Rabu, 15 Julai 2009

Sketsa Mantanani-eh, ada orang putih!

Tags


Pada mulanya mereka datang melihat tarian `pakiring'. Tapi mereka tak sempat melihatnya. Saya terkejut juga melihat ada orang putih yang datang ke majlis itu. Saya mendekati mereka, ingin tahu.
"Kami tinggal di sini selama sebulan," kata lauren Mclennan dari Scotland. Ada tiga tujuan yang dinyatakannya kepada saya mengenai keberadaan mereka di pulau itu. Pertama membanru mengajar bahasa Inggeris di sekolah. Kedua, membantu meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan pantai dan ketigam membantu pemuliharaan penyu. Sukarelawan dari Camp International itu dibantu oleh Hirda Albih, 23. Kebanyak mereka dari UK iaitu Charlotte Wallis, 19, Henry Evans,19, Finbar Queef, 19, katie Crutchley,19. Turut membantu ialah silvia, kalau tak silap pengarah projek Camp Borneo itu.
Pulau Mantanani ini cantik, kata Lauren.Mereka ingin mengenali budaya masyarakat pulau itu.

1 comments so far

dalam kesibukan di Manek urai tempoh hari saya seronok baca tulisan sdra ke pulau Mantanani, tapi tidak sempat beri komen. saya pernah ke pulau itu pada tahun 2006. Sukarelawan orang putih memang sudah lama di pulau itu. mereka silih berganti.

perkara pertama yang perlu dididik kepada penduduk mantanani ialah untuk mereka sayang alam sekitar dan tidak terus menggunakan bom ikan. saya pernah diberitahu bahawa satu ketika ramai penyelam datang ke pulau tersebut tetapi selepas 1 hari mereka pulang. bila ditanya kenapa. mereka jawab tidak mahu mati kena bom ikan.