Saturday, August 22, 2009

Sedikit catatan mengenai Datuk Golkhan

Saya pernah berkata kepada Datuk Salleh Tun Said bahawa antara orang yang saya kagumi dan pemimpin yang punya karisma ialah Datuk Orang Kaya Kaya (OK) Golkhan Hasbollah. Beliau dihormati oleh semua kaum di Kota Belud dan mampu bertutur bukan saja dalam bahasa Bajau yang menjadi bahasa ibundanya, malah mampu bertutur dalam bahasa Iranun dan bahasa-bahasa lain juga.
Bagaimanapun beliau tidak menceburkan diri dalam bidang politik, satu kenescayaan kepadanya kerana tidak menjadi mangsa permainan dan sepak terajang politik yang kasar dan kotor.
Oleh sebab itu,Datuk Golkhan, sampai sekarang merupakan seorang tokoh yang disenangi di kalangan masyarakat di kota Belud kerana sikapnya yang non partisan dan hanya bergiat mempromosi budaya malah walaupun kedudukannya tinggi sebagai OKK sanggup pula mengetuai perbarisan dan perarakan kuda, yang lebih dikenal orang sebagai kuda bajau.

2 comments:

musli oli said...

Datuk Golkhan adalah pak cik saya dua pupu sebelah ayah saya. Tetapi saya tidak hormat beliau kerana pangkat pak cik tetapi kerana kagum dengan personaliti dan kepimpinan beliau..

azrone said...

Orang kaya yang rapat dengan golongan marhaen