Saturday, September 26, 2009

Bersama orang lama


Berbaju biru itu, saya sendiri. Di sebelah kanan, saudara Mohd.Azrone Sarabatin, wartawan Berita Harian yang mencatat banyak prestasi cemerlang dan pernah beberapa kali menang Shell Press Award.
Bersama kami ialah Saudara Emin Madi, mantan Ketua Pengarang Sabah Times, pernah menjadi wartawan Bernama yang juga seorang cerpenis dan novelis yang terkemuka. Ketika di Sabah Times dulu, beliau banyak memberi peluang kepada kami, penulis kampungan untuk menyumbangkan karya ke Sabah Times khususnya berita. Cerpen saya juga tersiar buat pertama kalinya di sabah times tahun 87 ketika dikelola oleh arwah Pak K.Bali.
Berdiri dua dari kiri itu ialah saudara Ali Hassan Omar., yang katanya sudah 11 tahun pencen setelah 32 tahun berkhidmat dengan Jabatan Penerangan Malaysia.
Gambar ini dirakamkan di rumah ADUN Pantai Manis, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail ketika beliau mengadakan majlis rumah terbuka dengan konsep 1 Malaysianya pada 26 September 2009.
Bergambar bersama tokoh-tokoh wartawan yang berpengalaman seperti mereka, amat bermakna.
Andainya kelebihan dan keistimewaan mereka boleh difotokopi, saya ingin memfotokopinya.

1 comment:

azrone said...

emin pernah bertugas di balai berita bangsar pada 1973, dua tahun sebelum saya lahir dan pada 1999 saya pula ke situ. ketika emin bertugas di kementerian tanah dan pembangunan koperasi, kami selalu makan durian di chow kit.