Sunday, September 27, 2009

Pertemuan kawan lama

Lama juga rasanya kami tidak berjumpa, kata Ketua Satu Ikatan Penulis (IPS), Sukor Haji Usin atau Hasyuda Abadi. Mereka lama tidak berjumpa.Dulu mereka , Sharif Asmawan Sharif Doki (yang berbaju tshirt ) dan Datu Masdan Nurasin (berbaju Melayu) pernah aktif bersama sama dalam Kumpulan Anak Seni. Kini Sharif Asmawan menumpukan banyak masanya untuk sukan golf manakala Datu Masdan adalah Presiden Persatuan Sekerja Pelabuhan Pelabuhan Sabah.
Bagaimanapun, minat mereka dalam bidang seni tidak pernah luntur. Vokal suara Sharif Asmawan dalam deklamasi puisi masih sukar ditandingi. Pertemuan mereka di Majlis Rumah Terbuka Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia di Likas pada Ahad 27 September, mengubat kerinduan yang lama. Kerinduan Sharif Asmawan dan Datu Masdan untuk kembali merancakkan dunia sastera di negeri ini.





No comments: