Selasa, 15 September 2009

Meniti jambatan bahaya di Kampung Tawadakan

Tags

Tuan, beginikah bentuk cinta yang tuan berikan kepada kami sebagai rakyat.Jambatan yang berbahaya untuk dilalui, jambatan yang membuat kami sedih.Mungkinkah ini petanda tuan tidak pedulikan kami rakyat kecil ini.
Atau mungkin inilah yang menjejaskan hubungan kita bila tiba pilihanraya akan datang.

Barangkali inilah keluhan penduduk Kampung Tawadakan Kota Belud yang hampir keletihan menunggu ihsan supaya jambatan yang penting sebagai jalan perhubungan mereka, dapat diperbaiki. Jambatan di sebelah bawah digunakan oleh kanak-kanak sekolah untuk ke SK Kesapang manakala jambatan di sebelah atas digunakan untuk menyeberang ke SMK Taun Gusi Kota Belud.





4 comments

Din,

Nasib rumpun kita macam ini jambatan juga. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada.

Alangkah baiknya kalau kuasa yang ada pada kita 'sukup-cukup' besarnya, mungkin jambatan itu akan dibena dengan konkrit supaya dapat tahan lama.

Pun begitu, saya akan cuba untuk kemukakan masalah ini kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Manalah tahu dia akan bersimpati dengan rumpunnya di Tawadakan.

Salam siber.

Pa'Min

Terima kasih atas respon Pa' Min. Saya terharu membacanya kerana pada pendapat saya, tugas ini bukan tugasan Pa'Min lagi melainkan tanggungjawab pemimpin-pemimpin kita yang ada sekarang di Kota Belud.
Terima kasih, semoga akan ada manfaatnya dan semoga pemimpin kita yang sedang berada di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan wilayah menghulur simpatinya untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung tawadakan ini, yang juga rumpun bangsanya ini.

Alhamdullilah.. saya telah berbincang dengan Jabatan Pembangunan Negeri Sabah (SDO). Peruntukkan RM200 ribu telah diluluskan. Kerja membaiki jambatan itu akan bermula dalam seminggu dua lagi. Kalau bajet itu mencukupi, mungkin jambatan konkrit akan dapat dibuat. Cuma permasalahan baru akan timbul - iaitu penggunaan tanah awam.

Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada saudara Naddin dan Tan Sri Pandikar yang perihatin tentang masalah ini.


Salam, DARD.

Kami berasa bersyukur kerana pihak Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk kampung Tawadakan. Sebanyak RM200,000 diluluskan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah untuk membaiki jambatan itu. Saya juga turut bersama dalam lawatan Pegawai Kemajuan Negeri, Haji Matusin bersama para pegawainya turun padang meninjau jambatan itu dan sempat bercakap dengan DARD yang ketika itu berada di Tanzania,di Afrika melalui telefon. Penduduk kampung menyampaikan salam terima kasih