Friday, October 23, 2009

Permintaan sederhana ahli USNO

Ketika Datuk Seri Dr.Mahathir datang ke Sabah, satu hari dalam bulan Februari 1990, ramai orang USNO yang ingin menyambutnya. Waktu itu, Kerajaan PBS yang memerintah, dan orang-orang USNO merasakan diri mereka tertekan. Jadi apabila Dr.Mahathir, waktu itu Perdana Menteri, mahu datang ke Kota Kinabalu, ramailah orang kampung dari seluruh pelusuk Sabah yang mahu berhimpun di ibu negeri untuk mengalu-alukan beliau.
"Adik tahu apa permintaan USNO kepada pihak polis waktu itu" tanya Ridi Alawangsa kepada saya.
Saya menggelengkan kepada.
USNO minta satu saja. Permintaan yang sangat kecil.USNO tidak minta banyak, kata Ridi yang waktu itu Ahli Majlis Tertinggi USNO.
"USNO hanya minta Polis tidak keluarkan saman trafik," katanya. Kalau polis keluarkan saman trafik waktu itu, maka ramailah penyokong USNO dari luar bandar yang hadir menyambut PM akan kena saman kerana kebanyakan kereta mereka tidak ada `road tax', " katanya.
Bayangkan betapa susahnya penyokong-penyokong dan pejuang USNO ketika itu. Bayar cukai jalan pun tak ada duit.
Tapi pejuang-pejuang itu, bila kita sudah memerintah, ramai yang dilupakan atau terlupakan.
Bayangkan orang-orang yang berjuang dahulu, orang sekarang tengok pun tidak! Apatah lagi untuk memberi sesuatu untuk menghargai jasa mereka.
Saya percaya perjuangan mereka dahulu ikhlas. Sangat ikhlas sehingga sanggup disaman semata-mata untuk datang ke KK bagi menjayakan satu perjuangan.
Saya sengaja menulis satu kisah, hanya satu kisah sederhana mengenai masa lalu itu, sewaktu jiwa kita ghairah menggelora dan semangat menggebu-gebu.
Mungkin jarang orang yang ingat sekarang ini.

1 comment:

anri said...

salam pakcik ku

acapkali kita selalu mengingati pengalaman yang lama kelamaan akan menjadi sejarah.(tapi kita masih mudah lupa...)

acapkali kita terlupa melihat pada mata burung kerana kita lebih suka melihat di bawah temporong

soal rasa ingin berjuang untuk bangsa telah tiada

bersaing untuk menjadi no.1 sangat mudah tercipta

mungkin benar wadah mereka adalah bangsa

mungkin benar mereka pejuang merdeka yang iklas dan berjasa

bukankah mereka yang bersuara
bukankah mereka yang meminta
bukankah mereka yang beraja

naik setinggi kinabalu
lupa tanam padi huma

bergaya naik kereta proton saga
lupa gaya naik kuda

benarkah...?
kita bersuara tanpa bunyi

sengaja berhujah