Sunday, November 22, 2009

Jamrin, seniman yang penuh semangat

Jamrin Haji Wahid masih seperti dahulu. Seorang yang penuh semangat. Seniman ini merupakan johan Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan ketika pertama kali ia diperkenalkan dahulu. Jamrin, seorang penggiat teater yang tidak asing lagi kini sedang tekun berlatih untuk Teater Merah Buminya yang akan dipentaskan awal tahun depan. Jamrin kini yang kini Pengerusi Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan UMNO Sepanggar tidak dapat dipisahkan dengan kegiatan seni.
Projek terbaru yang akan diadakan bersama oleh Ikatan Penulis sabah (IPS) dan Biro Kebudayaan, Kesenian dan warisan UMNO Sepanggar ialah Program Baca Puisi Diambang 2010 yang akan diadakan 31 Disember nanti hingga jam berdenting menandakan detik ketibaan 2010.

4 comments:

arifwiyah said...

sejak saya kenal beliau,semangat juang beliau dlm seni tidak pernah sedikit pun luntur.apa saja cabang seni yg diberikan,pasti dpt dilakukan dgn baik.puisi,lakonan adalah makanan beliau.teruskan semangat juang itu,tanpa anda tiadalah generasi baru yg menjadi pewaris.

zawawi ahmad said...

saya adalah penyokong kuat beliau.semangat seni beliau tidak dapat di nafikan. seorang pejuang berkualiti dalam seni. orang yang berterus terang. kalau ada 1000 orang macam beliau seni di malaysia tidak akan pupus.
beliau adalah pejuang.