Monday, August 3, 2009

Mereka berkumpul mendengar cerita Hamka

Setiap kali pulang kerja, setelah seminggu berada di laut, maka berkumpullah mereka, arwah Pakcik Mas'ud, Pakcik Bakar, Yak Noi mu mendengar cerita arwah bapamu, kata Hajah Jamilah, ibu mertua saya.
"Bacalah Din, sambungan cerita kelmarin," kata mereka memujuk bapamu. "Bapamu pun mengeluarkan buku Di Bawah Lindungan Kaabah, dan membacakan kepada mereka," kata mama. Walaupun buta huruf, mereka suka mendengar cerita yang ditulis Buya Hamka itu dan kebetulan pula bapa suka dan pandai membacakan kepada mereka.
"Nenekmu juga suka mendengarnya". Tiba bahagian atau bab yang sedih, mengalirlah air mata mereka kerana pandainya bapa bercerita.
"Bapamu membacakan buku dengan baik sekali sehingga mereka yang mendengarnya pun penuh penghayatan". kata mama bercerita sambil minum kopi tenom dan bersarapan.
"Biasanya sesi bercerita itu diadakan ketika sehabis kerja. Arwah Pakcik Mas'ud dan pakcik Bakarmu bekerja Kapal, loading kayu balak. Seminggu di laut, setelah selesai baliklah mereka ke darat," kata Mama. Waktu itulah, sambil berehat, mereka meminta arwah bapamu (bapa mertua saya) untuk membacakan kisah-kisah dari novel-novel Buya Hamka. Selain Di Bawah Lindungan Kaabah, novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck atau Merantau Ke Deli juga pernah dibacakan kepada mereka. Jika belum tamat kisahnya, buku itu ditandakan untuk dibaca pada waktu yang berikutnya, begitulah setiap kali ada masa terluang.
Arwah bapa mertua saya memang pencinta buku. Buku Falsafah Hidup, Kisah Malin Kundang, Faridah Hanum ada dalam simpanannya. Tetapi yang sering dibcakannya kepada orang ialah krya Hamka.
Betapa luasnya pengaruh Buya Hamka, tiada siapa boleh menggantikannya.

1 comment:

Datu pitung said...

salam sdr naddin

penceritaan dan penulisan yang sgt bgus. saya pn teringin nak membaca karya hamka ini kelak.

sila bertandang ke blog saya untk turut serta memberi komen tntng blogger kta belud releven?