Saturday, October 24, 2009

Di kedai kopi bersama Amin dan Nizam

Sungguh saya berasa beruntung dapat berjumpa dengan Saudara Amin.
Nizam yang memperkenalkannya kepada saya. Amin, saya kira seorang intelektual yang luas cakupan ilmunya. Amin, orang yang sering muncul di Astro Awani itu datang ke Sabah untuk membuat penyelidikan untuk Merdeka Centre, kalau tidak silap saya mengenai Islam dan Demokrasi.
Jujur saja, saya jarang melihat Awani kerana di rumah kami tidak memasang Astro.
Walaupun kami pertama kali bertemu, tetapi perkenalan itu seolah-olah sudah lama.
Banyak juga perkara yang kami bincangkan sesuai dengan bidang kajiannya.Mengenai respon pengundi dalam pilihanraya lalu, mengenai kegagalan oposisi menarik lebih ramai penyokong dan sebagainya.
Tetapi yang lebih mengesankan saya ialah percakapan kami mengenai mauduk ucapan Anwar Ibrahim sejak dari zaman ABIM hingga sekarang.
Saya berani menyatakan bahawa saya bersedia untuk berdebat bagi membuktikan bahawa inti ucapan Anwar dari dahulu, sejak zaaman ABIM, sampai sekarang tetap konsisten, kalaupun bergeser sedikit, itu mungkin soal pendekatan yang diambilnya.
Kami berasa seronok bercerita mengenai buku dan dunia ilmu.Mengenai Masyarakat Madani atau Civil Society itu, mengenai fahaman sosialisme dan kapitalisme, mengenai kurangnya masyarakat kita membaca, mengenai demokrasi dan sebagainya.
Pertemuan dengan saudara Amin itu, bagi saya amatlah bermakna.

No comments: