Jumaat, 9 Oktober 2009

satu pertemuan di wisma muis

Tags



Kami sudah mahu bersalam untuk pulang kerana rasanya sudah lama disitu ketika Yang Berhormat ADUN Membakut, Haji Mohd Arifin Mohd Arif mengajak kami masuk semula makan soto.
Ajakan itu tidaklah dapat kami tolak, pertama kerana dia sahabat yang kami hormati.Kedua kerana kami sendiri lama tidak bertemu dengannya secara informal begitu.
Sempat juga kami bercakapcakap mengenai sastera, mengenai dunia penulisan dan sebagainya. Haji Arifin, bukan saja seorang pemimpin malahan beliau seorang penyair, yang lembut hatinya, halus jiwanya.
Tidak lama kemudian, datang rakan penulis yang lain ke majlis Rumah Terbuka SEDCO yang diadakan di Dewan Saadah MUIS itu . Ada Yang Di Pertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Jasni Matlani, rakan satu sekolahnya dulu, penulis Ailin Nor atau Aliuddin Mohd.Salleh dan Alipah JN (Haji Alipah Jambuan) penulis dan pemimpin dari Pitas.
Pertemuan itu menjadikan hati gembira. Rasanya silaturahhim manis rasanya, banyak manfaatnya.Sebab itu, Tuhan sentiasa menyeru umatnya supaya tidak meremehkan silaturahmi.

Walaupun seorang pemimpin politik, seorang YB, beliau tetap seperti dahulu.Halus jiwanya, lembut hatinya.Ketika menulis entri ini, Haji Arifin Arif yang kini berada di bandung, dalam rangka lawatan kerja sempat menulis puisi
Sepadang tangis,
redha takkan hakis,
tabah yang menetes dari hujung qadar,
menetas kasih di pucuk tawakal.

Sepadang tangis,
esak syadu bertebar,
sepetang uji al akbar
sepadang hikmah iktibar

Arifin Arif
bandung 9 Oktober 2009