Sunday, August 9, 2009

Malboro dan tapak sila, mungkinkah hilang

Barangkali generasi muda Iranun sudah lama tidak mengenal nama kain ini. Kain tenunan puan Sabnah Dullah di Kampung Merabau, salah seorang adi guru dalam bidang tenunan. Kain yang terletak di sebelah kiri itu, kain malboro manakala yang satu lagi tapak sila. Inilah antara jenis kain, selain kain mogah, dastar dan siambitan yang menjadi kebanggaan sukubangsa Iranun.Banyak lagi jenis kain dengan bermacam corak dan nama. Alangkah baiknya kiranya ada pengkaji yang menyelidiki motif tenunan Iranun. Alangkah ruginya sekiranya kemahiran menenun ini tidak diturunkan kepada generasi baru. Alangkah rugi sebuah bangsa yang kehilangan identiti seni tenunan, yang satu ketika dulu jadi kebanggaan kita.






No comments: