Thursday, September 10, 2009

Apa seronoknya di facebook?

Apakah agaknya yang menarik dalam facebook? Begitu seorang rakan bertanya kepada saya. Tetapi saya tidak dapat meggambarkan betapa seronoknya saya berkomunikasi dengan keluarga, dengan sahabat, dengan rakan taulan, kenalan di serata dunia. Kami dapat bertukar pendapat dan idea.Kami dapat berbahas dengan bebas. Atau kalau tidakpun kami dapat saling bertanya khabar. Satu ketika berbalas puisi, dan mungkin paling sering menuliskan kata-kata pujangga untuk renungan bersama.
Betapa gembiranya dapat berhubung dengan Nununk atau Chairiah Arianty di balik papan atau Hasniah Ariyani atau Ani di Tanjung Selor. Julia Unggai di benua Amerika, Kak Laila Elok di Scotland atau Ismail, bakal doktor dari Dublin.
Tidak dapat digambarkan betapa seronok dapat berbual dengan aranam di Tashkent, atau Hassan Aspahani di Batam. Atau dengan dengan Pagel Mushashi di Jogja, dengan Lies Soca di Kumpulan Bagong atau mbak Weni suryandari di Sastera Reboan.
Berpuisi dengan bung Ready di Bandung, Kang sapto wartawan Antara di Jakarta.Dengan Samira Gutoc di Mindanao, dengan Jenisah Linggam di Kyoto, dengan Nisah di Kuala Lumpur, atau siti jasmina, atau Marlenny di ibu negara, dengan Madsah dan Norawi di kota belud, dengan haji salim di rtm, dengan jaafar,dengan pa al di KK, dengan mbak mira di karawang, dengan wahidah di selangor dan ramai lagi yang tak sempat disebutkan (dan mungkin tak perlu disebutkan kerana nanti orang bilang kita mengada-ngada). Tapi semua ini penuh makna. Ia mendekatkan yang jauh dan mempertemukan kawan lama.Ia menjadikan dunia ini terasa dekat.

2 comments:

JASA said...

hebat orang yang menciptanya

Norawi said...

kunjungi juga saya di http://jeritanbatin-ku.blogspot.com