya. Kalau kau tahu mana titik kelemahannya, mana kekuatannya, kau pasti dapat mengalahkannya.
Ketiga, kenali gelanggang dimana kamu berlaga. Dimana tempatnya, apakah di tengah padang, apakah di dalam dewan, atau dimana tempatnya.Kau mesti mengenali tempat dan kawasan itu sebaik-baiknya.Tahu apa jenis rumput yang tumbuh di sekelilingnya, tahu apa jenis pagar yang digunakan, apa jenis dawai, apa jenis ranjau dan sebagainya.
Keempat, cari saat yang paling tepat. Masa yang sesuai. Apakah akan bertempur di tengah panas terik matahari ataukah di tengah malam yang sunyi. Bila masanya, apakah akan bertempur hari ini, esok, minggu depan atau bulan depan. Kalau kau tersalah kira, dan gagal mengenali saat yang tepat, kau hanya akan kalah dan menjadi mangsa.
Sebenarnya banyak nasihat-nasihat Sun Tzu dalam bukunya Seni Berperang itu. Saya tiba-tiba teringat Sun Tzu. Saya takut dan khuatir, kawan saya akan jadi mangsa atau dimangsakan kerana ia didedahkan terlebih awal kepada musuh-musuhnya.
Saya teringat seorang khalifah, Sayidina Ali yang meminta sahabat-sahabatnya supaya menyusun strategi untuk bisa mengalahkan musuh mereka.

2 comments:

musli oli said...

salam denakan ku, terima kasih beri publisiti utk PERKASA. Tapi saya paling seronok membaca tulisan denakan bila menulis tentang pengalaman perjalanan ke mana-mana sahaja. lively dan seolah-olah saya ada bersama. tahniah kerana tulisan naratif yang baik.

abd naddin said...

Mereka yang terampil dalam pertahanan menyembunyikan dirinya seolah-olah di bawah lapisan bumi yang paling bawah.Mereka yang terampil menyerang muncul secara tiba-tiba seolah-olah dari puncak langit tertinggi.Demikianlah mereka mampu melindungi diri sendiri sekaligus meraih kemenangan mutlak-Sun Tzu