Rabu, 16 Disember 2009

Catatan mengenai Cikgu Raskan

Tags

Masih ramai yang memanggilnya YB atau Yang Berhormat.Meskipun beliau menjadi ADUN Dilantik ketika zaman pemerintahan Berjaya tetapi beliau masih dipanggil YB kerana beliaulah orang Iranun yang pertama memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) meskipun hanya sebagai ADUN Lantikan. Beliau menjadi jurucakap masyarakatnya ketika masyarakat Iranun masih ketinggalan dari pelbgai segi.
Raskan Asing atau Cikgu Raskan, pada mulanya bertugas sebagai guru. Bersama-sama Allahyarham Tun Fuad Stephen dan Arwah K. Bali, Cikgu Raskan turut tercatat namanya sebagai salah seorang pendiri Angkatan Gaya Baru (AGABA) persatuan penulis yang terawal di Sabah.
Sumbangannya dalam kegiatan kesusasteraan dan kebahasaan pada akhir 50an dan awal 60-an tidak dapat dinafikan. Selepas bergiat cergas dalam politik, beliau dilantik sebagai ADUN.
Saya masih ingat satu peristiwa ketia beliau dan Datuk Mohd.Noor Mansor berkempen di Kampung Merabau, bersama arwah Exco Melaka, Datuk Mohamad Jais.
Orang Kampung memanggilnya UBi dan bukan YB kerana bagi mereka sebutan YB masih agak asing lagi.
Cikgu Raskan ramah bersama penduduk kampung tetapi beliau tidak dapat menembus Kubu Kuat USNO di Usukan.
Ketika BN berjaya membentuk kerajaan pada 1994, Raskan Asing dilantik sebagai Setiausaha Politik. Selepas itu, jawatan terakhirnya ia menjadi Pengerusi Perkasa Realty Sdn.Bhd.
Tetapi jasa dan baktinya kepada masyarakat tetap besar. Kedudukan sebagai guru, antara yang orang Iranun yang paling awal menjadi guru di Kota Belud sedikit banyak mampu menjadi faktor kesedaran kepada masyarakat itu supaya mencintai dunia pendidikan.
Saya sudah lama ingin menemuramahnya.
Ketika bertemu secara kebetulan di Jalan Pantai,saya cepat cepat merakam gambarnya. Sebenarnya beliau enggan kerana tidak bersedia, teyapi bagi saya ini merupakan satu kesempatan yang tak harus disia-siakan dalam merakam perjalanan salah seorang tokoh bangsa yang berjasa.

1 comments so far

saya panggil Pak atau Pak Cik. Hubungan keluarga yg rapat, dua pupu dengan ibu saya dan dua pupu juga dengan ayah saya..Pak Raskan adalah sumber inspirasi saya sejak saya berpindah sekolah ke tingkatan 4 di SMK Sanzac. masa itu Pak Raskan pegawai jab pelajaran.

sepatutnya telah lama mendapat gelaran PGDK kerana sumbangannya kepada masyarakat.

saya amat sayang kepada Pak Raskan sebagai seorang pemimpin yg suka memberi inspirasi.

salam MO