Tuesday, September 15, 2009

bercerita 1 malaysia di tengah sawah

Bayangkan kalau kita dapat duduk di pondok kecil di tengah sawah itu dan bercerita mengenai 1 Malaysia.Kau berkata, 1 malaysia ertinya sawah yang menghijau yang baru kita tanam pokok padinya. Tapi aku tidak setuju kerana setelah 46 tahun berlalu 1 malaysia sepatutnya telah kita tuai hasilnya.
Ah mana mungkin! orang sekarang asyik bicara 1 Malaysia tapi lupa sejarah malaysia.





11 comments:

HussainHjOthman said...

memang syok kalau berada di sulap tengah sawah. Jauh mata memandang di sekelilingnya. Walaupun hari panas atau hujan. Suasana nyaman dan indah.

abd naddin said...

memang seronok. Apalagi kalau ada ubi rebus atau jagung bakar atau makan nasi lauk ikan masin.seronok.Saudara Hussain, terima kasih atas respon.

HussainHjOthman said...

Tetapi apa itu 1 malaysia, banyak dlm 1? 1 pun belum jadi satu lagi!
aaaaah! kata-kata retorik bukan baru... aku hanya percaya apa yang telah dibuat bukan apa yang dikata.

Kebanyakan kata-kata era duit jadi tuhan, hanya putar-putar, pusing-pusing.

HussainHjOthman said...

Ya,ya...betul tu sdr. Naddin. Memang ngam bah ubi rebus,ubi kayu atau ubi manis pun ok juga. Memang ada yang suka makan dengan ikan masin.

Cerita ikan masin ni, kalau dulu-dulu, makanan orang miskin. tetapi sekarang, ikan masin pun mahal oh!

Apa lagi ubi rambat (ubi manis) kalau dulu sebelum Malaysia lahir, haraganya murah di Pedalamam (Kgau,Melalap,Tenom) tetapi sekarang lebih mahal dari ubi kentang yang diimpot.

Terima kasih kembali, respon saya Dagang Perantau bah!

abd naddin said...

Demikian ramai orang bercakap 1 Malaysia sehingga ia hanya menjadi slogan yang berdegardegar. Jadi semacam retorik.Konsep ini berangkat dari pemahaman kita yang cetek mengenai pembentukan malaysia.

PA'MIN said...

Din,
Itulah bahayanya kalau kepimpinan negari dan negara rata-rata buta sejarah. Mereka akan menzahirkan kata-kata yang mereka ta reti makna sebenarnya.

Semoga pemimpin-pemimpin muda yang bakal pengganti kepimpinan kg, daerah, negeri dan negara akan hayati sejarah penubuhan negara kita supaya mereka sedar 'yang sama mesti dipersamakan dan yang tidak sama mmesti dibezakan'.

Salam siber,

Pa'Min

abd naddin said...

Kita berharap semoga pemimpinpemimpin muda tidak lupa sejarah dan berjuang mengekori orang membabibuta.

HussainHjOthman said...

Sejarah pembentukan Malaysia ditulis oleh Pemenang politik, bagi yang kalah hanya menulis puisi...

1 Malaysia tidak boleh dibentuk dalam masa yang singkat seperti mengunakan lampu Alladin.

Dahulu, pecah dan perintah siapa punya kerja?
Apabila sudah pecah berkecai, seperti kaca, nak satukan kembali dengan gam jenama apa?

Itu sebab saya kata, putar-putar, pusing-pusing. Pokoknya, sendiri mesti sentiasa untung lebih banyak.

hai! nyaman juga udara di pondok tengah sawah sdr. Naddin ini, heheee! nasib baik angin masih boleh makan di bulan puasa ini.

abd naddin said...

Tidak juga tepat saya kira, bahawa hanya yang kalah menulis puisi.yang menang juga menulis puisi, cuma puisinya berbeza.
Sepatutnya dari dahulu iaitu sejak 16 September 1963- kebetulan hari ini 16 September 2009- kita semua menyedari bahawa kita satu malaysia, tidak perlu dua malaysia.dari dahulu kita satu malaysia.Kenapa sekarang kita baru terfikir 1 Malaysia. Suatu bentuk pengukuhan, penegasan atau sikap apologetik kita kepada masa lampau.
Duduk berbincang ketika angin bertiup nyaman dengan fikiran yang tenang, mampu merungkai permasalahan.

HussainHjOthman said...

Hahaaa! yang menang berkuasa dua-dua boleh tulis. Sejarah boleh puisi pun boleh.
Manakala yang kalah mana di benarkan tulis sejarah rasmi, hanya dalam puisi secara simbolik saja.

O.K.! nak 1 Malaysia yang genuine? disyorkan PM mesti ganti-ganti dari Malaya, Sarawak dan Sabah.

Alahai! awan mendung sudah kelihatan di langit sebelah Timur menghampiri sulap istirehat sdr Naddin.

andi m'jie said...

1 malaysia ? sebelum 1 malaysia pernah ada 'seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak' pernah juga 'seluruh semenanjung serta sabah dan sarawak'. kita menyambut usaha murni mereka untuk menyatukan penduduk malaysia. kita sokong kerana ia memang pasti memberi banyak manfaat.

Tapi sombongnya mereka.

Susah untuk kita menyatukan kaum, dengan memaksa kaum-kaum lain menghormati bangsa mereka tanpa mereka menghormati kaum yang lain. Masing-masing kita punya budaya.

Tapi saya punya satu teori yang saya yakin dan percaya lebih berjaya dari 1malaysia. Ini pernah di buat oleh Rasulullah, berhijrah dari Mekah ke Madinah, menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin. Baginda menyatukan Akidah. Akidah di satukan, sebab yang akan di nilai itu bukanya kemuliaan, ketinggian darjat tapi takwa itu. Allahualam.