Tuesday, October 27, 2009

Saya tak mengenal Thamrin dari dekat

Saya tak mengenal Thamrin dari dekat. Tapi saya tahu beliau seorang pejuang politik yang tak pernah putus asa, meskipun kalah beberapa kali dalam pilihanraya. Namun beliau tak pernah menyerah.
Dua hari lalu, Ahmad Thamrin Haji Zaini yang sebelum itu merupakan Setiausaha Perhubungan PKR Sabah dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah.
Beliau dilihat seorang yang moderat, seorang yang tenang dan berpengalaman luas dalam politik.
Ketika zaman USNO dulu, beliau pernah menjadi Penolong Setiausaha Agung USNO, kemudian kalau tak silap saya beliau menjadi Naib Presiden USNO.
Bagaimanapun, setakat ini sejarah politiknya hanya penuh catatan catatan pahit kekalahan. Tapi beliau terus berjuang, walaupun beliau disisihkan rakan-rakannya, rakan-rakannya yang dahulu sama berjuang dengannya.
Namun saya belum pernah mendengar Thamrin mengeluh.Tapi entahlah, mungkin kerana saya kurang dekat dengannya.
Apa yang saya tahu apabila ada kemelut dan persaingan antara Dr.Jeffery Kitingan dan Ansari Abdullah dalam kepimpinan PKR Sabah, Thamrin dilihat ramai orang sebagai orang yang berada di tengah-tengah. Orang sederhana yang tidak memihak siapa-siapa kecuali menjayakan agenda partinya. Sebenarnya banyak yang saya boleh tuliskan mengenai tokoh ini.Tetapi lain kali kerana saya tidak mahu dilihat sebagai orang yang menonjolkan beliau ketika ada orang yang menanyakan siapa Thamrin? anda kenal siapa Thamrin?
Tidak benar, dakwaan setengah orang bahawa Thamrin tidak dikenal orang, bahkan saya berani mengatakan bahawa hampir semua orang yang terlibat dalam perjuangan politik di tahun tahun 80-an dan 90-an hingga kini mengenal biodata politik Thamrin sebagai orang yang tidak pernah menyerah, walaupun seringkali kalah.

1 comment:

musli oli said...

MEMANG BENAR Thamrin seorang tokoh yg lebih senang sebagai pemimpin pembangkang. Kurang bercakap tetapi mempunyai kredibiliti sebagai kawan dan rakan perjuangan. Banyak kali bertanding di Sungai Sibuga sebagai calon USNO dan begitu disenangi kerana tidak pernah bercakap buruk tentang sesiapa juga, lawan dan kawan. Tetapi pendirian politiknya berprinsip dan tegas.

Selamat berjuang kepada beliau...