Wednesday, September 23, 2009

Percakapan dengan Zahir dan Jerry

"Hati melonjak-lonjak gembira ketika tiba di Tanahair," kata Zahirudin Abdul Rahman. Beliau yang berasal dari Pahang menceritakan pengalamannya sepanjang berada empat tahun di Perancis. Juga pengalamannya yang menarik sepanjang pelayaran dari Toulun. Bagaimana rasanya berpuasa di dalam laut, "dalam laut tak banyak dugaan," katanya.kami bertanya bagaimana rutin harian mereka. Kadang selepas berlayar, mereka timbul ke permukaan untuk menyedut udara. Walaupun berada empat tahun di Perancis, mereka dibenarkan pulang empat bulan sekali ke tanahair.
Ketika singgah di Jeddah, mereka sempat mengerjakan umrah, di Mekah dan Madinah.
Apa yang Zahir lakukan jika rindukan keluarga?
"Kami cuba sibukkan diri dengan kerja. Selain itu, dalam kapal juga banyak indoor game," katanya.

Seorang lagi yang sempat ditemui, Jerry Koyoh berasal dari Kota Belud menceritakan pengalamannya sepanjang empat tahun berada di Perancis.
Walaupun bukan beragama Islam, beliau ikut berpuasa kerana rakan-rakannya yang lain berpuasa.
"Saya sempat berpuasa selama tujuh hari," katanya tersenyum. Di Perancis, jika ingatkan isteri beliau berhubung menggunakan kemudahan internet, telefon atau sms. Tugasnya dalam kapal selam itu ialah Staff keselamatan Selam.
Sejak kecil lagi, impiannya ialah memakain uniform.Di sekolah beliau memasuki kadet polis. Sebelum itu, ia ernah memohon jadi polis dan pegawai keselamat di lapangan terbang tetapi rezekinya menjadi anggota tentera laut.
Menceritakan pengalaman di rantau orang, banyak kisah yang boleh dikongsikan bersama Jerry tetapi antara yang paling dirindukannya ialah jeruk bambangan, bahkan ia pernah me`napau'nya untuk dibawa ke Perancis.




No comments: