Thursday, October 15, 2009

Jusman, penyanyi lagu Iranun itu.



Jusman, barangkali penyanyi yang sudah lama dilupakan. Sejak album pertamanya dalam bahasa Iranun terbit kira-kira 24 tahun lalu, Jusman tidak lagi berkesempatan merakamkan album.
Jusman dilupakan tetapi tidak lagu-lagunya.
Lagu-lagunya masih diingati sampai sekarang. Album `Pulimpusan a limu'ku" yang diterbitkan sebanyak 1,000 copy dalam tahun 1985, merupakan album Iranun pertama yang pernah diterbitkan di negeri ini, dan mungkin album Iranun satu-satunya sehingga kini.
Antara lagu yang termuat dalam album Pulimpusan a limu' ku ialah bituanen, babai sa maruntum dan di' ku den sarumanan. itu antara lagu-lagunya yang diminati.

Sebelum Jusman atau Si putik, seorang lagi penyanyi Iranun, Masli Panayaman sempat merakam satu lagu berjudul Igkiuaga' ku, yang terbit dalam album Rebis atau Arbi Sidek.

Ketika itu, kata Jusman, biaya penerbitan untuk 1000 keping kaset itu hanya RM3,000. Menurutnya, orang yang paling banyak membantuya waktu itu ialah Pandikar Amin Haji Mulia (kini Tan Sri Datuk Pandikar Amin Haji Mulia) ketika itu masih berjawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Beliau memberi saya RM3,000 dan dengan duit itu saya terus membayar biaya untuk merakam album pertama dalam bahasa Iranun.

Album itu habis terjual meskipun pada waktu itu selain sebagai penyanyi, beliaulah juga yang memasarkannya dalam beg plastik ke seluruh sabah malah hingga ke Lahad Datu, di pantai Timur dimana terdapatnya komuniti Iranun.
Kelemahan kita waktu itu ialah pengurusan, katanya.Tak ada yang menguruskan kecuali dirinya sendiri.

Jusman kini sedang dalam proses untuk menerbitkan album Talad a Pidsapaan (sumpah setia) mengandungi 10 lagu. Bagaimanapun, kendalahnya ialah kekurangan dana untuk menerbitkan album itu.

Menurutnya Iranun mempunyai ramai pencipta lagu. Antaranya ialah Saudara Yusuf Haji Moktar dan Edsui Haji Samad. Selain itu, ramai pencipta lagu seperti Mabulmaddin Haji Shaiddin yang boleh menulis lirik lagu, katanya. Jika semuanya bergabung tenaga, sudah pasti album Iranun yang akan diterbitkan akan lebih berkualiti.

Perjuangan memartabatkan bahasa Iranun melalui lagu mesti diteruskan, katanya. Masyarakat kita dahagakan lagulagu dalam bahasanya sendiri.

5 comments:

DEPU-DEPU said...

A'kum Pagari..

Nya kala' aku sa lagu2 e putik anan. Su yaneg ku sa album utu madakel ah suara e Musli..rasaku parlu ambu' tanu pia' aan su sarita yan...
taru' en tanu sa generasi sa kaunaa an..su parkara ah benar..

Aden pen ah pengubah dan pencipta lagu2 Iranun..kalau dapat sdr Naddin boleh cari org ini..kerja di yayasan sabah bahagian paramedik..Namanya En Adman Bin. hj. Samad, adik si Idsui..

Harap sdr dpt mencarinya...banyak2 lagu2 iranun yang diciptanya.
Salam hormat.

abd naddin said...

Terima kasih atas respon saudara Depu depu. Info sauda mengenai penggubah dan pencipta lagu Iranun amatlah saya hargai.

Tuan Cobra said...

Sdra Naddin,Anda adalah Wartawan d BP bolehlah menulis dan menonjolkan pemberian IC Malaysia pakai pintu belakang dan prosedur yg tidak betul tu yg d keluarkan Kepada PTI2 dari pintu belakang ni bah....Sekalipun Iranun itupun berasal dari Selatan Philippine...Tetapi itu d Zaman 1930-40an sudah bah....

abd naddin said...

Saudara Tuan Cobra,
Barangkali ada baiknya kalau orang lain yang menulis isu-isu seperti masalah ic mengikut pintu belakang ini.Kerana saya secara peribadi hanya pernah mendengarnya, tidak pernah melihat pintu belakang yang dikatakan itu.Oleh sebab itu saya tidak menyanggupinya kerana saya tidak berapa gemar untuk menyebarkan sekadar khabar, yang sayapun tidak begitu arif mengenainya.Salam

Cucu Raja Muda Sawiran said...

sdra naddin. sya adalah pencipta atau membuat lagu-lagu tempatan.pada masa ini saya mempunyai 10 buah lagu hasil ciptaan saya sendiri.saya nak lagu ciptaan saya dinyanyikan dalam bahasa iranun.bolehkah sdra mencipta lirik untuk lagu-lagu ciptaan.saya mempunyai sedikit darah iranun dari arwah emak saya dengan itu saya ingin membantu kaum iranun dalam bidang seni amnya nyanyian.sekiranya saudara berupaya membantu saya untuk mencipta lirik lagu2 ciptaan saya(sudah ada musiknya dan tunenya-full arrangement cuma belum ada senikatanya-lirik)sila maklum balas email saya ini.

Basri Mohiddin
(cucu Raja Muda Sawiran)