Friday, October 9, 2009

Ketemu Haji Akhir

Saya terserempak dengan salah seorang tokoh penting USBO di Pantai Timur,Haji Mohd.Akhir Tikok (kiri sekali) , di rumah terbuka Datuk SSK baru-baru ini. Beliau diiringi saudara Taib Mayong (dua dari kanan). Kerana lama tak berjumpa, selepas itu kami singgah minum lagi di Likas Plaza bersama Laliman Ahmad (kanan sekali), seorang penulis, pemikir dan budayawan yang juga mantan Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, satu ketika dahulu.
Saya sempat merakamkan gambar mereka ditengah kesibukan DSKK melayan para tetamunya.
Haji Mohd.Akhir merupakan mantan Setiuasaha Sulit kepada Datuk Ahmad Bahrom Titingan. Beliau pernah menjadi AJK UMNO Bahagian Silam dan merupakan pemimpin masyarakat Iranun yang berwibawa di Tungku. Kini beliau merupakan Bendahari USBO, sebuah pertubuhan NGO yang memperjuangkan dan membela nasib dan masa depan masyarakat etnik yang terangkum dan berlindung di bawah payung USBO..

1 comment:

Laliman Ahmad said...

Sesungguhnya Tuan Hj.Mohd.Akir yang saya kenali bukan sahaja seorang tokoh pejuang masyarakat bumiputera rumpun USBO di pantai Timur [khasnya Lahad Datu] tetapi juga seorang tokoh koprat dan usahawan bumiputera. Beliau antara usahawan bumiputera yang agak menyerlah di Panati Timur.Tahniah Tuan Hj. dan selamat berjuang. Tk