Saturday, February 28, 2009
Gambar oleh C V Chong
Thursday, February 26, 2009
Belajar menghafaz Quran
Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia
Bunga ini hanya tumbuh di Borneo dan Sumatera, ditemui Stamford Raffles beberapa kurun yang lalu.Bunga ini menjadi daya tarikan utama kepada pelancong-pelancong untuk melihat dari dekat keunikan bunga Rafflesia.
Sejenak di Pusat Penerangan Rafflesia
SEJENAK BERKUNJUNG KE PUSAT RAFFLESIA
Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN
Setiap kali rafflesia berkembang, setiap kali itulah Jannet Hilarius disergap oleh kesibukan dengan kehadiran ratusan tamu. Wanita ini tidak lekang dengan senyuman.Sebagai Ketua Unit Rekreasi dan Pembangunan Pusat Penerangan Rafflesia, Tambunan, Jannet sudah terbiasa dengan kehidupan bunga rafflesia, bunga terbesar di dunia itu.
"Bunga rafflesia hanya mekar dan berkembang selama tujuh hari, selepas itu mati," kata Jannet,25 ketika kami singgah mengunjungi tempatnya kerana didesak rasa ingin tahun mengenai bunga rafflesia, yang ditemui Sir Thomas Stamford Raffles bebeberapa kurun yang lalu. Dari penemuan Raffles itu, bunga rafflesia yang jarang ditemui itu mendapat namanya.
Bunga rafflesia hanya ditemui di Pulau Borneo dan Sumatera. Di Sabah terdapat beberapa lokasi dimana bunga rafflesia ditemui tumbuh dan salah satu tempatnya ialah di Tambunan yang dapat dikunjungi dengan mudah oleh pengunjung dan pelancong.
Jannet memberitahu, bunga liar itu mengambil masa antara sembilan hingga 15 bulan sebelum mekar dan boleh mencapai diameter sehingga kira-kira 80 sentimeter.
"Cuma selepas ia mekar, jangka hayatnya sangat singkat dan hanya boleh bertahan selama seminggu," jelasnya lagi.
Bagaimana bunga ini mengalami proses pendebungaan dan bagaimana benihnya disebarkan, mungkin mendatangkan rasa ingin tahu di kalangan peneliti yang sanggup meredah hutan semata-mata untuk menatap dari dekat bunga rafflesia ini.
Sebab itulah, Kerajaan Negeri Sabah menubuhkan Pusat Penerangan Rafflesia bagi memberi maklumat dan penerangan mengenai bunga rafflesia, yang merupakan bunga yang dilindungi dan dipulihara dan menjadi daya tarikan tersendiri bagi para pelancong di luar negara.
Pusat Penerangan Rafflesia itu dirasmikan pada tahun 1991 oleh Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah ketika itu.
Setiap bulan, pusat ini menerima purata pengunjung antara 200 hingga 300 orang. "Kadang-kadang ramai pengunjung, kadangkala sepi tak ramai orang," katanya. Pusat itu menerima pengunjung yang ramai apabila mereka diberitahu bahawa ada bunga rafflesia yang tengah berkembang di pusat itu.
Pusat di bawah seliaan Jabatan Perhutanan itu dibuka bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat dan dari pukul 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang pada hari Sabtu.
Yuran yang dikenakan untuk memasuki pusat yang mempunyai pelbagai maklumat mengenai bunga Rafflesia itu ialah sebanyak RM5.00 bagi orang dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak.
"Jika anda ingin masuk ke dalam hutan, bayaran dikenakan sebanyak RM50 dengan maksimum enam orang bagi warganegara manakala RM100 dikenakan bagi warga asing.
Terdapat tiga jenis rafflesia di negeri ini iaitu jenis Rafflesia Pricei, Rafflesia Keittheii dan Rafflesia Tengku-Adlini.
"Rafflesia Keittheii adalah bunga yang terbesar antara ketiga-tiga spesies dengan mempunyai diameter lebih kurang 80 sentimeter diikuti raflesia Pricei dengan ukuran kira-kira 30 sentimeter.
"Rafflesia tengku-adlini pula adalah spesies baru ditemui dengan ukuran 20 sentimeter diameter sahaja," katanya.
Pelawat yang berkunjung ke pusat itu berpeluang untuk melihat sendiri bunga berkenaan di beberapa tapak yang dikenalpasti.
"Lot-lot bunga berkembang yang paling dekat ialah kira-kira 800 meter dan yang paling jauh kira-kira dua kilometer," katanya. "Kebiasaannya setiap lot mempunyai lima tunas dan di kawasan ini kita ada lebih 60 lot dengan kira-kira 300 tunas semuanya,"jelas Jannet lagi.
"Kami juga akan melakukan pemeriksaan ke lot-lot Raflesia dua kali sebulan bagi memastikan sama ada terdapat bunga yang sedang berkembang.
"Sekiranya terdapat bunga yang sedang mekar pihaknya akan memaklumkan kepada Lembaga Pelancongan Sabah (STB) untuk kemudahan para pelancong," katanya.
Sebelum masuk ke dalam hutan, para pengunjung akan diberi penerangan terlebih dahulu bagi mengelakkan mereka tidak terpijak tunas-tunas baru.Taklimat berkenaan juga bagi memastikan mereka mengutamakan keselamatan dan sentiasa menjaga alam sekitar.
Setiap hari ramai pengunjung datang kemari, kata Roslina Paulus,25, salah seorang pekerja di pusat berkenaan. Kebanyakan pengunjung terdiri daripada pelancong tempataan, pelancong asing, pelajar IPT, sekolah dan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN).
"Jumlah pengunjung bertambah ramai sekiranya ada rafflesia sedang berkembang," katanya.
Bagi Juse Belulan, 53, seorang pengunjung yang sempat ditemui, kewujudan pusat itu dapat memudahkan pelancong asing dan tempatan untuk mendapatkan maklumat mengenai bunga Rafflesia itu.
Selain itu, kewujudan pusat itu secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah pelancong, bukan saja ke daerah ini malah ke pedalaman.
Beliau juga berharap lebih banyak pusat seperti ini dapat diwujudkan untuk memberikan penerangan mengenai keistimewaan dan keunikan flora dan fauna yang terdapat di negeri ini.
Bunga rafflesia memang bunga yang unik.Kerana keunikannya itu, ia menjadi istimewa. Keistemewaan yang terdapat pada bunga Rafflesia juga turut memberi keistimewaan kepada negeri Sabah yang menjadikan negeri ini salah satu negeri yang menjadi destinasi pelancongan yang istimewa.
Seketika bersama petani di Kg Baginda
Tradisi ini, makin lama makin hilang ditelan zaman.Di Kota Belud, kebanyakan sudah menggunakan jentera penuai padi, yang turut menghilangkan semangat bergotong royong atau seliu-liu, panaliu, atau tolong menolong di kalangan penduduk kampung.Saya kagum dengan kegigihan mereka.
Padi, sentiasa dekat dengan kehidupan kita.Tanpa penanam padi, yang telah bertani sekian lama itu, bagaimana rasanya kita membesar tanpa memakan nasi, sebagai makanan roji kita.
Tahniah kepada para petani ini, yang memberikan hidup mereka agar orang lain bisa makan.
Wednesday, February 25, 2009
Tuesday, February 24, 2009
Sketsa Mantanani 14-Panduga
Nun jauh terlihat puncak Gunung Kinabalu.Barangkali inilah pertama kali saya melihatnya dari tempat ini, sebelum ini tidak pernah. Saya kagum dengan semangat dan kegigihan pakcik-pakcik saya yang dahulunya mereka ini nelayan. Ketika itu tak ada enjin, mereka hanya berdayung.Dan apabila malam menjelang mereka hanya menggunakan `panduga' untuk menentukan tempat dimana mereka berada.Panduga adalah semacam tanda dalam ilmu pelayaran Iranun. Itulah sebabnya barangkali, saudara-saudara dari Lupa a Iranun dengan mudahnya sampai ke Tempasuk.Mereka pintar membaca tanda dan isyarat alam, pintar membaca bintang gemintang untuk menentukan arah pelayaran.
Tapi sekarang, kita berlayar arah ke mana?
Sketsa Mantanani 13-sebelum pulang ke tanah besar
Sketsa Mantanani 12-Pokok Misteri
Sketsa Mantanani 11-protes penduduk pulau
KOTA BELUD: Penduduk Pulau Mantanani yang kecewa dengan keputusan Jabatan Pelajaran Sabah menolak permintaan mereka agar Guru Besar, Cikgu Sabli Haji Nanti tidak ditukarkan ke tempat lain kelmarin berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan itu.
"Kami sudah berusaha buat rayuan...Sebagai ibubapa kenapa permintaan kami tidak diberi pertimbangan? Kami khuatir kalau Guru Besar ditukarkan,kualiti pembelajaran di sekolah SK Pulau Mantanani akan merosot semula," kata Pengerusi PIBG SK Pulau Mantanani, Alilulah Haji Sabti yang bercakap bagi pihak ibubapa yang berkumpul di perkarangan sekolah itu.
Katanya, jika kehendak penduduk kampung tidak diberi perhatian maka mereka berhasrat untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah sebagai tanda protes sehingga Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atau Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Normah Gagoh turun padang ke Pulau Mantanani bagi menyelesaikan masalah itu.
"Mungkin pendapat kami tidak akan didengar kerana kami orang pulau, tetapi perjuangan mengekalkan Guru Besar penting bagi kami kerana beliau telah berjaya meningkatkan mutu pembelajaran dan pencapaian murid khususnya dalam UPSR," katanya,
Sebelum ini, kata Rumi bin Aziz, 31, Pulau Mantanani pernah menjadi perhatian di seluruh negara kerana mencapai kosong peratus dalam UPSR tetapi komitmen guru di bawah pimpinan guru besar telah berjaya memecahkan angka sifar itu.
Menurutnya, Cikgu Sabli amat rapat dengan penduduk kampung sama ada ibu bapa, golongan belia malah pelajar menyebabkan beliau disayangi dan dihormati kerana telah banyak membawa perubahan di pulau itu.
"Sekali lagi kami merayu pihak kerajaan supaya mempertimbangkan permintaan penduduk kampung supaya Cikgu Sabli dikekalkan bertugas di pulau itu," katanya sambil menambah, banyak usaha dilakukan oleh guru besar untuk kemajuan pelajar malah masyarakat di pulau yang terletak kira-kira 69 km dari tanah besar.
Beliau bukan saja prihatin terhadap nasib pelajar bahkan beliau begitu mengambil perhatian terhadap nasib penduduk kampung yang perlukan pembelaan.
Mohd.Azan Ujali,29 berkata pihak Kementerian Pelajaran digesa supaya membuat tinjauan ke Pulau Mantanani untuk mengetahui kedudukan sebenar isu tersebut.
"Kami tahu bahawa cikgu Sabli dinaikkan pangkat dan dikatakan tidak layak lagi bertugas di sekolah ini kerana dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Tetapi undang-undang adalah peraturan yang dibuat oleh manusia dan permintaan penduduk kampung wajar diberikan perhatian tanpa prejudis," katanya.
"Walaupun SK Pulau Mantanani dikategorikan Sekolah Kurang Murid (SKM) namun masyarakat Pulau Mantanani masih memerlukan kepimpinan beliau sebagai guru besar,"katanya,
Seorang lagi penduduk kampung Hashim bin Dahlin, 39 berkata, jika terdesak penduduk kampung sanggup membuat pungutan seringgit atau dua ringgit seorang asalkan perkara itu didedahkan kepada orang luar mengenai keperluan bagi penduduk pulau menikmati pendidikan yang berkualiti.
"Kalau sebelum ini, setiap jam 11.00 kanak-kanak pulang ke rumah kerana tidak ada guru yang mengajar, kalau sebelum ini setiap Rabu atau Khamis guru-guru pulang ke tanah besar, kini perkara itu tidak berlaku lagi kerana masing-masing telah sedar akan kepentingan pendidikan.
Selain itu, Abdullah Abdul Hamid, 39 memberitahu warga Pulau Mantanani memerlukan kepimpinan guru besar yang mampu menyelami dan mendekati masyarakat, mengambil tahu masalah mereka demi kepentingan pembelajaran di sekolah
"Ibubapa mulai mendekati sekolah sementara guru besar sendiri dan guru-gurunya bergaul mesra dan mendekati dari dekat permasalahan warga kampung, semuanya kerana usaha dan kepimpinan cikgu Sabli.
"Kami hairan mengapa selepas mencatat pencapaian yang menunjukkan peningkatan, guru besar ditukarkan dan menyebabkan penduduk bimbang akan masa depan pelajar-pelajar di sekolah itu," katanya.
Sementara itu, antara sepanduk yang direntangkan ialah "Kami Ahli-Ahli PIBG/Warga Pulau Mantanani mendesak Menteri Pelajaran Malaysia untuk Mengekalkan En Sabli Haji Nanti sebagai Guru Besar atas dua sebab: Perubahan/Kemajuan Sekolah; Hubungan Baik dengan Masyarakat.Kami akan terus...terus...terus berjuang dengan apacarapun untuk mempertahankan beliau".
Manakala belia dan beliawanis mendesak Sabli nanti dikekalkan sebagai Guru Besar SK Pulau Mantanani sementara warga SK Pulau itu merayu "supaya guru besar En Sabli Hj Nanti yang kami hormati...kasihi...sayangi...kekal sebagai guru besar kami".
Warga kampung meminta supaya khidmat Guru Besar dikekalkan di sekolah itu demi kemajuan dan pembelajaran murid.
Sketsa Mantanani 10-Bantuan Kerusi Roda
Sketsa Mantanani 9-Habli Tohmajun
HABLI TIDAK DAPAT PERBAHARUI KAD PENGENALAN
KOTA BELUD: Perjuangan bagi Habli Tohmajun,54, seorang penduduk Pulau Mantanani adalah bagaimana beliau berjuang untuk mendapatkan sekeping kad pengenalan untuk dirinya.
"Saya mana ada duit untuk ke darat.Tambahan pula saya diminta untuk membayar denda sebanyak RM400 untuk mendapatkan kad pengenalan baru.Saya mana ada duit sebanyak itu," kata Habli, yang juga tergolong Orang Kurang Upaya (OKU).
Habli yang tinggal sebatang kara memberitahu, sebelum ini beliau telah berusaha untuk menukarkan kad pengenalan kepada kad pengenalan bunga raya.
"Saya telah dua kali mahu tukar kad pengenalan kepada bunga raya tetapi sampai sekarang tidak keluar ", katanya kepada Utusan Borneo.
Selepas itu, bila ada arahan untuk menukarkan kad pengenalan kepada Mykad, beliau telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Belud tetapi diberitahu, beliau hanya boleh menukarkan kad pengenalannya selepas membayar denda sebanyak RM400.
Menurutnya, beliau tidak dapat memperbaharui kad pengenalan kerana beliau tidak mempunyai wang untuk membayar denda.
"Saya tiada kerja.Lagipun saya tidak dapat bekerja kerana tangan saya puntung" kata Habli yang cacat jari tangannya.
Beliau yang belum berumah tangga terpaksa mengharap belas kasihan keluarga kerana beliau tidak mendapat sebarang bantuan OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Habli berkata beliau tidak mendapat bantuan kebajikan kerana tidak mempunyai kad pengenalan padahal beliau merupakan penduduk asal di pulau itu.
"Saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan kebajikan padahal kehidupan saya sengsara," katanya.
Menurutnya, beliau tidak dapat memperbaharui kad pengenalan kerana beliau tidak mempunyai wang untuk membayar denda.
Sementara itu, seorang penduduk kampung, Rumi Aziz,31, meminta supaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turun padang ke Pulau Mantanani bagi memberikan peluang kepada penduduk asal pulau itu yang tidak memiliki kad pengenalan untuk menukarkan kad pengenalan mereka.
"Selain Habli, terdapat ramai lagi penduduk pulau yang belum memiliki kad pengenalan Mykad", katanya sambil menambah, mereka perlu dibantu kerana tidak mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.
ANTARA DOKUMEN...Habli menunjukkan dokumen surat permohonan kad pengenalan yang masih disimpannya
Mykad
BELUM DAPAT DITUKAR...Habli menunjukkan kad pengenalan lamanya yang belum dapat ditukarkan kepada Mykad
Sketsa Mantanani 8-Enggu pembuat perahu
Sketsa Mantanani 7-Ingin menjadi doktor
Sketsa Mantanani 5-Lanskap pulau
Lanskap pulau yang menarik. Pulau Mantanani merupakan sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan. Pulau ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Penduduknya kira-kira 1,000 orang.Boleh dihubungi satu jam setengah dari Kuala Rampayan dan tiga jam dari Kuala Abai.
Ada dugung, tapi kata penduduk, dugung itu sudah mati.
Inilah sebahagian pemandangan pulau yang sempat dirakamkan ketika kunjungan singkat ke sana.
Sketsa Mantanani 3-Merakam wajah wajah sengsara
Saya sudah lama minta bantu tetapi saya belum lagi dapat bantuan.
"Kami miskin, anak ramai, atap rumah bocor"
"Kami tinggal di bawah kolong, menumpang rumah orang tua"
"Kami sudah buat permohonan, tetapi janji tinggal janji"
"Kalau pilihanraya, mereka janjikan apa saja lepas itu mereka lupa semua"
"Tolong encik, tolong tuan tulis cerita kami"
"Ah sana lagi tuan, tolong gambar supaya mereka tahu penderitaan kami"
Saya terus menggambar dan menggambar, memotret wajah-wajah mereka. Mungkin lebih dua puluh rumah yang kami kunjungi, saya tidak ingat lagi kerana tidak sempat bertanya mereka semua.Saya mengambil gambar sehingga hari gelap, sehingga saya sedar tidak mungkin dapat mengambil foto mereka semua kerana kamera saya tidak ada flash. Tapi saya terus menggambar walaupun saya percaya tidak mungkin dapat menggambarkan kepiluan dan kepedihan hidup mereka.
Sketsa Mantanani 2- Ketika kami sampai di Mantanani
Saya melihat jam tangan menunjukkan jam 1.20 petang. Kapal nelayan yang kami tumpangi itu perlahan-lahan meninggalkan Minanga a Marampayan (Kuala Rampayan Laut). Sepanjang perjalanan perjalanan saya menghabiskan masa membaca antologi Darangen, sebuah epik suku kaum Iranun yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris The Story of Darangen oleh Prof.Dr.Howard Mc Kaughan.Saya berharap menjadi Paramata Bantogen yang boleh terbang ke awan atau menyelam hingga ke dasar laut.
Pelayaran bermula dengan baik tetapi kerana hari sudah petang, angin bertiup dan kemudian hujan, menjadikan kapal nelayan dioleng-olengkan ombak. Kira-kira jam tiga lebih sedikit, kami sampai ke pulau.Saya amat terkejut melihat begitu ramai orang yang menunggu kami di jeti. Semua orang ingin menyalami, dan menjabat tangan kami. Saya begitu terharu. Cikgu Sabli, apatah lagi kerana beliau disambut dengan kain rentang yang meminta beliau kekal bertugas sebagai guru besar di pulau itu. Juga rakan-rakan dari Yayasan Sabah zon Kudat yang diketuai denakan Sabrin dan Zulkiflee Bakar. Hampir semua penduduk kampung datang untuk mengalu-alukan kedatangan kami. Apatahlagi ketika mengetahui ada wartawan yang datang dalam rombongan.Mereka ingin menyuarakan hasrat hati mereka supaya kerajaan terus memberi perhatian kepada kualiti pendidikan dan masa depan anak-anak di pulau itu sekaligus meminta cikgu Sabli tidak ditukarkan kerana hubungan baiknya dengan masyarakat telah dapat meningkatkan prestasi pelajar.
"Ini penting bagi kami orang pulau, mungkin tidak penting bagi kamu orang darat, kalau boleh jangan tukarkan cikgu Sabli"., kata seorang ibu.
Sketsa Mantanani 1-Sebelum meninggalkan pulau
Sunday, February 22, 2009
Tradisi berpantun masyarakat Bajau dan Iranun
Pantun-pantun yang dialunkan pula menyangkut pelbagai topik termasuklah episod percintaan, merajuk, memujuk, meminang, berkahwin dan sebagainya-kesemuanya menurut alur cerita yang ditentukan oleh pemantun-pemantun isun-isun itu tadi.
Sejak kecil saya sering mengikut ayah ke majlis-majlis berpantun. Beliau biasanya diundang untuk berpantun di kampung-kampung sekitar Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Marudu dan sebagainya. Bakatnya luar biasa kerana biasanya beliau berhadapan dengan tiga atau empat pemantun wanita sekaligus, beliau sentiasa dapat menjawab pantun dengan pantas. Ayah saya, Haji Shaiddin Markasham @ haji Mohd.Hashim pernah menjadi naib johan pertandingan berbalas pantun peringkat Pantai Barat di Dewan Turnball Hall, Sabah College pada tahun 1969 (saya sudah lupa tarikh yang sebenar) berpasangan dengan arwah Haji Rashkin Saum. Mereka hanya kalah tipis kepada pemantun dariKudat, kalau tak silap Tuan Haji Ismail Narudin dan Khairudin? .
Bagaimanapun seni berpantun isun-isun ini berhadapan dengan cabaran yang sengit kerana dikhuatiri akan hilang ditelan zaman selepas generasi tua yang ada kini.Generasi muda, sudah tidak menguasai seni berpantun dan seni menggesek biola ini. Wajar jika ada pihak yang mendokumentasi kesenian ini daripada luput ditelan zaman.
Pantun pertama dalam bahasa bajau
ena' peranak dium baldi'
cukup pintar menteri Sait,
menang diri-diri ni, nia bui ni undi".
Menurut Haji Mastun Haji Abas,68, seorang tokoh pencinta budaya Bajau di Kota Belud, inilah pantun pertama yang dicipta dalam bahasa bajau oleh Haji Shaiddin Mohd.Hashim ketika meraikan kemenangan Tan Sri (Tun Said Keruak) dalam pilihanraya yang diadakan selepas pembentukan Malaysia di rumah Ma' Bandung (OKK Hasbollah) . Sebelum itu, (tahun 1963) tiada pantun yang dicipta dalam bahasa Bajau. Hj Shaiddin lah yang mempelopori penciptaan pantun dalam bahasa bajau kerana sebelum itu, ia pantun hanya dicipta dalam bahasa Melayu. Ramai yang hadir meraikan kemenangan USNO itu apatah lagi diserikan dengan majlis isun-isun atau `ngeet biola'.
Ketika itu, menurut Haji Mastun lagi, Norbaita, pemantun wanita agak lambat menjawab. Sehingga kemudian Haji Shaiddin, berpantun pula dalam bahasa Iranun.
"Amag mapanai sangur sa upis,
babu' maitu aden urusan,
pantun ka dayang, ayau ka gkikis,
sukur bu aden tadem-tademan"
Bagaimanapun, beliau tidak pula mengatakan sama ada pantun ini, yang pertama dalam bahasa Iranun. Saya tidak bertanya kerana yang dipercakapkan oleh Haji Mastun itu, adalah ayah saya sendiri, yang dikatakan oleh Prof.Datuk Dr.Zainal Kling, sebagai local genius itu.
Tahun 1963 dan tahun-tahun selepasnya dipenuhi suasana gembira kerana Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Malaysia setuju bersama membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia. Ketika diadakan pilihanraya, Tun Said Keruak menang tanpa bertanding bagi kawasan Kota Belud.
Keterangan Haji Mastun yang pernah menjadi guru selama 16 tahun, Pegawai Pelajaran selama 3 tahun dan selepas itu, Setiausaha Politik Kementerian Kewangan sabah selama empat tahun, mungkin boleh diambil kira dalam kajian mengenai pantun Bajau. Kebetulan pula, beliau tinggal berjiran dengan ayahanda Kampung Taun Gusi. Saya belum sempat bertanya ayah mengenai kebenaran peristiwa ini kerana bagi saya, biarlah orang lain yang menyatakannya supaya tidak dikatakan masuk bakul angkat sendiri.
Saturday, February 21, 2009
Ketua Kampung berlakon teater



"Mereka bersatu tenaga menentang penjajah sehingga ke titisan darah yang terakhir. Persoalanya, berjayakah mereka menentang kezaliman dan menghapuskan tali barut British di kalangan sukuan mereka".
Pementasan teater menambalang itu, yang merupakan sebuah teater yang mengisahkan tarian dan nyanyian menambalang yang menyajikan satu upacara unik dalam perkahwinan suku kaum Kwujau dan Gana.
" Menambalang ini dikhuatiri akan pupus jika tidak diketengahkan, dipulihara dan diturunkan kepada generasi muda," katanya.
Sseramai 40 pelakon terlibat dalam pementasan yang bercirikan sebuah epik perjuangan manakala skripnya ditulis oleh Nandra Hitong yang dibantu Jalil Sulai, yang juga Jurulatih Kebudayaan dan Kesenian Negara yang banyak menggunakan gerak tari simbolik.
Selain itu, teater itu juga menampilkan Jumatin Kuman, seorang aktivis teater yang hebat diawal 1980-an. Penampilan khas Kumpulan Gana Kampung Tangkungan Bingkor yang diketuai Adus Teroi bakal mempersembahkan tarian dan nyanyian Menambalang.
"Warga Dusun suku Kwujau dan Gana, yang tinggal di Kampung Bingkor, Binaong dan sekitarnya patut merasa bertuah dan bangga kerana adat `menambalang' yang mula dilupakan oleh generasi masa kini diangkat sebagai satu warisan budaya yang patut dikekalkan dan dipulihara.
Ketika makan soto di kedai jawa di Kun Hin
Friday, February 20, 2009
USIA kesan kitab tafsir salah cetak
KOTA KINABALU: Ustaz Abuhuraira Abdurrahman tidak menyangka naskhah tafsir Al-Quran yang sedang dibacanya mengandungi kesalahan percetakan
"Saya sedang menyemak kitab tafsir al-Quran itu ketika menyedari bahawa terdapat banyak kesalahan cetak dalam kitab tafsir itu," kata Pengarah Dakwah, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), yang juga seorang ulama terkenal di negeri ini.
"Dalam naskhah itu, surah al-Kahfi tidak habis dan terus melompat ke surah Thaha manakala surah Maryam pula tiada," katanya.
"Surah Al-Khafi yang mempunyai 110 ayat hanya dicetak 55 ayat terus disambung ke ayat 97 surah Thaha," katanya kepada Utusan Borneo, di Ibu Pejabat USIA, kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Agung USIA, Datuk Haji Abdullah Hussin menyifatkan perkara itu boleh mengelirukan umat Islam.
Sehubungan itu, pihaknya akan membawa naskhah tafsir al-Quran yang mengandungi kesalahan cetak itu kepada Mufti Negeri Sabah, Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adenan untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, pihaknya juga akan memaklumkan Bahagian Kawalan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan selanjutnya mengenai perkara itu.
USIA juga akan memaklumkan pekedai terbabit supaya menghentikan penjualan naskhah berkenaan.
"Perkara ini harus diambil perhatian kerana kalau diteruskan ia dapat mengelirukan umat Islam," katanya sambil menasihatkan mana-mana individu yang telah membeli naskah ini dapat menyerahkan kepada pihak USIA atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS),"
Katanya, perkara itu harus diambil berat kerana melibatkan kitab suci Al-Quran dan siasatan dan tindakan lanjut harus dilakukan supaya perkara ini tidak berulang.
Beliau berkata, pihaknya menemui beberapa naskhah nafsir al-Quran oleh Prof Mahmud Yunus yang tidak lengkap kandungan isi kandungannya yang dijual di negeri ini.
Kitab tafsir itu dibeli di sebuah kedai menjual buku di Sinsuran dan mujurlah perkara itu dapat dikesan oleh Pengarah Dakwah, USIA, Ustaz Abuhuraira Abdurrahman.
"Tafsir Al-Quran itu tidak mempunyai surah Mariam selain beberapa surah lagi yang tidak lengkap," katanya sambil menegaskan, meskipun mempunyai cop pengesahan tetapi mutu cetakan naskah Al-Quran itu juga menunjukkan keraguan.
SALAH CETAK....Ustaz Abuhuraira (tengah) memperlihatkan beberapa surah yang tidak lengkap sambil diperhatikan oleh Datuk Haji Abdullah Hussin (kiri) dan Ustaz Kahar Abdul Rahman (kanan).
Datuk Masidi dan beberapa petuanya
Katanya, banyak fakta ilmiah yang terdapat di sekeliling kita , sering kita abaikan. Banyak yang kita boleh eksploitasi untuk kemaslahatan manusia.
Masidi memberi petua bagaimana menghalau nyamuk dengan mudah. "Tidak perlu pakai Ridsect atau Fumakila" katanya. Anda hanya perlu mengambil piring atau pinggan berwarna putih dan ambillah air bekas cucian pinggan mangkuk dan letakkan di atas piring itu tadi. Sang nyamuk akan hinggap disana dan tidak lagi mengganggu kita.
Satu lagi nasihatnya ialah jangan sekali-kali menggunakan plastik polystrin untuk tapau atau membungkus makanan. Mengikut kajian alam sekitar, polystrin mengambil masa lima ratus tahun untuk dihapuskan. Ia juga berbahaya untuk kesihatan kita.
Apa caranya menghilangkan kelemumur? Datuk Masidi mempunyai petuanya. Tak payah pakai syampu, anda hanya perlu menggunakan kelapa parut untuk membersihkan kepala anda dari kelemumur.
Semua petua ini, kata Masidi diambil dari khazanah lama, dari petua nenek moyang kita. Kalau kita rajin bertanya dan membongkar rahsia ketamadunan kita, kita akan banyak bertemu kearifan lama.
Wednesday, February 18, 2009
Proses perkahwinan masyarakat Iranun
Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN
Masyarakat Iranun yang menetap di Daerah Kota Belud masih berpegang kuat dengan budaya tradisi yang diwarisi daripada nenek moyangnya.Antara yang masih diamalkan oleh generasi muda hari ini ialah budaya tradisi ketika melangsungkan majlis perkahwinan.Rencana ringkas membicarakan proses perkahwinan masyarakat Iranun secara ringkas.
Lazimnya, majlis pertunangan di kalangan masyarakat Melayu menjadi satu tuntutan sebelum melangsungkan perkahwinan samada dibuat secara besar-besaran ataupun sebaliknya.Masyarakat Iranun juga turut melakukan majlis ini tetapi proses yang dilalui berbeza dengan budaya Melayu.Dalam budaya tradisi Iranun, sebelum melangsungkan majlis pertunangan, terdapat dua proses meminang telah ditetapkan.
Pertama: sandig sa pagalungan atau panunuriman sa tig yang bermaksud pertemuan dan perbincangan secara tertutup pihak lelaki dengan pihak perempuan untuk menyaampaikan hajat untuk meminang.Pertemuan itu hanya dihadiri oleh wakil pihak lelaki dan waris terdekat perempuan tanpa pengetahuan orang luar.Jawapan akan diberikan kemudian setelah hajat itu dapat dirujuk kepada semua ahli keluarga atau saudara terdekat (keluarga perempuan) untuk mendapat kata sepakat.
Kedua: Pagidsa-idsa yang bermaksud majlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan pihak perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing.Wakil ini akan membincangkan syarat-syarat barian (berian) yang akan dikenakan oleh pihak keluarga perempuan kepada lelaki yang hendak meminag.Jumlah barian atau wang hantaran itu bergantung kepada kedudukan pihak perempuan dalam masyarakat Iranun.Keluarga masyarakat iranun terdiri daripada keturunan Datu, Syarif dan orang biasa serta hamba abdi.Jika kedudukan keluarga pihak perempuan itu tinggi maka tinggilah pula wang hantarannya.
Majlis ini akan diserikan dengan majlis keramaian kulintangan.Di sebalik tujuan majlis keramaian ini untuk mengumumkan majlis pertunangan di samping bersukaria.Selepas bertunang dalam tempoh waktu tertentu maka pihak perempuan akan menetapkan tarikh perkahwinan yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak.Ini bermakna ada empat acara majlis yang akan diadakan sebelum dan selepas berkahwin termasuk majlis perkahwinan.Antara acara tersebut ialah:
Palad/ batun sa tamuk: bermaksud upacara penghantaran/penyerahan barian yang ditetapkan.Penyerahan ini dilakukan oleh pihakn lelaki kepada pihak perempuan sebelum hari perkahwinan.Tempoh penghantaran bergantung kepada persetujuan dan keadaan yang sesuai.
Selepas acara palad/ batun sa tamuk, maka hari perkahwinan akan diadakan seperti yang ditetapkan. Lazimnya, masyarakat melayu akan menyempurnakan upacara akad nikah sebelum melangsungkan majlis persandingan.Dalam tradisi budaya suku bangsa Iranun, upacara akad nikah akan disempurnkan semasa majlis persandingan dijalankan sebaik saja pengantin lelaki tiba dan naik di atas tilam khas yang disediakan.
Pelamin suku bangsa Iranun mempunyai keunikan tersendiri.Tetapi untuk pengetahuan bersama, pelamin tidak dipamerkan kepada tetamu secara lazimnya.Pelamin ditutup dengan kain sebanyak tiga hingga tujuh lapis dikenali sebagai sayat sa rending (membuka tirai) . Upacara untuk membatalkan air sembahyang iaitu dengan cara menyarungkan cincin di jari perempuan.
Tirai ini akan dikawal rapi oleh wakil pihak pengantin perempuan dan ianya akan dibuka setelah syarat atau permintaan daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki ditunaikan.Biasanya, setiap tirai yang dibuka akan dikenakan syarat iaitu menyanyikansyair yang memuji kedua mempelai.Jika permintaan ini gagal ditunaikan, wakil pengantin lelaki akan menebusnya dengan cara membayar wang sebagai ganti, yang dimasukkan di dalam sampul surat.Selepas itu, barulah pengantin lelaki dibenarkan membatalkan air sembahyang dengan cara menyarung cincin di jari pengantin perempuan.Setelah upacara membatalkan air sembahyang selesai, kedua mempelai akan disandingkan untuk menyempurnakan majlis persandingan.
Ketika majlis persandingan berlangsung kedua mempelai masing-masing mempunyai pengapit yang dipanggil pawai.Pengantin lelaki berpawaikan lelaki dan begitulah sebaliknya.Semasa bersanding, seorang daripada tetamu akan diundang untuk melagukan syair memuji-muji kedua mempelai.
Meskipun perkahwinan telah seselasi melalui persandingan tetapi bagi masyarakat Iranun majlis itu belum lagi sempurna.Selepas majlis perkahwinan, biasanya sesudah tiga hari, pihak keluraga lelaki akan datang menjemput pengantin perempuan dan suaminya bertandang ke rumah keluarga lelaki dalam satu acara yang dipanggil pangilai.Majlis ini bertujuan memberi tempat dan kedudukan kepada pengantin perempuan untuk menjadi keluarga yang disayangi dan berkenan di hati mereka.
Dalam majlis ini, keluarga akan memberi segala hadiah kepada kedua memplai bagi memulakan hidup baru mereka.hadiah ini berupa tikar, pinggan mangkuk dan apa sahaja yang berkaitan dengan keperluan sebuah rumah tangga.
Akhir sekali,untuk menyempurnakan tradisi budaya perkahwinan Iranun iaitu pendulug bermaksud menghantar semula kedua mempelai ke rumah pengantin perempuan.Selepas acara ini, kedua mempelai dibenarkan bebas melawati keluarga kedua-dua belah pihak dengan penuh adat istiadat kemasyarakatan.
Artikel ini pernah disiarkan dalam majalah Jendela terbitan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) April 2003
Tuesday, February 17, 2009
anak-anak pulau, cikgu Sabli dan novel Andrea Hirata
Saya menceritakan kepada mereka apa adanya, dan kesempatan yang ada itu juga, saya bertanya sendiri carik-carik pengalaman cikgu Sabli sepanjang beliau berkhidmat di SK Mantanani dan bagaimana cara beliau menarik warga pulau itu agar mencintai pendidikan.
Saya mengesyorkan agar guru-guru membeli buku Lasykar Pelangi, karangan Andrea Hirata yang mengisahkan bagaimana anak-anak pulau Belitung, pulau terpencil di Indonesia berjuang untuk mendapatkan pendidikan mereka. Buku itu sendiri dicetak sebanyak 500,000 naskhah sebelum difilemkan.
Saya telah membaca novel Sang Pemimpi, yang sangat menarik ketika dalam perjalanan ke Sandakan dan Kinabatangan penghujung Januari lalu. Kemudian saya membaca novel Edensor, sebuah buku yang menjadi finalis Khatulistiwa Literary Award. Sayang sekali, saya belum berkesempatan membaca bukunya yang keempat Maryamah Karpov yang dihebohkan itu, kerana sudah beberapa kali dicetak.
Kepada cikgu sabli dan Cikgu Norawi, saya sarankan kepada mereka supaya membeli buku-buku itu untuk dihadiahkan kepada anak-anak pulau, supaya semangat mereka lebih kuat dalam mengejar cita-cita mengangkat martabat bangsa khususnya warga pulau mantanani.
Nurulfatin ukir sejarah untuk Pulau Mantanani

KOTA BELUD: Anak pulau Mantanani, Nurulfatin Makapagal berlari bukan saja untuk menang perlumbaan tetapi beliau berlari untuk mengukir sejarah buat Sekolah Kebangsaan Pulau Mantanani, apabila terpilih sebagai Olahragawati Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Barat Kota Belud.
Nurulfatin menjuarai acara 100 meter dan 200 meter sekaligus diiktiraf sebagai pelari pecut terbaik di di daerah Kota Belud sekaligus turut membantu SK Pulau Mantanani menduduki tempat ketiga Majlis Sukan Zon Barat itu yang diadakan di padang SMKA Tun Said dekat sini.
Gadis itu turut mengukir sejarah manis bukan saja buat dirinya malah kepada warga pulau itu apabila menjadi anak pulau pertama memenangi acara pecut di daerah Kota Belud sejak sekolah itu dibuka 43 tahun yang lalu.
Guru Besar SK Pulau Mantanani, Sabli Nanti berkata, pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian Nurulfatin itu dan berharap kejayaan itu menjadi pengajaran kepada murid sekolah bahawa sekolah yang berada di pulau pun boleh mengalahkan sekolah besar yang berhampiran dengan pekan.
"Belum ada atlit sekolah yang menjuarai acara pecut seumpama itu sejak sekolah ini dibuka 43 tahun yang lalu," katanya.
Sabli berkata kejayaan itu juga adalah hasil kerjasama erat di antara guru dan ibu bapa yang ingin melihat kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
TERHARU...Nurulfatin disambut meriah di jeti Pulau Mantanani oleh ibunya, Rostinah Maulana(kiri) bersama ahli keluarga. (Foto dan cerita ihsan ARDY ROMANTIKA)
Francis dan ular sawanya

Monday, February 16, 2009
Kalau kamu suka makan buaya
"Pertama, Saya nasihatkan padamu supaya memastikan supaya pengikut-pengikutnya bukan dari golongan yang sentiasa `yes man'. Kalau orang-orang di sekelilingmu adalah orang-orang yang `yes man' nescaya kamu tidak akan menjadi pemimpin yang baik.
Kedua, Jaga apa yang kamu makan kerana pemakanan akan mempengaruhi tingkahlakumu.
"Kalau kamu suka makan buaya, maka tingkah lakumu akan seperti buaya" kata sang Ustaz sambil berjenaka.
Perhatikan orang-orang di Timur Tengah yang suka makan kambing, maka nafsu mereka tinggi.Perilaku mereka dipengaruhi oleh apa yang mereka makan.
Bandingkan dengan kita, orang-orang di Asia Tenggara yang suka makan ikan. Kalau sehari kita tidak mandi, kita sudah berasa rimas.Berbanding dengan orang di gurun Afrika sana misalnya, yang seminggu tidak mandipun, tidak apa.
Oleh kerana kita orang di Asia Tenggara, yang suka pula makan kepala ikan, maka perilaku kita tidak ubah seperti ikan.
Yakni kalau ada orang yang menghulurkan umpan, kita akan cepat termakan pancing.
Kalau ada sedikit saja umpan yang dihulurkan, kita akan cepat terpancing sehingga termakan mata pancing.
Maka berlumba-lumbalah orang menghulur umpan supaya kita termakan pancing.
"Kita suka umpan kerana perilaku kita seperti ikan".Katanya.
Sunday, February 15, 2009
SMK Nabawan Dua jadi Kampus Astro
SMK NABAWAN II, SEKOLAH PERTAMA JADI KAMPUS ASTRO
WALAUPUN terpencil dan terletak agak jauh di pedalaman, Sekolah Menengah Nabawan II menukilkan sejarah tersendiri apabila menjadi sekolah pertama di negara ini yang terpilih sebagai Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah.
Terletak kira-kira 67 kilometer dari Keningau, SMK Nabawan II pada 8 Februari itu, dikunjungi ribuan orang tetapi pengunjung yang paling istimewa ialah Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun yang juga Exco Pelajaran Negeri. Beliau diiringi tokoh-tokoh penting dalam dunia pendidikan iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang, Ketua Pengarah Pelajaran, Dato' Alimuddin Mohd.Dom dan Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Normah Gagoh.
Dengan terpilihnya sekolah itu, sebagai Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah, pelajar SMK Nabawan II berpeluang mendapat pembelajaran bermutu dan kandungan informatif bertaraf dunia melalui 11 saluran antarabangsa dan tempatan Astro.
Majlis perasmian pelancaran Kampus Astro bersama Komuniti Sekolah itu diadakan secara gilang gemilang. SMK Nabawan II yang sebelum ini, kurang dikenali serta merta muncul dalam peta pendidikan sebagai sekolah luar bandar yang berpotensi menghasilkan modal insan yang berkualiti, hasil kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan pihak swasta.
"Pendidikan bukan suatu agenda negara yang boleh dijayakan secara bersendirian.Ia merupakan bidang yang begitu luas, begitu kompleks dan melibatkan begitu ramai pihak berkepentingan (stakeholders)", kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, kerjasama dengan pihak luar KPM merupakan salah satu faktor kejayaan kritikal dalam pelaksanaan pelan induk KPM.
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) kita telah memperuntukkan satu bab iaitu Bab 10 yang menerangkan tentang pentingnya kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan di luar KPM bagi melicinkan lagi pelaksanaan agenda pendidikan kita.
"Peranan pihak berkepentingan amat penting kerana ada kalanya isu itu timbul dalam bidang pendidikan berada di luar bidang kuasa dan kepakaran KPM untuk menyelesaikannnya. Ada kalanya sumber yang dipunyai oleh KPM, baik dari segi tenaga mahupun dari segi kewangan dan kepakaran tidak mencukupi, menyebabkan suatu agenda atau sesuatu isu itu tidak dapat ditangani dengan baik dan berkesan," katanya.
Beliau berkata KPM tidak wajar bersendirian dan tidak boleh dibiarkan bersendirian.
Jelasnya, demi kepentingan anak bangsa dan modal insan masa hadapan negara, penglibatan pihak ketiga amat kritikal bagi memastikan kejayaan agenda pendidikan yang hendak dilaksanakan.
Adalah menjadi dasar KPM untuk meningkatkan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi memastikan kejayaan semua agenda pendidikan yang kita perjuangkan. Melalui dasar dan pendekatan yang terbuka ini, hasrat kita adalah agar peranan mendidik anak-bangsa dapat dibudayakan sebagai tanggungjawab semua pihak, kata Hishammuddin lagi.
Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran melalui perkongsian kerjasama dengan Astro bermatlamat membawa pendidikan dan pembelajaran bermutu bertaraf dunia ke semua sekolah di Malaysia melalui kempen yang dikenali sebagai kampus Astro Bersama Komuniti di Sekolah.
Katanya, melalui program Kampus Astro, bukan sahaja kita dapat mempercepatkan usaha membangunkan modal insan yang mempunyai ilmu yang luas, malah menerusi Kampus Astro juga akan dapat membantu merapatkan jurang ilmu pengetahuan di antara pelajar di luar bandar dan pedalaman dengan kawasan bandar.Melalui program ini, beliau berharap semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat akan semakin terdedah dengan pelbagai informasi dan bahan pembelajaran bertaraf dunia serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.
"Kampus Astro dapat membantu anak-anak kita meneroka lautan ilmu pengetahuan yang luas dan seterusnya dapat menjana kreativiti mereka dan mempersiapkan diri untuk berdepan dengan cabaran era globalisasi dan dunia tanpa sempadan," katanya.
Tambahnya, Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Astro dimana pengendali TV Satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada 11 saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Aktiviti Guru.
Astro Komited untuk melabur sebanyak RM30 juta dalam tempoh tiga tahun bagi melaksanakan program ini di semua sekolah di seluruh negara.
Menurutnya, sejumlah 7,644 buah sekolah rendah, 5,270 atau 68.9 peratus daripadanya berada di luar bandar.Manakala daripada 2,181 buah sekolah menengah, 940 atau 43 peratus daripadanya berada di luar bandar.Daripada 7,644 buah sekolah rendah ini pula, kita dapati 31.4 peratus atau 2,401 buah daripadanya merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM) yang enrolmennya kurang daripada 150 orang murid dan berada dalam keadaan daif serta kekurangan dari segi kemudahan asas, peruntukan dan guru terlatih. Di kawasan Parlimen Pensiangan sendiri, daripada 75 buah sekolah, 32 daripadanya adalah SKM yang memerlukan perhatian daripada Kementerian Pelajaran.
Astro akan memulakan fasa pertama Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah di sekolah-sekolah Sabah dan Sarawak kerana keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah di kawasan pendalaman di mana akses kepada siaran TV yang percuma ke udara sukar diperolehi.
Beliau juga memuji Astro atas usaha tanggungjawab korporatnya bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membawa pengalaman pembelajaran yang bermutu dan holistik bagi memberi inspirasi kepada minda kanak-kanak yang inovatif dan bersifat ingin tahu melalui kandungan pendidikan dan maklumat Kampus Astro yang bertaraf dunia.
"Saya percaya bahawa sektor swasta mempunyai peranan dalam menyumbang kepada sistem pendidikan Malaysia.Kerajaan mempunyai matlamat menggalakkan sekolah-sekolah mengguna peluang pembelajaran yang holistik untuk para pelajar agar minda kanak-kanak ini boleh dipupuk menjadi pemikir yang inovatif dan analitik.
"Kita mahu para pelajar mendapat pengetahuan membina yang menjangkau pengalaman pembelajaran di Bilik Darjah.Pihak Kementerian merasa bangga dan gembira dengan usaha Astro memberi inspirasi kepada para pelajar di semua sekolah dalam mempercepatkan keluk pembelajaran mereka melalui kandungan pendidikan perkhidmatan Astro.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Rohana Rozhan berkata, "Astro berhasrat untuk mengembangkan nilai secara berterusan agar relevan dengan semua warga Malaysia.
"Pendidikan bermutu adalah satu perkara yang dititikberatkan oleh rakyat Malaysia secara umumnya dan ini boleh dilihat daripada kadar langganan pakej pendidikan kami yang merupakan 80 peratus daripada pangkalan pelanggan. Empat daripada lima pelanggan kami mengambil pakej pendidikan dan ini membuktikan bahawa bagi rakyat Malaysia daripada segenap peringkat, pendidikan adalah untuk sepanjang hayat.
"Kami di Astro percaya bahawa kami berada pada kedudukan yang unik untuk menyokong komitmen Kerajaan Malaysia mempromosikan pendidikan secara holistik kepada semua sekolah terutama sekali di kawasan luar bandar.
"Objektif utama Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah ialah menyokong matlamat dan usaha Kementerian Pelajaran untuk membawa kandungan dan pengalaman pembelajaran yang holistik kepada murid-murid melalui pendedahan kepada kandungan pendidikan dan maklumat bertaraf dunia.
" Melalui Kampus Astro, kami mempunyai matlamat untuk mengilhamkan pembelajaran secara holistik. Adalah menjadi harapan kami agar melalui Kampus Astro, murid-murid dapat memperolehi pengetahuan terkini, meluaskan perjalanan atau meningkatkan kemahiran.
Dengan inisiatif ini, kami berharap dapat memberikan 5.2 juta kanak-kanak sekolah di Malaysia akses kepada kandungan pembelajaran yang terkini dan terbaik setiap hari.
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dalam menggalakkan pembelajaran di kalangan murid-murid sekolah di Malaysia. Kami juga berterima kasih atas panduan dan galakan yang diberikan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam menjayakan program ini," tambah Rohana.
Inisitif tanggungjawab korporat Kampus Astro turut menyaksikan Astro melibatkan para guru daripada lebih 370 Pusat Aktiviti Guru seluruh negara dalam memberikan mereka latihan tentang cara menggunakan kandungan pembelajaran Kampus Astro dalam menyediakan luar bilik darjah kepada para pelajar.
Penglibatan para guru juga menjadi platform interaktif di antara Astro dan guru-guru bagi mendapat maklum balas tentang kemajuan program serta peningkatan yang boleh dibuat bagi menambahkan faedah kepada para pelajar.
11 saluran pendidikan dan maklumat terdiri daripada Astro Awani,Astro Ceria, Discover Channel, National Geographic Channel, Discovery Science Channel, Animal Palnet Channel, The History Channel, Disney, TV1, TV2 daan Bernama.
Astro berhasrat memainkan peranan utama dalam menjadi sumber pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur. Astro mengalu-alukan para pelanggan dan penonton menikmati cara pembelajaran yang baru melalui pengalaman pendidikan Kampus Astro.
Cerita Lasimin di Kampung Baginda

Perbelanjaan keluarganya seramai sembilan orang ditanggung oleh anak lelakinya yang bekerja sebagai petani manakala seorang anak gadisnya, Hayati Lasimin,33, menerima bantuan kebajikan setiap bulan.
"Malangnya bantuan kebajikan yang sepatutnya diterima anaknya setiap bulan, diberikan hanya diberikan tiga bulan sekali," katanya.
"Saya tidak tahu kenapa bantuan sebanyak RM85 sebulan itu diberikan tiga bulan sekali.Beliau mendakwa, "itupun dia hanya memberikan sebanyak RM85 sahaja yang mereka kata bonus, manakala baki tertunggak tidak diberikan," katanya.
Sepatutnya anaknya menerima RM255 ringgit iaitu jumlah tunggakan selama tiga bulan tetapi beliau mendakwa anaknya hanya mendapat RM85 setiap tiga bulan.
Sehingga hari ini beliau masih tidak mendapat jawapan kenapa bantuan kebajikan yang sepatutnya diterima anak gadisnya hanya diberikan tiga bulan sekali.
Friday, February 13, 2009
Di Memorial Paduka Mat Salleh, Tibabar
di Kampung Tibabar, Tambunan. Tetapi beliau telah meninggal lebih seratus tahun yang lalu, menurut catatan British. Mat Salleh dikatakan terkorban dalam pertempuran selepas kubunya dikepung orang putih pada awal abad ke20. Bersama Abdul Rashid Abdul Rahman (wartawan Utusan Malaysia) dan Ghazali Basri (jurufoto Utusan Malaysia) kami mengunjungi memorial tokoh pahlawan Sabah yang terkenal itu. Rasanya banyak yang perlu dipertingkatkan terutama infrastruktur dan persembahan pameran yang terasa dibuat ala kadarnya. Sepatutnya sejarah perjuangan Mat Salleh diperlihatkan dengan terperinci. Begitu juga mengenai pakaian baju kebalnya, sepatutnya dibuat replikanya dan bukan sekadar fotokopi.Selain itu, masih banyak yang perlu dipamerkan untuk memberi informasi yang tepat mengenai tokoh itu.
Saya tidak tahu apakah Paduka Mat Salleh akan marah atau bagaimana, bila melihat caranya dikenang oleh generasi kita sekarang?
Gambar di Batu 32, Sandakan


Wednesday, February 11, 2009
Catatan mengenai Cikgu Murshidi 6B
Satu waktu, saya pernah bertanya kepada bapa dimana beliau belajar mengarang dan menulis. Katanya, beliau belajar sewaktu di berada di bangku sekolah beberapa tahun selepas Perang Dunia Kedua yang lebih difahami oleh penduduk kampung kami sebagai Perang Jepun.
"Guru yang banyak mengajar saya ialah Cikgu Murshidi Nambi. Beliau selalu menulis namanya dengan Murshidi 6B" kata bapa saya.
Nama itu kekal dalam ingatan saya sehinggalah lebih satu dekad kemudian, saya bertemu sendiri dengan guru, yang menjadi guru kepada bapa saya itu.
Ketika itu, Cikgu Murshidi atau Datuk Haji Murshidi Nambi masih menjadi Ketua Daerah Kota Kinabalu. Beliau seorang yang sederhana, suka merendah diri dan halus tutur katanya.
Sukar bagi saya membayangkan bahawa beliau merupakan salah seorang tokoh penentang penjajah, yang bukan alang kepalang. Datuk Murshidi merupakan salah seorang daripada 338 guru yang menentang semula kemasukan penjajah ke Sarawak selepas Perang Dunia Kedua tamat. Oleh sebab itu, Pengarah Pelajaran Sarawak ketika itu telah menghantar beliau bertugas di sabah pada tahun 1947.
Semangat nasionalisme yang begitu kental di jiwa Murshidi Nambi diperolehinya ketika beliau menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) pada tahun 1938-1941. Beliau merupakan rakan semaktab dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Malaysia, Datuk Senu Abdul Rahman, mantan Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Persekutuan, pengarang buku Revolusi Mental. Beliau juga rakan Pengiran Datuk Dr.Jamil Al-Sufri, tokoh sejarah Brunei yang paling terkenal.
Selama empat tahun di Tanjung Malim, Murshidi menggunakan kesempatan itu untuk bergiat dalam kegiatan menentang kolonialisme melalui bidang tulis menulis. Beliau juga seorang yang pandai melukis.
"Pada mulanya saya hanya tahu melukis baldi dan cangkir," katanya. Tetapi Datuk Murshidilah orangnya yang membimbing bakat penulis terkenal, Datuk Jamdin Buyong (kini Ahli Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia), Datuk Mohd.Yaman Ahmad Mus (Pengarah Balai Seni Lukis Sabah) Datuk Haji Shuhaibun Yussof, budayawan Sabah dan Arwah K.Bali, sasterawan Sabah yang dilahirkan dan meninggal di Kelantan.
Walaupun banyak diperdebatkan tetapi sajak Rayuan Kinabalu yang tersiar di Majalah Hiburan yang diterbitkan di Singapura pada 7 Januari 1950 dianggap sebagai sajak pertama di Sabah. Sajak yang mengisahkan keadaan Borneo Utara (nama Sabah ketika itu) ketika berada dibawah pemerintahan British North Borneo And Chartered Company.
"Rayuan Kinabalu adalah mengenai janda Kinabalu," katanya.
"Saya mengirim sajak Rayuan Kinabalu itu menggunakan setem 10 sen dan menghantarnya ke Majalah Hiburan," katanya.
Beliau mengirim sajak Rayuan Kinabalu itu menggunakan setem 10 sen dan menghantar ke Majalah Hiburan. kadang-kadang majalah itu dijual di kedai.Singapura ketika itu adalah pusat perkembangan dunia karang mengarang yang pesat.Beliau sering menggunakan nama pena Al-Mubin dan Murshidi 6B Sarawak.
Datuk Murshidilah yang menularkan bakat mengarang kepada murid-muridnya di seluruh negeri. Beliau yang pernah menjadi Tokoh Guru dan Tokoh Maal Hijrah ini mempunyai riwayat hidup yang panjang dan menarik.
Beliau dilahirkan pada 12 Disember 1925 di Sandakan, Sabah. Ayahnya berasal dari Sarawak sementara emaknya suku Kaum Bajau dari Karambunai. Oleh sebab itu, selepas ibunya meninggal, ketika Murshidi kecil berusia lima tahun, beliau dihantar oleh bapanya ke Kuching.Beliau pernah mendapat pendidikan di Kampung Gelam Goverment Vernacular School.
Sebagai seorang murid yang pintar, Murshidi sering melompat darjah. Mata pelajaran kegemarannya ialah ilmu alam (geografi).
Sewaktu berusia 14 tahun, beliau dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim Perak dengan mendapat biasiswa daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menuntut di SITC.
Selepas pendudukan Jepun, Murshidi bertugas di Maktab Perguruan Sarawak dari tahun 1946 hingga 1947 sebagai penolong pensyarah seni lukis, pertukangan tangan, bahasa Melayu dan Sejarah.
Kemudian timbul pergolakan politik. Beliau tidak mahu James Brooke menjadikan Sarawak sebagai Colony dan ekoran peristiwa itu,kerana kebenciannya terhadap penjajah dan kolonialisme menyebabkanbeliau dihantarkan bertugas di Sabah. "Kebetulan ketika itu ada permintaan guru SITC ke Sabah," katanya.
"Saya ditugaskan ke Sabah bersama Dato Haji Othman Sidek dari Perak," katanya.
Tugas pertamanya ialah menjadi Guru Besar di GPS Darau pada tahun 1947. Pada tahun 1949, beliau bertugas sebagai guru di Kota Belud.
Pengalamannya mengajar di Kota Belud amat berkesan di hatinya.Muridnya sebanyak 36 orang. "Kerana minat dalam pendidikan, satu lagi kelas berdinding atap hasil gotong-royong penduduk kampung." "Satu lagi kelas dibuat untuk pertukangan tangan.
Selepas itu beliau dinaikkan ke jawatan divisyen satu Senior Government Officer dan dinaikkan gaji RM 36.00 kepada RM42 ringgit termasuk elaun RM60.00 sebulan.
"Waktu itu, jumlah itu cukup besar, katanya.
Beliau kemudian ditukarkan ke Buit Hill pada tahun 1951.Pada tahun 1952, beliau ditukarkan untuk menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Kent Tuaran hingga tahun 1962.
Beliau kemudian dilantik sebagai Guru kanan di Maktab Sabah dari tahun 1962-1972. Jawatan terakhirnya ialah Pegawai Haji, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dari tahun 1972-1976 dan Penyelia Bahasa dan Agama dari tahun 1976 hingga bersara pada tahun 1980.
Selepas bersara dari perkhidmatan awam, beliau dilantik sebagai Ketua Daerah Kota Kinabalu pada tahun 1984.
Datuk Murshidi pernah menjadi Timbalan Pengerusi Kesatuan Guru-Guru Bumiputera dari tahun 1964 hingga 1970. Beliau juga aktif dalam pergerakan Pengakap dan mula terlibat dalam kegiatan pengakap sejak 1938 sewaktu masih menuntut di SITC Tanjung Malim. Beliau juga pernah terlibat dalam penubuhan Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) sebagai Presiden.
Saya menemuinya di pejabatnya di Bangunan USIA. Beliau masih aktif melukis lukisan khat dan pernah menyertai beberapa pameran.
"Apa Datuk buat sekarang?" Saya bertanya kepadanya. "Saya masih menulis," katanya sambil tersenyum. Beliau kini sedang menyusun Syair mengenai kisah hidup TYT.Kita doakan supaya terus menulis dan berkarya.
Mengenai bapa, ibu dan cucu-cucu mereka
Sitti Mehran, kini darjah tiga dan menuntut di SJK C Yuk Chin. Fawzan baru tiga tahun manakala Aliff Farhan satu tahun lebih sedikit. Gambar ini dirakamkan ketika kami pulang kampung baru-baru ini. Biasanya kalau pulang kampung, mereka suka memberi makan ayam yang selalu membuat atuk mereka sibuk kerana sekejap-sekejap mereka memberi ayam makan.
Fawzan suka bermain bola di halaman rumah kami yang luas. Kalau sebelum ini, Fawzan suka beraksi menghalau hantu, seperti yang pernah dilihatnya dalam filem, kini tokoh utamanya berpindah kepada spiderman.Farhan belum tahu lagi, apa yang diminatinya. Kami selalu berharap agar anak-anak kami menjadi insan yang baik dan berguna bukan saja kepada keluarga, orang tuanya malah kepada sesamanya.


Tiga cikgu bertemu

Anakku mengejar singa




Sebelum pulang kampung 29 Januari lalu, bersama keluarga kami sempat bersiarsiar di ibu negeri. Sitti Mehran dan Ahmad Fawzan gembira sekali melihat tarian singa. Ahmad Aliff Farhan yang masih kecil , baru satu tahun juga rasa seronok melihat tarian singa itu.
Kepandaian mereka menari tarian itu membuktikan betapa kukuhnya integrasi di kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.Mungkin di negeri lain tidak begitu,
Bapa dan soal adat perkahwinan




Biar mati anak, jangan mati adat tetapi kalau anak mati, siapa yang akan meneruskan adat istiadat itu?. Demikianlah perbahasan yang sering berlaku dalam keluarga kami setiap kali tiba majlis perkahwinan.
Monday, February 9, 2009
Bahasa Ibunda perlu dipulihara
Lichong kemalangan
Kami semua rasa sedih. Orang yang kami panggil bos itu, adalah pengarang berita Utusan Borneo, Lichong Angkui. Saya biasa memanggilnya Cif.Kami berasa akrab dengannya tetap menaruh rasa hormat dan segan kerana beliau merupakan senior kami, dan saya sendiri secara peribadi amat terhutang budi dengannya kerana beliaulah yang memberi saya peluang menulis di Berita Harian pada penghujung 80-an dulu. Sebelum berkhidmat di UB, beliu merupakan Ketua Biro BH di Sabah.
Bos kemalangan. Itulah kataMy dalam smsnya.Saya terus menghubungi rakan-rakan di Beaufort, tapi berita itu belum sampai kepada mereka. Saya menghubungi Tel Lichong dan mengharapkan ada orang yang akan menyambut telefonnya. Saya hanya mendengar dering nada lagu Ebiet, perjalanan ini terasa sangat menyedihkan. Sayang engkau tak berada disampingku kawan.Banyak cerita yang mestinya kau dengarkan....
Saya belum tahu apa cerita selengkapnya tapi saya tahu perjalanan itu sangat menyedihkan. Khabarnya, Ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kampung Tahak, Membakut.Hari sudah jam 11.00 malam (Ahad) ketika kemalangan itu berlaku di KM22, Jalan Papar-Beaufort.
Sesampainya di Simpang Membakut, kereta yang dipandunya bertembung dengan Kancil yang dipandu seorang wanita.
Beliau dilaporkan mengalami kecederaaan di bahagian paha dan kaki serta calar di bahagian muka.
Keadaan beliau dilaporkan stabil dan kini masih dirawat di Hospital Beaufort.
Kita berdoa, Semoga beliau cepat sembuh
Laliman Ahmad, budayawan Sabah
Friday, February 6, 2009
Ada sebatang jalan lurus
Pernahkah anda menghalau pipit?
"Baru sehari di Sabah, dah nak Menggatal?"
Sesekali dalam perjalanan, saya menceritakan satu peristiwa kepada Rashid, rakan dari Utusan Malaysia yang sering bertanya mengenai asal-usul sesuatu tempat.Saya teringat satu peristiwa, ketika saya menemani Profesor Datuk Dr. Zainal Kling, dalam perjalanan ke Kota Belud, melihat keadaan tamu, mengunjungi bapa dan seterusya ke Ranau By Pass, Kundasang tetapi sayangnya tidak berpeluang melihat puncak gunung Kinabalu yang dilitupi kabus.
Belum sampai sepuluh minit dalam perjalanan, Datin Tinah Sohadi, isterinya meminta kami berhenti. Beliau tergesa-gesa keluar dan mengekorinya dari belakang tetapi rupanya, Datin Tinah yang saya panggil kakak itu meminta kami mengambil gambarnya bersama papan tanda bertulis "MENGGATAL".
Rupa-rupanya beliau tertarik dengan nama Pekan Menggatal itu. Mengapa pekan itu diberi nama Menggatal? Banyak versi mengenai asal usul nama tempat ini. Sesetengahnya mengatakan bahawa disitu dahulu pernah tumbuh banyak pokok yang gatal dan membawa kegatalan kepada orang yang menyentuhnya.
Saya teringat satu kisah bagaimana seorang guru yang menghadiri satu mesyuarat di Kota Kinabalu dimarahi oleh isterinya kerana baru sehari berada di KK sudah ada niat nak pergi menggatal.Kisahnya bermula apabila pada malam itu, cikgu itu diajak untuk makan malam di rumah kawannya di SMK Menggatal.
Beliau memberitahu isterinya bahawa pada malam itu, beliau nak pergi Menggatal ke rumah kawannya.Apalagi isterinya terpekik bila diberitahu bahawa suaminya yang dikasihi nak pergi Menggatal."Baru sehari di Sabah, abang dah nak pergi menggatal?".
Itulah satu cerita mengenai Menggatal. Baru-baru ini, saya bertemu dengan beberapa orang profesional, peguam, dan doktor yang agak kecewa mengapa nama sekolah SMK Menggatal itu digantikan dengan nama baru, SMK Bandaraya. Mereka tak setuju kerana nama SMK Menggatal itu, memberikan banyak nostalgia dan erti kepada mereka.
Mengapa namanya ditukar? tanya mereka.Padahal sekolah SMK Menggatal itu telah melahirkan banyak golongan profesional, pegawai kerajaan, usahawan dan sebagainya dan merupakan salah sebuah sekolah di Sabah yang terkenal dari segi prestasi akademiknya satu ketika dahulu.Namanya dapat disejajarkan dengan keharuman nama Sabah College (Maktab Sabah) dan sebagainya.Apa yang ada pada nama? Saya teringat kata-kata seorang pujangga yang terkenal, Shakespeare. Tetapi di Sabah, nama -apapun bunyinya dan apapun maknanya- tetap memiliki erti yang penting buat masyarakatnya.
Thursday, February 5, 2009
Lagi mengenai kalang sama
Limun panumbuyonna
tapit kesesuyonna
(banyak percakapan, banyaklah penyesalan)
Enda-endaon lasa
bung aku tabut masa
bungkau nambat mengennu
pinikian maaf na du
(sebelum bercakap fikir dahulu)
du'u na ampalua
dembuli adab basa
(sesudah bercakap
baru menyesal kemudian)
umingka lahat tanna
sabut sinambat tanna
(gah di seluruh negeri, selalu disebut orang)
maap na du silangga
maka kapitan tungga
silangga maaf na du
maka kapitan tandu
(sama hebatnya)
jalang ku ba sambatan
banga ngeno lapatan
(jarang bercakap kalau tak benar,
hanya yang benar saya yang diperkatakan).
dela' bila lemambut
lebi man sumpa ibot
(lidah jika bergerak kata lebih daripada sumpah)
Kalang empat
pinagadan du' masa
diangku na lalian
bila lesut bahasa
maaf du pinikian
janji langgung timatna
putus na iya kinna
diuhum malpipatna
pedus mabui si kinna
(kalang sama yang kira-kira bermaksud tahu suka atau tidak kepada atau tentang seseorang atau sesuatu benda)
tinugun sali ambung
lali janji lemod na
lepasa na tatanggong
pinipuli tumudna
(Kalang sama yang bermaksud sesuatu perkara yang tidak beri faedah)
ia lindang tukasa
ia lindang sa amin
lugai wala nag kita
pialid sa sinagin
(kita bersaudara tapi jarang berjumpa, rindu dikirim melalui angin)
bau bau mengumbau
ampanan bayangan
bau-bau maukau
ampahang ka kuangan
(dulu engkau sukakan saya, tapi kemudian baru kutahu engkua sudah berpunya)
umama kita pula
pulagantung mainud
ayaw mag ula-ula
nagtai kita mangud
(nyakambuluga tapi bersaudara)
Peribahasa Iranun
masyarakat Iranun yang mendiami 22 kampung di Kota Belud, Indarason Kudat dan tiga kampung di Tungku Lahad Datu, juga di Likas mewarisi peribahasa yang saya fikir wajar dikaji dan dikumpul dengan lebih mendalam.
midtutung su tina
sasawaro a sama'
(orang yang paling akhir)
sagid bu si pudsan
agu' si balatian
(sama saja)
puntirkelid mbalui bu a kamuyut
kamuyut kelid ngka puntir
loya sasa timan
katumbar su madakel
ukena si aga
na maulug si waga
ukena si waga
niulug su laya'
talegkep engka kawa'
tapaya engka sukian
Contoh diguani Iranun
Diguani sa muna
dageledon su lii
nialin su ndaw
paka unut su taaw
dapai su pagari
pagagaw sa akal
ngenaan su isa
iya bu ka payung
sa obor-obor a baning
dapai su tenged minsan
samita sa pikir
ngenaan u isa
ia bu ka payung
payung gilang gumilang
sumbe-Inai dayam
Diguani merupakan puisi berbentuk nasihat.
niadtai a pesaraw
palad maka saraw
sarinsing di tebaw
pumpul a taw sa darem
(niadtai a ka paganakan, di gka kua su langa nia taw i mala e martabat)
diguani sa muna
dagaledon su lii
tundug o pamalian
misarta o adat
ka ogira pembantayan
su kalodan a bakal
manda siasa opas
ada den i lidasan ron- Informan Inai Dayam (Puan Jeliha Ambal)
gira ka para aban
su manjodoh ta gapas
da'a a tailisan ron
nggena omba balingan
su alaman ka ribuan
baguan yang jagaan
mabaluniyan muit
sa bandara a karegen
sa kembo aku ganat
sa daked ami inged
lemaginding su sampan
di' kalodan di' kilid
buludtu teminikang
lipumpungan o palau
awan manarigidi
inon pen di rido
di ron ka sarinoan
pesinengko su aras
pe sagayad nib fikir
sa taman pin doronan
pagalongan ku daan
da ku alongan ko ig
miay sapad o malang
sa remagayu kuringka
ginayong pegekerka
malengga ka barangay
da'ku pulegau ami
tinindig a mantara
ko pangalang ko piayaan
Contoh bayuk -lagu puisi Iranun
baling angka tubaw
sarandangan a gianatan
tunung sa munsala
sa kia tigang angka (ini dinyanyikan waktu memulakan bayuk)
Seni teka teki Iranun di Kota Belud,Sabah
Kepada rakan-rakan Iranun, suka saya mencatatkan semula teka-teki dalam bahasa Iranun.Semoga masih ada yang mengingatinya. Saya cuba menterjemahkan dalam bahasa Melayu tetapi saya masih belum menemukan padanan kata yang sempurna untuk mengalihbahasakannya. Mungkin ada yang boleh membantu.
Buat sementara waktu, biar saja saya menuliskannya dalam bahasa Iranun untuk menjaga keasliannya.
1. Demagendep su tampat,
tanda makalipat (paikan).
2. Sumaba lemadas, madaid-daid sa undai (udang).
3. Sumaba lumadas, madaid-daid sa utus (barangkas)
4. Magaderan imantu
maka tanglong amag
(umbus a saging)
5. maitu a nap-nap
bulung sa antel-antel
(kanuku)
6. sumendep lawian
embuat lawian
(ragum)
7. Puan Laila
sapakyan bakayawa
ungayan matnaya
(kupaya)
8. Pusu a saging sa sulug
mbekar sa magindanaw
(payung)
9. umba-umba kasumba
umba kasumba murut
baragayan sutera
undaoyan balang amas
(kamais)
10. gamit engka su tali
remagingking su palaw
(bedtig)
11. manuk a barasi
temutuad sa langit
(nanas)
12.sakawalai inipas
(langsat)
13. saka walai lepu'
(tiplok)
14.Manug manik si tembi
gkaluaten i baitem
(gambir)
15. angkat engka di' ka angkat
alin engka fka alin
(lalan/alun-alun)
16. antuka antuk angka
(tukan)
17. Katutu-katiti
(mata)
18. sa kawalai ulu bu'
(pandidit)
19. basi-basi dundangan
bua manunsung angin
(pipidau)
20. dsarenet a turugan
tanam papageletan
(bentung)
21. urak ka kialugu
(kamais)
22. nia ngimel si damumul
nia ka tebped sa watang
(pagudu)
23. nia penu a lagawa (kambuga)
24. sapi a maputi, ya kagubar sa alad (?)
25. Ebi odoredomo ka wa wo idezu (walaupun seekor udang itu, sering melompat ke sana sini, ia tidak akan meninggalkan sungai) . Astaghfirullah, yang no 25 ini bukan antuka Iranun , sebaliknya peribahasa Jepun. saya tersilap taip selepas Amai happy telefon saya tanya mengenai adegan lompat melompat dan senario politik Perak yang porak poranda. Saya teringat peribahasa ini, yang mengatakan bahawa walaupun seekor udang itu sering melompat kesana sini, ia sama sekali tidak akan meninggalkan sungai.
Sungai? sungai yang mana?
gaji sebulan hanya 20 ringgit!
Anthony berkhidmat selama 35 tahun dengan jabatan keretapi sehinggalah beliau bersara kira-kira tahun 1990.
"Enam bulan sebelum Jepun masuk, saya diterima bekerja di Jabatan Keretapi," katannya sambil memberitahu, waktu itu, Jabatan Keretapi masih disebut Railway Department.
"Waktu itu, gaji saya 20 ringgit sebulan," katanya. Saya terbelalak demi mendengar jumlah gajinya yang kecil itu. Tapi ketika itu, jumlah itu sudah boleh dikira lumayan. Tapi bagi kita yang hidup di zaman sekarang, kadar gajinya itu agak mencengangkan.
Tetapi lebih mencengangkan lagi ialah apabila Anthony memberitahu bahawa beliau hanya mengeluarkan tiga ringgit untuk menampung perbelanjaan dalam tempoh sebulan. Tiga ringgit sebulan!.
Cuba bayangkan apa yang dapat dibeli dengan wang tiga ringgit pada tahun 2009 ini. Dulu orang hanya perlu 3.00 ringgit untuk belanja.
"Jangan fikir duit," katanya. "What is important is life itself", katanya.
Tuesday, February 3, 2009
Bercerita kisah di zaman Jepun




Mahasiswa UMS dari Sekolah Sains Sosial program Hubungan Industri telah membuat kajian lapangan diKampung Tamau, Kampung Jawi-Jawi, Kampung Taun Gusi mengenai kondisi pekerjaan orang-orang tempatan ketika zaman pendudukan Jepun di negeri ini sekitar 1942-1945.
mengenai dua orang Iranun

pertemuan dua rakan lama


Kami rasa terharu
Kami juga rasa terharu dengan kehadiran sahabat dan rakan penulis pada majlis perkahwinan Abd.Jamdin pada 31 Januari lepasSekitar Majlis Perkahwinan Si Datu
Alhamdulillah, kami mengucapkan rasa syukur kerana Majlis Perkahwinan adik saya, Abd.Jamdin Haji Shaiddin atau Datu dengan pasangannya Rosnani Salagan di Kampung Tamau Kota Belud berlangsung dengan sederhana. Ramai sahabat handai,sanak saudara, pagari dan denakan, kenalan dan rakanrakan yang hadir ke majlis itu, kami ucapkan terima kasih.
Kehadiran Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haji Musbah Jamli yang juga ADUN Tempasuk amatlah menggembirakan kami. Beliau hadir bersama Pemimpin Kemajuan Rakyat Tempasuk, Bagdad Haji Turogan.
Sunday, February 1, 2009
Terminal, orang-orang berebut penumpang dan cuti panjang
Sebaik-baik teksi yang kami tumpangi tiba di Terminal Bas, kami dikerumuni ramai perayu atau calo. Jumlah mereka mungkin puluhan. Masing-masing meneriakkan nama bas, menanyakan berapa orang dan merayu supaya penumpang menaiki bas mereka.
Saya agak lambat memberi jawapan kerana ketika itu sedang membayar tambang. Seorang perayu kemudian tiba-tiba saja masuk dan mengangkat sebiji nangka, entah berapa kilo untuk dimasukkan ke dalam bas. Mereka menyangkakan buah nangka itu milik saya. Saya agak marah juga melihat ulah mereka kerana mengambil barang tanpa menanyakan barang itu milik siapa.
Saya berteriak supaya mereka mengembalikan buah nangka itu kerana ia bukan milik saya sebaliknya milik pemandu teksi, yang saya ingat anak Haji Marsus, kalau tak silap namanya Nasir, yang bermurah hati menghantar kami ke Terminal walaupun dia baru tiba dari kebunnya di Batu 15.
Nasir tenang saja walaupun buah nangkanya dilarikan orang, saya pula rasa tegang kerana khuatir nangkanya hilang kerana rasa bersalah melihat tingkah orang-orang di terminal itu, yang sama sekali tidak menghiraukan orang sebaliknya berlumba-lumba mencari penumpang.
Saya pernah berhadapan dengan orang-orang yang berebut penumpang di KK, di Tawau, malah di Tarakan tetapi inilah pertama kali saya berasa marah, sekaligus gelihati kerana mereka melarikan nangka yang begitu berat, walaupun kemudian mereka terpaksa mengembalikannya.
ii-Akhirnya kami memilih bas Tung Ma atas beberapa pertimbangan. Antaranya bas Tung Ma bertolak paling awal dari iaitu jam 7 pagi dan tiba di batu 32 Sandakan jam 11.00 pagi dan kita sudah boleh menghirup kopi jam 4.00 petang di Terminal Bas Inanam.
Pada pagi 28 Januari, saya dan dua anak saya, Sitti Mehran Yasmine dan Ahmad Fawzan menaiki bas ke KK sementara isteri saya, Fauziyah, dan seorang lagi anak saya, Ahmad Aliff Farhan menaiki pesawat Air Asia jam 9.40 malam dari Tawau.
iii.Sebenarnya pada hari-hari akhir bulan Januari, saya mengambil kesempatan untuk bercuti. Sebelum itu pada 24 haribulan, saya menyertai Dr.James Alin, Dr. Anthony Tibok, Alai dan Unus, untuk ke Sandakan seterusnya ke Kinabatangan untuk meninjau potensi perdagangan kayu gaharu dan usaha-usaha pemuliharaan hutan kita dari pencerobohan orang luar terutamanya orang Siam dan Kemboja juga dari Indonesia untuk mencuri pokok gaharu di hutan-hutan simpan kita. Kebetulan Utusan Borneo, akhbar tempat saya bekerja tidak beroperasi pada 25-27 Jan kerana menyambut Tahun baru Cina. Saya menggunakan kesempatan itu untuk pulang ke Tawau. Kemudian saya bercuti lagi hingga 1 Februari kerana balik kampung di Kampung Tamau Kota Belud kerana adik lelaki saya, Abd.Jamdin melangsungkan perkahwinan pada 31 Januari.
Ramai yang menghantar mesej menanyakan mengapa blog saya tidak dikemaskini. Sebenarnya saya lebih seminggu menikmati cuti.










