Monday, November 9, 2009

Petikan cerita Tun mengenai sejarah Islam di Semporna

Beberapa nama sempat saya catatkan ketika Yang Berbahagia Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai mengkisahkan serba ringkas mengenai perkembangan agama Islam di Pantai Timur. Mengenai guru-guru agama yang pernah menumpahkan baktinya di Semporna. Beliau menyebut nama Ustaz Baharudin Jalil, dari Indonesia.Mengenai peranan ulama-ulama dari Hadramaut yang sanggup belayar dar Yaman untuk mengembangkan agama islam di rantau ini.Contohnya Sheikh Abdul rahman, Sheikh Hasbollah, Sheikh Abdillah manakala adiknya Sheikh Junaidi berdakwah di Selatan Filipina. Mengenai Haji Abd. wahab Al Kindawi, mengenai peranan yang dimainkan Tuan Guru Haji Muda dan sebagainya.
Agak menarik juga ceritanya mengenai Imam Tadang, seorang pemuka agama, orang Iranun dari Tungku.
"saya masih kecil ketika itu," katanya ketika arwah ayah dan ibunya mengundang Imam Tadang untuk mengajar mengaji di Semporna.
Beliau mengajar ilmu ihsan. saya fikir, para pengkaji dan penyelidik perlu menulis lebih banyak lagi mengenai sejarah perkembangan Islam di Pantai Timur Sabah.

No comments: