Wednesday, October 14, 2009

kanugun su rambayongku

bila saya beritahu Mabul betapa sakitnya kehilangan telefon isnin lalu, (sebenarnya ini pertama kali saya kehilangan telefon, sebelumnya hanya nombor telefon rakanrakan yang hilang), beliau teringat bayuk OKK Haji Masrin Hassin. Bayuk yang kirakira bermaksud hasrat hati yang tak kesampaian, walaupun keinginan untuk memilikinya agak besar tetapi kerana belum suratan, maka ia tak dapat dimiliki. Bahasa Iranun yang digunakan dalam seni bayuk mungkin dapat difahami dengan lebih baik oleh penutur-penutur bahasa Iranun, yang cintakan keindahan bahasa Iranun.

`Kanugun su rambayongku,
matag ku siarigidan,
da' ku ka darungu' ih
mukit sadi' suratan'.

Bahasa Iranun merupakan antara bahasa yang telah berkembang sejak ratusan tahun yang lalu. Sejarahnya agak panjang. Masyarakat Iranun mempunyai karya epiknya sendiri iaitu epik Paramata Bantogen. Para pengkaji cenderung untuk menyatakan bahawa Bahasa Iranun merupakan bahasa induk kepada bahasa Maranao dan bahasa magindanao.
Di Sabah, Komuniti Iranun itu boleh dijumpai di 23 kampung di Kota Belud, Kampung Indarasan Laut di Kudat, Kampung Barigas, Nala dan bakolod di Tungku, Kampung Likas dan Kampung warisan Inanam.
Di Minadanao, yang menjadi lupa' a Iranun itu jumlah penuturnya bahkan mencecah antara 3-5 juta penduduk.
Kehilangan telefon mengingatkan saya hakikat bahawa kadang-kadang ada sesuatu yang kita sayangi boleh terlepas tanpa dijangka.Sama ada seperti usia kita, yang juga boleh hilang dalam hakikat waktu.

2 comments:

Devonshire said...

Saya setuju dengan tuan. Kehilangan itu kadang-kadang pedih, tapi ada juga hikmah di sebaliknya, mungkin. Harap dapat bertemu dengan tuan satu hari nanti.

Kebetulan hujung minggu akan ke Kota Kinabalu.

abd naddin said...

harap dapat bertemu.Sudilah kiranya saudara Devonshire menghubungi saya melalui talian 0168351013. Barangkali kalau ada ruang lapang, boleh bersembang sambil minum kopi.