Selasa, 15 September 2009

Catatan balik kampung

Tags


Mempelam berbuah lebat tapi kerana berpuasa saya hanya dapat mencicipi buahnya ketika pulang kampung sesudah hampir tengah malam.
Kami berangkat dari KK sudah jam 8.00 kerana memenuhi jemputan berbuka Datuk Bung Moktar. Kemudian kami singgah minum di Restoran Manisah Putrajaya kerana adik saya Ineng sedang berada disana menunggu kawannya.
Itulah cerita mengapa saya sampai di kampung ketika malam mulai larut.
Bapa masih bangun menonton tv. Beliau puasa walaupun kami tidak menggalakkannya berpuasa kerana selalu sakit dan kekurangan gula. Tapi Alhmdulillah setakat ini puasanya belum pecah dan sihat seperti adanya.Wal hal kalau hari biasa, beliau perlu minum kerana khuatir kurang gula.
"Bapa bukan lagi budak-budak. kalau rasa sakit atau tak boleh tahan, nanti bapa berbuka, janganlah disusahkan," katanya ketika saya menyatakan keberatan kerana takutkan penyakitnya kambuh semula.
saya pun rasa hairan kerana dalam bulan puasa, biasanya bapa mampu berpuasa. Beliau dari dahulu sampai sekarang memang seorang yang taat agama dan dihormati rakan sebaya. Tapi kami anak-anaknya pula yang risau tapi itulah bapa, agak degil dengan dengan kehendaknya.
Ibu mengaji dan cuba khatam quran buat kali kedua. Sebelum ini beliau mengikuti pengajian untuk membetulkan bacaan tajwidnya.
"Pukul berapa Ina' selalu bangun sahur". Kami memanggil Ina' dalam bahasa Iranun yang maksudnya Ibu.
"selalu jam 3.00 atau jam 4.00," katanya. Kami bercerita sehinggalah saya tertidur di atas kerusi.
Jam dua pagi kami makan sahur. ikan masak kuah yang pedas. saya khuatir kerana adik saya Dayang suka makan pedas padahal dia masih menyusukan anaknya Awang Mukhriz.saya takut perut anaknya meragam dan nangis.
saya tertidu sambil mendengar siaran langsung solat tarawih dari tanah suci Mekah Al-mukaramah. Bacaan imamnya menggetarkan dan menginsafkan. Saya tertidur sekali lagi di kerusi, dan terbangun jam 8.00 pagi.
Sempat bercerita dengan bapa dan ibu, macam macam topik bicara. Kemudian saya ke rumah sabat, dan Kemudian saya sawah yang sepatutnya dipagar. Saya melihat mempelam berbuah lebat.
Lau teringat pantun arwah cikgu Othman (Dr.Othman Puteh) buah mangga buah mempelam, sekian saja wassalam.

3 comments

Din,

Bagi saya yang telah menjangkau usia 50an ini berasa tenang apabila balik ke kampung. Atas sebab itu setiap ada kelapangan masa, saya dan keluarga mesti balik kampung.

Walaupun saya tidak bersama mereka (anak dan isteri-isteri saya), sebab sibuk dengan urusan kerja, saya arah mereka balik ke kampung juga, pada setiap hujung minggu.

Pada saya, balik kampung adalah 'simbolik' dan besar maknanya iaitu 'kita tak lupa asal usul kita'.

Salam siber,

Pa'Min

Terima kasih.saya kagum dengan semangat Pa' Min.Pernah juga jadi topik perbincangan kami dahulu mengenai tempat tinggal yang selalu Pa' Min pilih. Kalau tidak di kelilingi pohonan, ia terletak di tepi sungai atau di tepi laut.
Saya fikir memang sedari dulu, Pa'Min sukakan suasana desa.Sesuatu yang membuat pa'Min sentiasa segar dan tidak lupa perjuangan bangsa

Abdnaddin,
Salam ziarah. Kisah balik kampung yang menarik. Saya juga teringat kampung. Tahun ini tak dapatlah saya balik kampung kerana giliran saya pula tunggu anak-anak balik untuk sama-sama menyambut hari raya.