Friday, October 9, 2009

Rakan-rakan dari Long mai


Saya tergesa ke Tingkat 4, Ibu pejabat USIA kerana serombongan rakan dari Dewan Perniagaan Islam Long Mai Hainan mengadakan MoU dengan Koperasi USIA Berhad dalam bidang pengeluaran produk halal.
saya sampai ketika Ketua Rombongan Nur Islam sedang berbicara dalam bahasa Arab sebelum diterjemahkan oleh Ustaz Abuhuraira Abdurrahman, Pengarah Dakwah USIA. Setiausaha Agung USIA, Datuk Haji Abdullah Hussin, Pengerusi KoperasinUSIA, Haji Arifin Sani, Timbalan Setiausaha Agung, Haji Uda Sulai juga hadir dalam majlis itu.
Alangkah baiknya kalau saya boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab.
Saya cuba berbahasa Inggeris dengan salah seorang daripada mereka. Rasanya ok juga komunikasi itu, dapat faham walaupun kami sama kurang lancar.
Tapi saya rasa menyesal kerana rupanya wakil mereka di Kota Kinabalu boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Alangkah baiknya kalau saya boleh bercakap dengan mereka.

No comments: