Sunday, September 6, 2009

Betapa sakitnya kehilangan nombor

Betapa sakitnya kehilangan nombor

Betapa sakitnya kehilangan nombor telefon.
Bayangkan 1,469 nombor raib ketika virus yang entah apa bentuknya itu memakan semua data dalam handphone. Mujur ada beberapa nombor yang sempat disalin di kertas kertas, di buku nota dan sebagainya. Kalau tidak terputuslah hubungan dengan rakan-rakan yang jauh, yang dekat barangkali boleh dicari.
Bayangkan betapa pentingnya nombor telefon bagi seorang wartawan?. Nombor-nombor contact dari pesawah padi hingga speaker dewan, dari pemandu teksi hingga pak menteri. Dari YB hinggalah ke orang kampung.Mereka semuanya memiliki nombor telefon dan nombor telefon itu sekarang hilang dimakan kecanggihan teknologi!.

Hari ini hari Isnin.
Off day. Banyak waktu dihabiskan di Cyber Cafe. Selepas broadband hilang dan komputer dijangkiti virus, masa masa terluang digunakan untuk mengupdate blog.
Kelmarin sempat menghadiri taklimat mengenai ternakan burung walet di USIA.
Koperasi USIA menandatangani perjanjian persefahaman dengan Aeroswift Consultancy Sdn.Bhd untuk mengusahakan ternakan burung walet.

Burung walet hinggap menggunakan dadanya dan bukan kakinya

Ada banyak fakta menarik mengenai burung yang mempunyai kaki yang lembut dan hinggap menggunakan dadanya. Burung pemakan serangga itu adalah industri baru yang memiliki potensi yang boleh dikembangkan dan membawa keuntungan yang amat lumayan.

Burung walet adalah sejenis burung yang membuat sarang dengan air liurnya. Dan air liurnya itulah yang mahal.Satu kilo sarang air liur itu berharga RM5,000 dan dipasarkan di China.Harga sarang bergantung kepada bentuknya, kepada beratnya dan kepada kebersihannya.

Sebagai satu jenis usaha yang boleh diwarisi, CEO Aeroswift, Khairil Sani Wong menyamakan burung-burung itu sebagai burung ababil yang membawa al-falah iaitu kejayaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Biasanya walet terbang dalam keheningan subuh dan balik ketika maghrib tiba. Tetapi kini dengan sistem lebih teratur walet atau burung layang-layang itu boleh diternak di dalam sangkar.

Burung walet kini diternak di Kedah di Sungai Tengas, Terap dan di Kuala Berang Terengganu. Tetapi ia lebih dulu diternak di Indonesia. Di Mojokerto? saya kurang ingat nama tempat yang disebutnya. Burung-burung itu diberi makan dengan serangga. Rumah-rumah burung perlu dibina dengan kosnya mencecah RM360,000 sebuah. Tetapi Aeroswift akan membantu dan memberi jaminan untuk memantau dan membeli sarang-sarang yang dihasilkan.

Oleh kerana burung walet atau layang-layang itu adalah burung yang dilindungi di negara kita, telur-telur burung walet dibawa masuk dari Indonesia. Burung-burung walet itu tidak lagi ditakrif sebagai burung yang liar sebaliknya burung yang dijinakkan kerana ia diberi pemakanan.
Bidang penternakan yang dibuat secara intensif dan moden, adalah satu bidang industri yang baru dan boleh diterokai.Barangkali bagi mereka yang berminat, bolehlah menghubungi Haji Ariffin Haji Sani melalui emel khazanahalam@yahoo.com atau emel ariffinsani@myusia.org atau menghubungi Haji Uda Sulai melalui emel uda_sulai@yahoo.com.

Yang Di Pertua USIA, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai turut hadir menyaksikan majlis menandatangani itu. Beliau merupakan seorang pemimpin yang amat disegani dan dihormati. Sebagai seorang yang baik dan peramah, belaiu sentiasa menyapa mesra orang-orang yang menyambut ketibaannya hari itu.
Satu peristiwa yang membuat kami tertawa ialah apabila dia menyapa seorang wanita, yang kelihatan seperti telah lama dikenalnya.
"Apa khabar keluarga?"
"Sihat sihat saja Tun".
"Apa khabar suami?" Maka berceritalah wanita itu mengenai suaminya yang suka main golf dari pagi hingga ke malam dan sekarang sakit pinggang.
"Saya rasa nak patah-patahkan kayu golf itu, buat sup bagi dia makan," kata wanita itu seperti melepaskan rasa geram kepada suaminya, yang membuat kami semua tertawa senang.

Malam selepas handphone berjaya dipulihkan kami bergegas ke Sutera Harbour untuk menemuramah Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abd.Rahman. Saya sebenarnya diajak Rashid Utusan untuk ke Sutera Harbour. Sesampainya di sana orang yang kami cari tak ada tapi orangnya yang menelefon kami itu agak confident katakan tempat sidang media itu di sutera. kami mencari dari atas ke bawah, tak ada. Akhirnya telefon orang itu semula.Sutera Harbour , katanya. Hanya apabila ditanya balik-balik, barulah orang yang agak confident itu bertanyakan kaunter.
Oh sorry, Pasific Sutera. Rupanya orang itu tadi menyangka magellan sutera dan pasific sutera tempat yang sama. Maka terlambatlah kami sedikit dan ketika sampai Datuk Tajudin sedang memberitahu mengenai Felcra, konsortium yang akan ditubuhkan menggabunggkan kekuatan Felda,Felcra dan Risda dan dengan itu boleh menceburi pasaran luar. Bagaimanapun fungsi Felcra tidak berubah sebaliknya diperkuatkan.
Kami sebenarnya nak minta diri untuk balik ke pejabat tapi Datuk Tajudin ajak minum. Dah minta minum? tanyanya. Ok Datuk Jangan susah. Apa yang oknya? Belum minum dah ok?
Kami sebenarnya mahu menyatakan bahawa kami terpaksa pergi dan tidak dapat minum bersama-samanya.

Hari agak lewat malam. Kami pulang tapi sebelum itu singgah di Bismillah.Likas square, minum air kelapa dan makan nasi goreng dengan niat bersahur sekali.

3 comments:

watasikadi said...

betul saudaraku. sukar kita berkisah tanpa nombor kita

Norawi said...

harap2 nomborku tak hilang dlm simpanan sdr.

abd naddin said...

wi, tolong smskan balik nombormu.hilang juga bersama nombor lain dalam telefonku.harap maklum