Tuesday, September 1, 2009

Cucu cicit ulama Haji Yaakub cari keluarga

Barangkali anda pernah berjalan jalan di Kampung Air, antara kawasan yang paling terkenal di ibu negeri.Di depan stesen minyak, berdekatan Wisma Dang Bandang itu terdapat sebatang jalan.Jalan Haji Yaakub.
Siapakah Haji Yaakub? Beliau merupakan seorang ulama yang terkenal di Sabah pada era sebelum merdeka. Seorang anaknya, Haji Suhaili Haji Yakub pernah menjadi imam termuda bagi daerah Kota Kinabalu dan Putatan ketika usianya 16 tahun.
Salah seorang cucu Haji Yaakub ialah arwah Datuk Haji Awang Sahari Abdul Latiff, mantan Pengarah Dakwah USIA.
Bagaimanapun, kini cucucicitulama terkemuka itu sedang menjejaki anggota keluarga mereka yang dipercayai berada di Semenanjung Tanah Melayu khususnya di Kelantan dan Melaka.
Jurucakap keluarga, Abdul Ghani Hj Prawawi @ Nawawi berkata moyangnya Haji Yaakub bin Haji Ali bin Abdullah merupakan seorang ulama yang berasal dari Kampung Chetok, Pasir Mas Kelantan.
"Kedudukannya sebagai seorang ulama telah mendorong beliau merantau ke beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Brunei.
"Negeri pertama yang telah beliau kunjungi ialah negeri Kedah dan pernah bertugas di Istana. Di sana beliau telah berkahwin dan mengikut cerita beliau tidak dikurniakan cahaya mata," kata Abdul Ghani.
Menurutnya, Haji Yaakub juga dikatakan pernah mengajar bapa kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ketika beliau masih kecil lagi.
Selepas itu, Haji Yaakub telah berhijrah ke negeri Melaka dan mengajar di sana seterusnya mendapat jodoh dan dikurnikan seorang anak lelaki yang bernama Kamaruddin Haji Yaakub.
"Khabarnya, Kamaruddin pernag datang ke Jesselton (kini Kota Kinabalu) dan sempat bergambar dengan anak saudaranya Haji Nawawi Abdul Latiff.
Haji Nawawi Abdul Latiff yang pernah menjadi Ketua Kerani di Kota Belud, Kota Kinabalu dan Penolong Pegawai Daerah di Sipitang adalah cucunda kepada Haji Yaakub kerana belaiu merupakan anak kepada Hajah Dayang Badariah (Dayang katong) iaitu salah seorang anak Haji Yaakub bersama isterinya Dayang Fatimah Haji tarif yang berasal dari Kampung Sungai Biawak, Negara Brunei Darussalam.
Selepas mengajar di Melaka, Haji Yaakub telah diundang salah seorang pembesar Brunei untuk mengajar di sana.
"Semasa mengajar di Brunei, beliau telah menetap di Kampung Sungai Biawak, Muara dan berkahwin dengan Dayang Fatimah Haji Tarif dan dikurniakan enam orang anak, empat lelaki dan dua perempuan.
Anak-anaknya ialah Dayang Jauyah (yang berakhwin dengan Ag Maasom) dan menetap di Binutul Sarawak, Hajah Dayang Badariah yang berkahwin dengan Awang Abdul Latiff Mohd Taha bin Abdul Rahim dan tinggal menetap di Kota Kinabalu.
Anak-anaknya yang lain ialah Awang Sherbini, Awang Seruji, Awang Ali, dan Awang Haji Mohd.Suhaili, bekas kadhi di Brunei dan Imam Daerah Kota Kinabalu dan Putatan yang menjawat jawatan itu ketika beliau masih muda iaitu berumur 16 tahun.
"Besarlah harapan kami jika dapat berhubung kaum keluarga di Melaka atau Negeri Kelantan," katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi Abdul Ghani Haji Nawawi di Lot 54, Rumah 31, Taman Harmoni Kampung Inanam Laut Inanam melalui talian 0146791097/0146791079 atau Seruji Haji Nawawi melalui talian 0138513770.

4 comments:

abdullah said...

Assalamu'alaikum.Beberapa tahun dahulu ada tersiar sebuah artikel tulisan Wan Mohd Soghir yang ketika itu menulis secara berkala dalam akhbar Utusan Malaysia mengenai ulama2 Nusantara. Satu dpd artikel ini mengenai Hj Yaakub yang dikatakan lahir di Kg Chetok, Pasir Mas Kelantan pada tahun 1841. Turut tersiar apa yang dikatakan gambar Hj Yaakub.Artikelbini menarik perhatian saya kerana gambar yang tersiar itu mirip adik ayah saya Hjh Halimah bt Hj Mahmud bin Hj Ali bin Hj Husin.Isteri Hj Mahmud Sofiah(Sepiah)bt Daud bin Jalaludin bin Lebai Diman(Sutan Amir Kaharudin Budiman)Lebai Diman yang datang dari Sumatera menetap di Kg Chetok beberapa tahun. Munkinkah ada hubungan dengan kekeluargaan dengan Hj Yaakub? Setakat ini saya belum dapat mengaitkan antara keduanya.

wiramax said...

Pencarian susurgalur dan keturunan Tuan Guru/Imam Haji Yaakub bin Haji Ali yang berasal dari Kampung Chetuk ,Kelantan, di teruskan. Siapa-siapa yang membaca blog ini dan mengetahui kewujudan saudara-saudara lain yang ada kaitannya dengan keturunan allahyarham itu dan tinggal di merata-rata tempat di Malaysia, kini di alu-alukan untuk menghubungi aftaneka@gmail.com. Terima kasih dan wassallam - Haji Muhammad bin Haji Mohd suhaili

wiramax said...

dari catitan buku , terdapat info menyatakan bahawa Haji Yaakub bin Haji Ali bin Abdullah mempunyai tiga orang adik beradik ia itu Abdul Aziz , Mohd Salleh dan Zalekha .Jika ada dari keturunan tiga orang adik beradik Hj Yaakub yang disebutkan tadi masih ada dan kebetulan membaca blog ini, harap hubungi saya , Hj Muhammad Hj Md Suhaili , melalui hp 673 8 745188 atau 012 - n8467295 .

kamarkyuubi said...

wasalm,Ingatkan nak cari keluarga Haji yaakub bin Haji ahmad(Ulama Kedah),kerana haji yaakub itu adalah moyang saya..