Wednesday, September 23, 2009

Pengalaman peribadi menyaksikan kapal selam

Saya sebenarnya agak terlewat bangun hari itu.Malah tak sempat bersahur.Mujurlah jam 7.30 saya sudah bersiap ketika Rashid tiba dengan Ghazali di rumah. Peluang untuk membuat liputan Majlis Sambutan Ketibaan KD Tunku Abdul Rahman di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pagi 17 September lepas setelah menyempurnakan pelayaran dari Toulon, Perancis itu kesempatan yang amat berharga. Kapal Selam jenis Scorpene yang dikatakan oleh Menteri Pertahanan Dato Seri Dr.Ahmad Zahir Hamidi sebagai telah mencorak dimensi baru dalam sistem kesiagaan TLDM untuk melaksanakan peranannya yang semakin meluas dan mencabar bagi menjaga keselamatan perairan negara amat penting dan perlu diberi keutamaan bagi menjamin kestabilan dan keamanan negara.
Kapal selam itu perlahan-lahan merapat ke pangkalan.Wartawan dan jurugambar bersedia mengambil gambar manakala pelajar-pelajar sekolah mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah telahpun tiba. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman juga hadir menyaksikan peristiwa bersejarah itu. Begitu juga kenamaan-kenamaan lain termasuk Speaker, Datuk Haji Juhar Mahiruddin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Sukarti Wakiman.
Kapal Selam itu menarik perhatian kerana ia tiba ketika 75 tahun Sambutan Jubli Intan TLDM sejak ditubuhkan 1934.
Saya sebenarnya suka menonton filem berkaitan kapal selam, tapi ini berbeza kerana kali ini pengalaman nyata. Sebelum ini, sebuah kapal selam Amerika pernah singgah di KK tetapi ada keengganan untuk melawatnya kerana menunggu kapal selama negara.Biarlah lawatan ke dalam kapal selam negara menjadi peristiwa bersejarah bagi saya secara peribadi.
Saya teringat adik saya Mabulmaddin pernah memohon menjadi anggota TLDM. Ketika akan berangkat untuk menjalani latihan di Woodland,Singapura , beliau bagaimanapun gagal ujian kecergasan dan terpaksa pulang dengan rasa kecewa.
Tidak ramai orang kampung kami yang menjadi anggota tentera laut.Kebanyakan jadi army, bukan navy. Seingat saya cuma arwah Asgana Jamas, yang pernah menjadi anggota Navy dari kampung kami.

Saya pernah membayangkan kapal selam itu seperti ikan paus. Ketika diberi peluang untuk berada dalam peut kapal selam itu-sayangnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar-terbetik kekaguman tersendiri betapa tabahnya anak kapal selam itu yang sanggup berada berbulan-bulan di kedalaman laut, meluncur dalam samudera.
Walaupun tidak seperti yang dibayangkan, pengalaman menyaksikan ketibaan kapal selam itu dan berpeluang pula melawat di dalamnya memberikan pengalaman tersendiri bagi diri saya.
Tidak semua orang punya kesempatan seperti kami, dan saya bersyukur kerananya.













4 comments:

udanggalah said...

SALAM..Bagi yang menghargai kejayaan negara sangat berbangga dengan apa yang dimiliki tapi bagi yang berhati busuk walau apa pun
anugerah kejayaan tetap dipandang serong...

BELIA WAJA WATAN said...

Salam ... dari PB2W

Kami adalah persatuan Belia berorientasikan SAS ATM dari Terengganu.

Kami ingin minta kebenaran menyimpan gambar Kapal Selam danmenyiarkan dalam blog kami dengan memberi kredit kepada sumber asal.

Ini bertujuan membina dan menaikan semangat patriotisme di kalangan anak bangsa dan terutama paras sukarelawan Angkatan Simpanan itu sendiri selaku benteng ke dua negara.

Kami mengucapkan syabas kepada Sabah kerana di pertanggunjawabkan Port bagi sub marine kita ...

Terima kasih.

abd naddin said...

salam.asalkan untuk kebaikan tak jadi masalah.salam

abd naddin said...

Salam.silakan saja menyimpan gambar kapal selam yang menjadi kebanggaan negara dan kebanggaan kita semua.
Semoga bermanfaat untuk menaikkan semangat patriotisme.salam