Wednesday, September 23, 2009

`Spiderman' pun solat di masjid



`spiderman' pun sembahyang di Masjid

1-Ahmad Fawzan beria-ia ikut ke Masjid. Saya sebenarnya agak enggan untuk membawanya kerana khuatirkan peristiwa tahun lalu berulang. Ketika itu, Fawzan baru berusia dua tahun lebih sikit. Setiap kali kami melihat kubah masjid, Ahmad fawzan akan menunjukkan bahawa bangunan yang dilihatnya itu masjid. Saya kemudian membawanya solat Jumaat di Masjid Babul Khair Kampung Titingan. Ketika sujud, ketika semuanya senyap tiba-tiba di tengah keheningan sujud itu, Fawzan menangis. "Abah, pulang abah". Nasib baik kami berada di rakaat terakhir dan kemudian tergesa pulang.
Jadi ada kekhuatiran untuk membawanya kali ini. Januari nanti, usianya masuk empat tahun.Dia sudahpun bersiap. Saya membawanya dengan menasihatinya supaya jangan menangis, jangan nakal-naka, jangan bising dan bermacam-macam nasihat lagi.
"Abang tak nangis, abang tak nakal-nakal," katanya. "Abangkan spiderman, Ben 10," katanya.
"Abang spiderman kan, " kata saya lagi.
"Tapi spiderman pun sembahyang di masjid abah" katanya. Dan tidak seperti tahun yang lalu, kali ini Fawzan tidak menangis. Cuma doa saya pada hari itu ialah ya Tuhan, janganlah fawzan menangis dan ternyata, tidak seperti tahun lalu, kali ini dia tidak menangis. .

Tak dapat membalas sms
2. Hari Raya Aidil Fitri tahun ini jatuh pada hari Ahad. Selepas solat, saya bergegas pulang kerana biasanya ramai orang yang akan datang singgah dan berhari raya di rumah. Dari pagi hingga ke malam, kami melayan tetamu. Banyak sms yang masuk sejak semalam tapi saya tak dapat membalasnya.Maaflah. Benda yang dinamakan joystick dalam telefon rosak dan tidak dapat digerakkan ke bawah untuk menjawab sms. Saya keluar masuk ke kedai handphone dan diberitahu bahawa part itu kehabisan stock. Kalau adapun, mengambil masa dua hari untuk siap kerana esoknya cuti raya. Saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua sahabat handai, rakan taulan yang mengirimkan sms dan tak sempat dijawab.

Beraya di tempat pakcik Majid
3. Kami sempat beraya di rumah pakcik Majid Jamal iaitu abang kepada ibu mertua saya. Saya sempat bertanya kenangan ketika beliau muda belia. Pakcik Majid merupakan antara Ahli Jawatankuasa Badan Bahasa Sabah (BAHASA) Cawangan Tawau, yang ketika itu dipimpin Matin Haji Pandin pada awal 70-an. Mereka adalah orang-orang yang ikut berjuang mendaulatkan bahasa Kebangsaan, memastikan papan tanda menggunakan bahasa Melayu yang betul. Selain BAHASA, pakcik Majid juga terlibat dalam SANYA, Rukun Tetangga dan aktiviti kemasyarakatan yang lain.Beliau juga pernah bekerja di Jabatan Air sebelum melibatkan diri dalam Koperasi Kopesta. Pakcik Majid kini merupakan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan merupakan tenaga penting UMNO di Zon Titingan. Tetapi saya hairan juga mengapa orang-orang yang telah berjuang begini, pingat BK (Bintang Kinabalu) pun tak dapat.Mungkinkah terlepas pandang.Sementara orang yang baru kelmarin berjuang sudah dapat bintang PGDK, ASDK, ADK, BSK dan paling kurang BK.

Ke Batu Payung
4. Sempat juga kami berhari raya ke Batu Payung di rumah Pakcik Anting (Ahmad Alim). Pakcik Maing (Cikgu Ismail Alim) tak ada di rumah mungkin ke kebunnya di Sg Matahir. Pakcik Anting tinggal di rumah barunya. Rumah arwah atuknya yang dibina pada tahun 1958 itu baru saja dirobohkan seminggu yang lalu.
Pakcik Anting adalah saudara sepupu bapa saya. Bapanya Alim dan ibu kepada bapa Saya, Sablah adalah adik beradik. Begitu juga Takim, iaitu ayah kepada pakcik Ahmadshah, Takim di Kampung Jaya Bakti, Beluran, mereka semuanya adik beradik yhang terpisah puluhan tahun lamanya.

Pakcik Bakar berlakon Memanda
5. Pakcik Bakar, adalah antara tamu yang datang beraya ke rumah. Beliau membesar bersama arwah bapa mertua saya. Banyaklah kenangan yang tersemat di ingatan.Salah satunya ialah mereka pernah berlawanmana yang paling banyak boleh menghabiskan rokok.Pakcik Bakar setiap hari boleh menghabiskan enam kotak rokok Surya 12 batang. Tapi kini sejak 2004, atas nasiaht beliau sudah berhenti merokok. Dulunya, pakcik bakar juga terlibat dalam kegiatan teater bangsawan ketika itu di Tawau, ia dipanggil Memanda dan pernah membuat persembahan di seluruh Tawau.
"Apa watak pakcik?"
"Saya berlakon sebagai Jin.Jin Api," katanya.
Berziarah di Kuburan

6. Hanya pada hari raya kedua, barulah kami berkesempatan untuk berziarah ke kuburan arwah bapa mertua saya berdekatan Islamiah. Sepanjang kami melewati kuburan itu, anak saya Mehran dan sepupunya Nabiela berhenti pabila ternampak tulisan makam bertulis Al fatihah sampai habis. Oleh kerana banyak kuburan, mereka hanya menyebut Al Fatihah. Di kuburan atuk mereka, mereka membaca Al-Fatihah dan Al-Kautsar.
Tapi ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Ketika itu, mereka berhenti pada setiap kuburan dan membaca doa Allahuma Bariklana.
"Itu doa makan, Iyan," . Abah, macam mana Atuk makan dalam kuburnya?

Makan Sup tempat Ya' Giak
7. Setiap kali hari raya, antara tempat yang tak dilewatkan ialah tempat Ya' Giak di Taman Semarak. Di tempat makcik ini, selalu menunya sup. Hebat juga rasanya. Ada juga Ya' Kahar, yang ketika musim perang Jepun sudah berusia 15 tahun. Beliau menceritakan keperitan dan kepahitan perang. Banyak orang banyak ragamnya. Ada yang minat memancing, ada yang minat berburu. "Hari itu, kami berkonvoi 13 kereta semuanya ke arah Luasong, tapi pulang dengan tangan kosong".
"Padahal beberapa bulan sebelum itu, saya dapat enam ekor payau," katanya. Banyak kisah menarik. Orang Tawau berburu di Nabawan tapi orang Nabawan pula ke kawasan Tawau untuk berburu.

Kami keluarga besar, kata Ya' Jelis
8. Di Kampung Muhibbah, kami beraya ke rumah Ya' Jelis. Suasananya ramai. "Kami keluarga besar, katanya.
"Kami enam adik beradik saja, punya 41 orang anak kesemuanya. Itu belum masuk Cucu, belum masuk cicit. Mereka termasuk keluarga yang banyak anak.
Kami juga sempat bertemu Kak Ot. Suaminya abang Padlee Shaibon, itu orang Kota Belud. "Kami satu daerah. Sempat juga saya mengambil gambar anak-anaknya , antaranya Faizal dengan Mehran, Fawzan dan Farhan kerana kebetulan di rumah itu, mereka adalah orang yang berasal dari satu daerah-Kota Belud- dan kebetulan pula punya darah Iranun.
Ikan masin, aduh sedapnya
9. Sejak hari raya pertama hingga hari raya ketiga menunya, kalau tidak daging, ayam! Jadi masuk hari ketiga, kami belum sempat makan nasi. Jadi waktu bersarapan itu, kami makan burasak', sejenis makanan di Tawau-yang originnya mungkin Bugis dan Bulungan, dengan berlaukkan ikan masin -liking dari Kota Belud-. Aduh sedapnya tidak terkira.
kalau masak jangan marah-marah, rahsia resepi mama
10. Ramai tamu yang memuji masakan mama. Ramai yang bertanya resipinya. Tapi masakannya memang sedap.Ada class, bukan kerana dia ibu mertua saya tapi memang ramai yang memujinya. Tapi ketika ditanya apa rahsianya, katanya sederhana saja.
"Kalau masak, jangan marah-marah.Muka jangan cemberut kerana kalau marah-marah, masakan tidak sedap.

Anak-Anak bermain belon
11. Sempatlah juga kami mengadakan hari ulang tahun Sitti Mehran Yasmine Abd.Naddin yang ke 9 tahun dan sepupunya Izzatul Nabiela Shukri, yang ke tujuh tahun. Sebenarnya hari lahir Iyan jatuh pada 10 September tapi kerana puasa, majlisnya ditunda pada hari raya ketiga.Lagipun Iyan minta supaya dia menyambut hari lahir menunggu kepulangan sepupunya dari Pusa, Betung Sarawak. Itulah sebabnya majlis itu diadakan untuk mereka berdua.
Bagi kanak-kanak, barangkali yang paling pentin g ialah memiliki belon-belon, makanan dan kek mungkin bukan keutamaan mereka.Maka kami membeli 100 belon dan apabila alat peniup belon itu rosak maka kami bersama-sama meniup belon.

Kami berharap belon-belon itu boleh terbang dan hinggap ke masa depan.

1 comment:

abd naddin said...

Komen Bang Maily di Kemsas mengenai catatan ini.

ada 3 perkara yang bang maily mahu katakan setelah membaca catatan harian itu. pertama kala solat nanti dijanji dengan anak-anak selepas solat ajak ke kedai jual ais cream.

kedua soal pingat tidaklah perlu kerana bang maily sendiri pernah dikasih bk dan adk, lalu bang maily tolak/tak mahu. tau tak kenapa? alasan bang maily menteri yang mahu menganugerahkan mengarahkan bang maily mengisi borang. bila mengisi borang itu bermakna bang maily minta. bila minta itu bermakna bukan anugerah. bertentangan dengan kata anugerah itu, makanya bang maily tolak. lagi pula teringat kata-kata arwah pak shuhaibun "dapat datuk, tetapi orang minta derma dikasih RM2, kalau dikasih kayu balak aku mahulah" tau-tau arwah dapat datuk.

ketiga tadi yang tembak rusa tak bang maily setuju kerana itu membunuh hewan terlarang/lainlah kalau tembah babi hutan asal jangan orang utan.


ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
ismailybungsu@ yahoo.com
kimanis2020@ yahoo.com
bangmaily@yahoo. com
019-8400005/ 016-8222262
014-5555175



sila layari
http://groups. yahoo.com/ group/Watan_ Sabah