Rabu, 16 Disember 2009

Sekadar gambar

Tags



Ketika asyik mewawancara Pengarah SPR, Datuk Md.Idrus Ismail mengenai daftar pemilih, pengundi pos, pengundi hantu dan kesedaran yang rendah di kalangan generasi muda dalam menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara, HA merakam gambar saya.

Saya suka gambar ini kerana inilah pertama kali saya memakai baju korporat Utusan Borneo.Baju ini masih baru lagi kerana baru siap ditempah, dan jangan beritahu orang, ia belum sempat dibasuh lagi.

Seorang rakan pernah merasa aneh jika melihat saya tanpa beg dan kamera. Baru saya tersedar bahawa rupanya sudah 15 tahun saya menjadi wartawan.

2 comments

Dengan memakai baju korporat Utusan Borneo mu itu,Tuan nampak lebih segak dan tampan bergaya. Pastinya berita dan tulisan yang tuan akan tulis nanti, juga terasa segak gayanya.

salam maal hijrah saudara ku,

15 tahun? tahniah kerana telah menjadi seorang wartawan yg bersikap adil dan bertanggungjawab. anda akan terus dihormati jika menulis berita-berita yg memberi faedah kepada semua.

salam MO.