Sunday, September 27, 2009

Bersama pemimpin muda

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan duduk semeja dengan pemimpin muda dari Kota Belud. Ketua Pemuda UMNO KB, Baharul Sawi duduk di sebelahnya. Di depan sekali, Saudara Tadzul Haji Radim, seorang pemimpin muda yang berpotensi, mempunyai wawasan dan mampu pergi jauh sekiranya beliau mampu mengatur langkahnya dengan teratur. Juga sekiranya dia mengamalkan satu petua. Petua daripada seorang saudaranya yang ingin melihat beliau menjadi seorang pemimpin masa depan.Itupun kalau beliau ingin mendengarnya. Unaan a kapia a taw, su katiger. Terjemahan dalam bahasa Melayunya barangkali berbunyi, Keutamaan orang bijaksana ialah kecekalan atau kesabaran.
Saya suka menatap gambar ini. Baharul sudah tentu representasi Bajau, Tadzul sudah tentu representasi Iranun pada masa depan sekiranya beliau ingin, beliau pasti boleh.
Saya fikir dan ramai juga yang berfikir seperti saya bahawa pemimpin yang akan dilahirkan di Kota Belud nanti sebenarnya,seorang pemimpin yang boleh diterima semua kaum. Beliau mungkin berasal dari suku bangsa Iranun tetapi bukan untuk memimpin sukukaum Iranun saja, begitu juga sebaliknya.
Dalam sekeping gambar ini juga ada orang lama, Pakcik Sekil dan Datu Raslin Gayong. Kalau ada gandingan orang lama dan baru, sudah tentu politik akan lebih mantap.
Dengan melihat mereka duduk bersama, hati saya bertambah gembira.

2 comments:

NqZj said...

mereka ada peluang pada masa hadapan. nampaknya para pemimpin muda ini telah pun memaluh gendang yang menandakan 'signal' bersedia untuk berjuang. semoga berjaya....

NqZj said...

pemimpin muda peneraju masa hadapan. mereka ini lah yang akan memainkan peranan yang lebih dalam senario politik masa akan datang.