Wednesday, September 2, 2009

Amil Jaya kini telah tiada


KOTA KINABALU: Negeri Sabah kehilangan seorang lagi putera terbaiknya dalam bidang bahasa dan sastera selepas pemergian Sasterawan Negeri, Datuk Haji Ismail Abbas,70 atau lebih dikenali sebagai Amil Jaya di Kampung Tenghilan Tuaran, lewat petang Rabu.
Beliau merupakan mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah sebelum bersara pada tahun 1994. Amil Jaya dilahirkan pada 5 November 1939 di Kampung Pirasan Kota Belud.Selepas tamat darjah lima di GPS Tenghilan, beliau dilantik sebagai guru di Sekolah Sukarela Rakyat (NVS) Kampung Wangkod, Tenghilan, SRK Selupoh Tuaran sebagai guru besar (1966-1968) dan kemudian memasuki Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur (1969-1970),Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim Perak (1970-1972).

Selepas itu, Ismail Abbas menjadi pensyarah Di Maktab Perguruan Gaya sehingga 1974 sebelum menyertai Biro Kesusasteraan Borneo Cawangan Sabah hingga tahun 1976.

Kemudian apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah diwujudkan di Sabah, beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penyelidik, Ketua Unit Sastera, Timbalan Pengarah dan kemudian sebagai Pengarah DBP Cawangfan sabah pada tahun 1994.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1982.
Ismail Abbas lebih dikenali sebagai Amil Jaya dalam lapangan kebahasaan dan kesusasteraan, Beliau mul menulis pada tahun 1958 dan menghasilkan puluhan cerpen, serta beberapa buah novel antaranya Cerah (DBP:1076), Ngayau (DBP:1979) dan Bagaton (DBP:1987).
Beliau juga menghasilkan tiga buah novel remaja Yanti Si Anak laut (1986), Herwan Anak Kembara (1989) dan Periuk Kera Raksasa (1992). Kumpulan Puisi dan cerpennya terhimpun dalam Antologi Suatu Amanah dan kumpulan cerpen Berhati Nabi Berwajah Ibu (1972) dan Haram (1969).
Sasterawan ini merupakan Penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sabah (1990) dan penerima SEA Write Award (1992) dari Kerajaan Thailand, Tokoh Pujangga dari UPSI dan menerima anugerah darpada Kerajaan Negara Brunei Darussalam kerana jasanya dalam Kesusasteraan Melayu.
Dalam gerakan bahasa dan sastera, beliau terlibat dalam Persatuan Penulis Sabah (PERPESA), Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) dan pernah menjadi Yang Di Pertua Badan Bahasa Sabah (BAHASA) selain menjadi Ahli Jawatankuasa Penuh Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).

Jenazah akan dikebumikan esok di tanah kelahirannya di Kota Belud

5 comments:

dariana said...

Setiap yang hidup akan mengalami kematian.
al-fatihah buat al-marhum dan ta'ziah buat k'ganya. moga beliau ditempat pada makam org2 solih.

berita kematian..saya mohon izin link ke:
http://keroncongdariana.blogspot.com
http://abdulhadi035333.multiply.com

orang kita said...

Khas Buat Mu...

Kini kau telah pergi...
Pergi menemui pencipta,
Namun pergi mu pergi penuh berakah
Pergi mu meninggalkan sejuta kenangan...

Pasti kami tidak lupa,
Hamparan ilmu yang kau hidangkan
Jutaan kesyahduan yang kau ciptakan
Tak terhitung kemesraan kau wujudkan

Pada kami....
Engkaulah wira...
Wira bangsaku...
Bangsaku yang bermaruah....
Maruah yang terbit daripada nukilan mu..

Terima Kasih Pak Abbas,
Walau telah tiada,
Tapi ada di hati kami...
Anak-anak SABAH.

Oleh:
Cikgu Rapahi @ Rafahi Haji Edris
SMK Gadong Beaufort.
0138606184

Tudung Duang said...

Sesungguhnya pemergian allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia kesusasteraan di negeri Sabah..

Saya terkedu seketika setelah
mengetahui berita ini kelmarin..

Salam takziah untuk keluarga allahyarham..
Al-fatihah...

Mohd Hasbi Hajat said...

Salam Saudara, Saya meminta keizinan untuk menyalin artikel dalam blog saudara untuk post kan kedalam blog saya.

http://abdullahduaming.blogspot.com

abd naddin said...

Saudara Dariana, orang kita,tudung duang dan saudara mohd.hasbi,
Kita semua akan merasai kehilangannya.kita semua kehilangan.semoga rohnya dicucurkan rahmat, semoga diberi ampunan dan amal salihnya diterima.