Friday, October 2, 2009

Tiga nyaris maut dihempap pokok bambangan

















Tiga sekeluarga nyaris maut apabila rumah mereka dihempap pokok bambangan dalam satu kejadian ribut di Kampung Pintas, malam Ahad lepas.
Menurut rakan saya, Mohd.Johawalia Jamsin, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.20 malam itu berlaku amat pantas tetapi mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Ridzuan bin Murah yang berusia 21 tahun dan isterinya, Noraisah Jimat, 22 sempat menyelamatkan diri bersama cahayamata mereka yang baru berusia 10 bulan.
"Kami sedang berada di rumah ketika kejadian itu. Sebaik-baik terdengar bunyi yang kuat, tidak lama kemudian lampu padam diikuti dengan angin ribut.
"Dengan pantas saya dan isteri meluru keluar menyelamatkan diri, tetapi tidak lama kemudian kami terdengar bunyi bunyi menghempap rumah kami," kata Mohd.Ridzuan.
"Rumah kami ranap sama sekali dihempap poko bambangan," katanya menceritakaan kejadian itu kepada media kelmarin.
Sejurus selepas mendengar berita itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, Datuk Hajah Azizah Mohd.Dun yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna bergegas ke kampung itu untuk melihat keadaan sebenar.
Azizah turut memberi sumbangan peribadi dan meminta supaya merekodkan butiran mangsa untuk dibeikan bantuan oleh kerajaan.
Beliau juga memuji Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort dan Jabatan Pertahanan Awam Beaufort kerana membantu membersihkan rumah-rumah yang terlibat dalam kejadian ribut itu.


MELAWAT MANGSA...Kelihatan dalam gambar Azizah sedang mendengar aduan mangsa mengenai kejadian itu.

DIHEMPAP POKOK....Beginilah keadaan pokok yang menhempap keluarga Mohd.Rizuan
.

No comments: